Pages

Friday, February 29, 2008

Kisah 60 min yang panjang (bah. I)


Sudah kurenung
dalam kitab..
Makin kurenung
berdetup-detap..

---------------------------------

Kisah jantung saya yang berdetup-detap ni sebenarnya bermula sejak 27/01/08 lagi, apabila pihak Jemari Seni mengirimkan e-mail membentangkan jadual buat para penulisnya tentang hari keudara mereka di PutraFM nanti. Bagaimanapun degup jantung saya seakan reda sedikit bila jadual saya yang sepatutnya pada 21/02/08 telah diganti dengan Khairyn. Jadi saya diberitahu (oleh JS) hanya akan keudara di PutraFM pada 28/02/08 ngeee!

Bagaimanapun, tarikh 28/02/08 tu tiba jua. Hampir sebulan lamanya masa yang diberikan, saya tidak langsung mengambil peluang itu untuk menyediakan soalan (sbg mana yg disarankan ole JS). Hanya sehari sebelum itu, barulah saya terhegeh-hegeh nak mencari idea pasal soalan tu. Isy, saya ni bukannya penulis terkenal. Novel pun baru sebuah saja yang terhasil. Apa yang hendak saya soal pada diri saya sendiri ni? terlebih-lebih nanti, dikatakan p.e.r.a.s.a.a.n pulak!

Finally, dapat jugak saya sediakan 10 soalan semuanya. Puas saya menghafalnya (soalan & jawapannya sekali kekeke..), tapi entah kenapa rasa berdebar-debar tu tak jugak reda. En. Hubby kata, buat apalah nak berdebar-debar, bukannya satu Malaysia boleh dengar siaran tu, cuma radio streaming aje, kalau nak dengar kena melalui internet saja. Ah, senanglah dia cakap, macamlah dia tak kenal 'Puan Manjlara' dia yg serba clumsy ni....

28/02/08 pun tiba, saya bersiap ala kadar. Dah siap semuanya, saya bersedia naik kereta (En.Hubby dah menunggu dlm kereta). "Alamak! bang, kejap ya? tudung kepala saya ni terbalik..." tsk! tsk! tsk! punyalah ghoflah sampai pakai tudung pun terbalik! Bergegas pulak saya masuk bilik semula untuk membetulkannya. Isy, mana boleh... batu2 permata yg bertaburan tu duduk belah dalam jer!

Dah siap, saya sekali lagi naik kereta. Memang bajet masa dah lari. Tapi saya buat2 cool jugak. "Sorry Yang, bukak tingkaplah! aircond mmg bocorla..." kata En.Hubby. Dah sebulan saya dengar pasal aircond kereta dia yg bocor tu. Tapi dia masih tak bertindak rupanya. Mungkin menunggu aircond tu pulih sendiri, sekaligus menyatakan bahawa telahan mekaniknya itu salah. Adusss! Kanda... kanda... sampai hati kanda buat dinda camni huhu! thank you dear! for really making my day...kata saya dalam hati.

Akhirnya saya tiba dgn selamatnya di PutraFM dengan peluh dingin dan peluh hangat yang merambu di muka. Nafas jadi pendek-pendek sebab naik tangga. Temubual dimulakan beberapa minit selepas itu, dengan suara saya yang seakan tercekik bijik cempedak (gugup + semput!).

p/s - foto dan soalan2nya nanti saya masukkan kemudian, tunggu ye?...

Wednesday, February 27, 2008

Kata Anieaina/Kak Mas

Komen diambil dari sini.


Lara dah habis baca, sedihnya, begitulah suratan takdirkan kita hanya merancang tuhan yg menentukan. Kenapa jauhnya dia bawa diri? Lara hrp nanti Lara buatlah smbgnnya mcm kak sue utk novelnya Tanah Adryana klu tak silap kmas kat blog. Kwn2 belilah novel Lara ni tak rugi. promote sikit :)

Kata Dyealova

Komen Dyealova yang diambil dari sini.

