Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati? Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya. Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain. Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya. * * * MANJLARA menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati. |
ISBN: 978-967-5118-46-3 Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak) Pesan terus dari penulis: manjlara01yahoo.com / shuhaida01@gmail.com Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidak sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya yang tersendiri. Jika tidak kerana bintangmasihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam? Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantikmungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap? Jika tidak ditemani bintangmahukah bulan muncul bersendirian di dada langit? ...aku hanya ingin jadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu... WIDYA Inikah takdir yang diumpamakan sebagai ‘sijil’ buat Kasih? ‘Sijil’ yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan? IRWAN ZAHIR Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada ‘jalan’ lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih? Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri. ~~O~~ Sebuah cerita yang begitu indah susunan bahasanya; penuh debar dan sarat teladan... daripada tulisan seorang MANJLARA tentang Widya, tentang Persis Sebutir Pasir. ~~***~~ ISBN: 978-967-5118-04-3Harga: RM22.00 Pesan terus dari penulis: manjlara01@yahoo.com / shuhaida01@gmail.com |
Novel
Subscribe to:
Posts (Atom)