Pages

Sunday, February 3, 2008

Khayalku...


Ya, bila saya berkhayal, banyak yang telah saya coretkan di kertas. Mula-mula di kertas. Kemudian saya minta suami belikan saya notebook. Sejak punya notebook, rupanya semua khayalan saya tu telah bertukar menjadi sebuah novel pula [:P] Oh! jadi, kesemua yang ditulis itu khayalan semata-mata? [LOL]

Sebab itulah, saya bagaikan terkulatz-kulatz bila pihak editor bertanyakan itu dan ini sewaktu proses meng'edit' manuskrip saya tu dilakukan. Masa tu, mulalah perasaan malu menyelubungi diri, (terasa jauh sangat saya berkhayal rupanya...) nasib baiklah perbualan kami sekadar di talian saja, kalau secara berdepan, harus saya ni sorok muka dalam baju ketika menjawap soalan-soalan pihak editor ngeee...

Bagaimanapun, watak seorang Syed Irwan Zahir saya bangunkan mengikut gambaran sebenar tentang seorang sahabat. Namanya, perwatakannya yang ada kala pendiam (bagaikan menyimpan seribu rahsia), pemalu, ada kalanya juga boleh menjadi sangat 'caring' dan sesekali 'nakal' itu saya abadikan dalam PSP. Cumanya, sahabat saya tu bukanlah berketurunan Hindi-Kashmir (tengok, tak sudahnya berkhayal...)

Kisah adik Syafiq yang menerima rawatan bagi penyakit telinganya, otitis media akut juga adalah kisah sebenar yang menimpa anak bongsu saya tiga tahun dulu. Waktu itu, saya sendiri hanya mampu melihat Mimy meraung kesakitan sehingga berguling-guling di atas katil setiap kali penyakitnya datang menyerang. Hanya setelah bengkak yang berisi nanah dan darah itu pecah dan meleleh keluar dari telinganya, barulah Mimy berasa lega dan berhenti menangis.

Selebihnya, kisah PSP hanyalah fiksyen semata-mata yang saya jalinkan melalui hasil bacaan dan pengalaman teman-teman. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.jemariseni.com. Diharapkan karya pertama saya ini mampu diterima seadanya. Ambillah mana yang baik (kalau ada), ambil juga semua yang tidak baik di situ dan jadikan ia sempadan (pun kalau ada..)

Wassalam...

16 comments:

khairyn said...

Salam Lara (Croft? hehe)

Saya juga pengidap otitis media tapi tak akut. Sakitnya sampai demam-demam. Ini orang yang tua, kalau budak kecil lagilah.

Terima kasih pada kakak saya yang prihatin (dengan caranya tersendiri). Dia tuang sedikit minyak gamat dalam telinga. Alhamdulillah, bengkak cepat turun dan tak sempat nak bernanah. Ini mungkin remedy traditional tapi berkesan untuk saya.

Satu lagi, jangan biasa korek telinga dengan putik kapas. Itu 'penyebabnya'

Manjlara said...

Salam Khairyn, Lara Croft? naa... Lara Kerepot tu harus agaknye hehehe!

Oh, kisahnya... penyakit tu ada juga menyerang org dewasa rupanya, aduss...

Kes anak saya ni, menurut doktor pakar tu, katanya anak saya tu sememangnya dilahirkan dengan gegendang telinga yang tidak mempunyai saluran udara, so pembedahan terpaksa dilakukan untuk memasukkan tiub ke dalam gegendang telinganya tu.

Mak Su said...

wah.. bestnyer berkhayal sampai jadi novel.. teruskan usaha.

Manjlara said...

Hehehe! mmg seronok berkhayal ni, menulis pun seronok, tapi bila bab nak hantar ke pihak editor tu, seriau sikit... takut pihak editor dpt mengesan kite yg terlebih berkhayal nih :P thanks so much Mak su, err teruskan berkhayal eh?

raihan hassan @ rusdi nasir yussof said...

k lara..novel ni dah ada di pasaran ke skrng ni?

anieaina said...

Tahniah Lara!! kmas ucapkan atas terbitnya novel ini. Semoga novel ini laris di pasaran. Semoga lara terus berkarya lagi dan lagi..ll

Mersik said...

Tak apa lara, seperti kata Tok Ayah pokcik, berangan2 tu tak kena bayar.. So, berangan dan berkhayal la banyak2.

Cuma bila dah jadi cerita.. barulah di (mintak) bayor kekeke..

Yo la.. pokcik ambik la yg baik2 sahaja.. Ni tgh tunggu kut2 ada yg pree2 ka kekekeke..

Tahniah daun keladi.. yihaaa

dEW! said...

ManjLara, sekalung tahniah n sukses! Jangan tak percaya, anganan dah menjadi kenyataan!

Atiesya said...

tahniah gak dari saya untuk mu...err mungkir bahagia tu ker?atau dah kua yg no dua novel tu? apa2pun teruskan berkarya..awak mmg berbakat..

Atiesya said...

sayapun nak ucap tahniah jugak..moga berjaya......

Atiesya said...

eh banyaknya sy komen sori ek..tersilap...........

[Fadilah Diyana] said...

kak lara,berangan membuahkan hasil xpe...walaupun ustaz kata berangan tu dosa tp tu rasanya kalu berangan tp xder tindakan...akak kira hebat la...ada gak xtra income + dapat luahkan perasaan melalui penulisan...fad tau baca jer...ehehe

Manjlara said...

ann - akan berada di pasaran selepas 22 Feb ni InsyaAllah...

anieaina - Juta-juta terima kasih kmas, berkat sokongan teman2 spt kmas juga :), kalau tak laris pun, jgn sampai penerbit saya rugi pula :(

mersik - mekasih daun keladi jugak ye pokcik, harap2 khayal kita tidaklah sehingga melalaikan huhu!

dewi - terima kasih lagi seribu kali :))

Manjlara said...

atiesya - terima kasih banyak-banyak! ini novel 'mungkir bahagia' tu, yang kedua dah stuck nampaknya hehehe!

fad - ya, betul tu fad, harap2 khayalan akak taklah sampai boleh melalaikan diri akak dan pembaca, kdg2 dgn berkhayal pun kita blh sampai ke angkasa lepas..?? LOL

OD said...

Khayal jangan tak khayal Lara... kan berbaloi tu hah...

Ebriza Aminnudin said...

lehai kak lara ... saya ni pun banyak berkhayal sebelum menghasilkan novel sebab tu kadang2 citer saya tak masuk akal dan dapat plak kompelin daripada pembaca. Tapi saya peduli apa, asalkan cite tu saya suka, saya buatlah. Sapa nak baca ... baca, tak nak baca, terpulang.

Tahniah sekali lagi d atas kelahiran sulung ni. Suspen kan masa novel kita dah masuk peringkat layout. hehehe