Kak Lara, selesai sudah saya baca PSP. Tahniah kerana berjaya menghasilkn buku yg sarat dgn pengisian.Thanx jua utk kak Lara utk sebuah buku yg cukup mengajar saya memahami perjalanan takdir. Antara plot yg plg terkesan di hati saya adalah balasan email antara antara JG dan Widya tatkala widya meluahkan ttg dirinya yg sentiasa diuji.PSP berjaya membuat hati batu saya ini menangis. Byk yg dpt saya kutip dr PSP ini.Truskn berangan Kak Lara..Utk angan2 yg nyata bukan kosong & sia2.

p/s: harap2 dpt la jumpa kak lara kt bookfest nti. Nk Otograf :)

February 19, 2008 2:43 PM

Ajarkan aku

Ajarkan aku tenang
mampukah kutulis ia di sini?
untuk kubaca lagi dan lagi
Biar ia berbunyi lagu
agar bisa merawat pilu

Ajarkan aku sabar
ingin kulukis ia di sini
untuk kutatap seacap kali
Biar warnanya jadi guru
lantas menutup semua silu

kupunya teman
namanya hati
yang kembang bila dipuji
setia bila dikhianati
kupunya guru
sebaik hari
yang mengajar hati,
tentang sakit
dan tentang kendiri.

Saat ini
diri,
hati,
jiwa..
seakan begitu kecil
iman,
sabar,
pasrah..
seakan sangat kerdil.

Tuesday, February 26, 2008

Undefined

Hai...

Aku tengah rasa semacam sekarang nie..bukan berkaitan ngan family aku..tetapi pasal salah seorang colleague aku kat ofis aku nie..ceritanya gini..

Waktu lunch td aku melepak kat member aku punya tempat (cubicle)...tetiba aku terpandang budak yg di sebelahnya punya pc (india kristian)...wallpapernya menunjukkan gambar seorang baby...nampak macam baby melayu..so aku tanya dia... dia kata anak angkat dia..(dia memang takder anak sendiri walau dah lama kahwin)...aku dah tak sedap hati bila dia cakap anak angkat..pastu member aku nie ceritalah.. origin mother baby tu melayu (orang sarawak) tp tinggal ngan india kristian nie.. kiranya macam dah murtad...dan diorang baru bawak budak nie pergi baptist kat penang masa raya cina haritu..

Ya Allah..kesiannya aku rasa kat baby tu...dan budak india nie ngan bangganya cakap perempuan sarawak nie dia punya godsister dan student IPTA...sudah tukar agama...semua yang saya makan dia pun makan...

Tu yang hati aku panas sangat..rasa macam nak report jabatan agama ajer..walaupun aku sendiri terumbang-ambing..tp aku masih tau hukum-hakam agama..apa yang boleh.. apa yang tidak..susah hati aku sekarang nie..kalau boleh aku pusingkan masa..aku tak nak ambik tahu pun pasal gambar baby tu..tp sbb curiosity dan suka menyibuk hal orang ..jadilah aku macam nie...sedih aku Lara...

**Ini email yang saya terima dari seorang sahabat siber yang agak rapat. Membacanya, saya seakan turut terpukul. Tapi mampukah kita memutarkan semula waktu? tanya saya pada kawan saya itu. Sedangkan Tuhan sememangnya sudah memilih, kitalah hambaNYA yang telah dipilih untuk dipersembahkan berita ini, seterusnya mencari sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Dan sahabat saya ini telah memilih untuk menyebarkan perkara ini melalui email. Kini, saya pula memilih untuk menyebarkan isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir umat Islam ini di sini. Moga manfaatnya boleh dikongsi bersama.

Monday, February 25, 2008

Ulor weh!

*gambar sekadar hiasan..

Alkisahnya, saya sekeluarga balik ke rumah mentua di Seremban weekend sudah. Dah lama rasanya tak tidur rumah kakak ipar (dekat2 rumah mak mentua aja). So, plan menjadi. Me & hubby tidur bilik hujung, tingkapnya betul-betul mengadap hutan (idokler tebal sgt hutannya pun..). Tidur mmgler nyenyak, pasal tingkap 3 panel tu, 1 panelnya mmg takleh tutup. Udara segar, angin malam yg menerobos masuk tentulah men'syahdu'kan lagi dengkuran kami. Alhamdulillah, esoknya Allah 'menghidupkan' kami semula dari lena.

Masa nak balik ke KL semula, saya berhajat mengemas semula tilam, cadar, bantal-bantal yg digunapakai semalam. Saya tarik tilam bujang yang bertindih, untuk melipat dan menyimpannya semula. Alangkah terkujutnya saya, ada makhluk rupanya yang sedang melingkar di dalamnya. Menyedari tempat perlingkarannya sudah diterokai manusia, dia pun melibas-libaskan ekornya yang panjang itu seakan-akan marah!

Apa lagi, "Mak! ada ular! ada ular!..." lintang pukang saya campakkan tilam tu semula dan berlari melejas-lejas keluar mendapatkan sedikit udara (masa nampak ular tu, saya macam terlupa nak bernafas kejap!) Bilik tu ditutup rapat supaya ular yg mungkin turut terkujut melihat saya itu tidak lari keluar dan merayap ke seluruh rumah pulak. Tak ada siapa yang berani menangani ular berwarna hijau tu. Akhirnya, setelah 20 min, 2 orang petugas bomba pun tiba dengan kayu yg bercangkuk di hujungya.

Tapi saya terkilan, sebab ular tu berjaya melarikan diri ke luar tingkap yang mmg sedia terbuka itu. Puas bilik digeledah, namun bunyi suaranya yang bersereh sebelum itu pun sudah tidak kedengaran lagi. Kata mak, tu mungkin ular terbang-terbang yang biasanya banyak terdapat di dahan-dahan pokok. Adoilaa... buatnye masa dia terkujut tu, terus dia terbang hinggap kat bahu saya? ya ampunnn...

:( harap-harap 'dia' tak datang mengganggu lagi, dan semoga Allah melindungi seisi keluarga dari malapetaka...

Thursday, February 21, 2008

Sorry!

Hi... Today is "world SORRY saying day"
So...if I have hurt you any time anywhere...
"If my Emails are disturbing you...
If I have bugged you somehow, somewhere...
then seriously I wanna say
just three words... "


"I WILL CONTINUE !"
Ngeee!

Monday, February 18, 2008

Karnival Ideal Kolej 17 UPM


Untuk Izz (yang teringin sangat nengok aku 'terpoyo-poyo' kat lam majlis). Bukan majlis apa pun, majlis hari terbuka ala-ala karnival anjuran kolej 17 UPM di Serdang ahad lepas. Memang sepatutnya diwar-warkan di sini sebelum berlangsungnya ye tak? Maklum saja, kesemua novel keluaran JS (termasuk PSP) turut dijual dengan harga istimewa di sana :D tapi entahlah, macam manalah boleh lupa :(

Turut bersama: Kak Su, Kak Em (orang kuat Jemari Seni), Wan, Notie, Kak nOOr, Nacha, Syda (kengkawan ulat buku semuanya). Kredit juga untuk kamera digital milik Wan :))

Saturday, February 16, 2008

Alasan untuk melakukan maksiat

Oleh Suhana Md Yusop
Dan Ammar Jazlan Mad Lela
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – “Kami tak buat apa-apa pun...duduk saja, lagi pun malam ini Hari Valentine.” Itu antara alasan popular sebahagian besar 50 pasangan yang ditahan dalam Ops Valentine ’08 di sekitar ibu kota awal pagi semalam. Dlm operasi anjuran Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Bukit Bintang itu, kebanyakan pasangan ditahan di Taman Tasik Titiwangsa, Dataran Merdeka, Bukit Permai dan Bukit Ampang.

Kebanyakan mereka ditahan ketika memadu asmara di kawasan gelap, berpelukan di dalam kereta dan bermesra di kerusi sekitar taman. Bagaimanapun helah pasangan kekasih yang rata-ratanya berusia awal 20-an itu ternayta gagal meyakinkan kumpulan sukarelawan Perkid dan Pekida dan mereka sebaliknya terpaksa ‘tadah telinga’ menerima kaunseling dan kad peringatan menghindari zina yang diedarkan sebelum mereka dibenarkan beredar. [baca lagi...]

Monday, February 11, 2008

Yang tiada tajuk...

Ayatku ayat sekerat;
Ayatku tak cukup sifat;
Ayatku boleh buat orang sesat...


Saya bukan ilmuan yang mampu berkongsi ilmu, apatah lagi menyebarkannya. Saya juga bukan penulis yang mampu menghantar pembacanya ke bulan dan bintang. Saya cuma saya yang suka membaca dan menulis. Saya adalah saya yang suka bercerita dan berkongsi-rasa. Saya sering cuba mengelak untuk menyentuh isu semasa di sini. Kerana isu-isu semasa yang sering saya baca di akhbar kebanyakannya menyentuh naluri, di samping menyedari akan kekurangan diri untuk memperkatakannya.

Namun, saban hari saya tidak pernah lupa mengikuti perkembangan terbaru tentang Adik Sharlinie. Aduhai, tak dapat saya gambarkan akan perasaan kedua orang tuanya. Mungkin sudah kering air mata untuk ditangisi. Bagaimana ya? keadaan ini boleh berlaku berulang-kali? apakah kita di sini sudah tidak selamat beriadah di halaman rumah sendiri? apakah anak-anak kita yang masih kecil dan polos itu perlu diajar tentang kerakusan manusia dan alam sekelilingnya?

Baru ini diberitakan juga tentang cubaan menculik oleh pihak-pihak tertentu yang menemui kegagalan di beberapa kawasan persekolahan. Argh! mereka ini masih ingin bercanda dengan perhitungan Tuhan rupanya. Biarpun kegiatan mereka masih belum mampu ditelusi pihak berkuasa, mereka lupa ada yang lebih berkuasa dan Maha Berkuasa memerhati kegiatan mereka...

Friday, February 8, 2008

Sarapan pagi Jumaat



Roti banjir. My favourite! kat sini harganya dah cecah RM1 sekeping. Namun tahap kelarisannya masih lagi dalam carta top-rank. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia gemar mengudap roti canai setiap pagi, atau paling kurang 1-2 kali seminggu (macam saya). Memang boleh bikin duit kalau reti tebar roti canai kat sini. Tapi kalau harganya boleh maintain seperti sebelumnya mungkin lebih baik, atau paling kurang pun kekal begitu. Atau kita akan mengalami fenomena baru selepas pilihanraya nanti? (setiap jumaat semua rakyat Malaysia akan dijamu sekeping roti canai percuma?...) ekekeke! Kalaulah...

Sunday, February 3, 2008

Khayalku...


Ya, bila saya berkhayal, banyak yang telah saya coretkan di kertas. Mula-mula di kertas. Kemudian saya minta suami belikan saya notebook. Sejak punya notebook, rupanya semua khayalan saya tu telah bertukar menjadi sebuah novel pula [:P] Oh! jadi, kesemua yang ditulis itu khayalan semata-mata? [LOL]

Sebab itulah, saya bagaikan terkulatz-kulatz bila pihak editor bertanyakan itu dan ini sewaktu proses meng'edit' manuskrip saya tu dilakukan. Masa tu, mulalah perasaan malu menyelubungi diri, (terasa jauh sangat saya berkhayal rupanya...) nasib baiklah perbualan kami sekadar di talian saja, kalau secara berdepan, harus saya ni sorok muka dalam baju ketika menjawap soalan-soalan pihak editor ngeee...

Bagaimanapun, watak seorang Syed Irwan Zahir saya bangunkan mengikut gambaran sebenar tentang seorang sahabat. Namanya, perwatakannya yang ada kala pendiam (bagaikan menyimpan seribu rahsia), pemalu, ada kalanya juga boleh menjadi sangat 'caring' dan sesekali 'nakal' itu saya abadikan dalam PSP. Cumanya, sahabat saya tu bukanlah berketurunan Hindi-Kashmir (tengok, tak sudahnya berkhayal...)

Kisah adik Syafiq yang menerima rawatan bagi penyakit telinganya, otitis media akut juga adalah kisah sebenar yang menimpa anak bongsu saya tiga tahun dulu. Waktu itu, saya sendiri hanya mampu melihat Mimy meraung kesakitan sehingga berguling-guling di atas katil setiap kali penyakitnya datang menyerang. Hanya setelah bengkak yang berisi nanah dan darah itu pecah dan meleleh keluar dari telinganya, barulah Mimy berasa lega dan berhenti menangis.

Selebihnya, kisah PSP hanyalah fiksyen semata-mata yang saya jalinkan melalui hasil bacaan dan pengalaman teman-teman. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.jemariseni.com. Diharapkan karya pertama saya ini mampu diterima seadanya. Ambillah mana yang baik (kalau ada), ambil juga semua yang tidak baik di situ dan jadikan ia sempadan (pun kalau ada..)

Wassalam...

Friday, February 1, 2008

Agaknyelah...

Bila yang seorang dah mula mengorak langkah, yang seorang lagi bagaikan mula muhasabah. Lepas 4 tahun hidup bagaikan terbuang, tiba-tiba yang membuang datang mengisi ruang. Alhamdulillah, semua sudah lerai. Mungkin terasa peritnya 4 tahun itu, hidup bagaikan bercerai.

Kalau datang dengan salam, tentu aku menyambutnya dengan sejahtera juga. Ah, untuk apalah diperpanjangkan, biarpun yang menyakitkan ku dulu hanya angkara dusta, jika lebih lama nanti tentu menjadi kusta!

Terima kasih TUHAN, kerana mendengar aku tiap waktu...

P/S - Sorry, 'pakcik emosi' datang lagi...