tag:blogger.com,1999:blog-81774812432204175422024-03-14T00:18:07.946+08:00eskapismeTulislah agar deritamu ketahuanManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.comBlogger200125tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-57568800882508783892015-01-17T00:16:00.001+08:002015-01-20T20:02:30.593+08:00#sayajual

Alhamdulillah, dapur dah kemas, bolehla landing depan tv sat. Penatnya harini, terkejar2 sana-sini. Siap anak pi sekolah, ambik anak kat sekolah, hantar kek, pi kedai beli brg2 buat kek, mcm2 lagilah.

Kdg rasa malu kat Tuhan, duk sibuk terkejar2 hal dunia sgt ni, haihh. Apa pun kena terima kasih kat Incik Housemate makcik, selalu tak berkira keluar modal kalu makcik ada tempahan kek utk dibuat hehe. Bukan besar mana untung jual kek COD ni. Harga takleh tggi2 nanti org takut nak beli, dah buat kek kena hantar pulak kat customer sbb takut customer tak sudi beli kat kita. Kdg untung jualan habis gitu je, dgn modal2nya sekali hangus huhu. Bila ada orang order kek, buat muka tebal je suruh Incik Housemate beli barang haha.

Incik Housemate mmg suka tgk makcik busy, sbb tu dia sokong saje kalu makcik sibuk nak berjualan kek kecil2an ni. Boleh dikatakan apa saja yg makcik minat/rasa semangat nak buat, asalkan benda tu benda baik, mesti Incik Housemate sokong lelebih. Makcik ni kalu tak busy nanti makcik kacau dia kije,,,, haa tu yg dia takmau haha.

#Thank you Incik Housemate! Nanti sponsor lagi tawww,,, hiks!

ManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-53439159367759765082013-12-09T11:10:00.001+08:002013-12-09T11:10:12.166+08:00Toxic FriendsToxic Friends: When Friendship is No Longer Healthy
By Ann Smith
We've all heard the studies about the important role that friendships play in our emotional and physical well being. Most of us would agree that having a few good friends to whom we can turn in times of joy and sorrow or even for simple distraction is a real plus in life and, at times, necessary for our survival.
So how could friendship ever be a bad thing?
Here are some good reasons to move on from an unhealthy friendship:
1. They take and you give. If over time you notice that the balance between giving and receiving leans heavily to your side giving and rarely focuses on your needs, it's time to have a talk. If after making it clear that you want an equal relationship it is obvious that you have become a permanent caretaker to your "friend," you can either charge professional fees or gracefully move on.
2. They do not support who you are. When criticism and put downs are a regular part of your conversations this is not a friendship that will enhance your emotional health. Sometimes disguised as teasing, humor or sarcasm a friend's digs may be aimed at lowering your status in the relationship in order to elevate their own. This does even greater harm when it takes place in public. Speak up, tell them you want to be treated with respect and if it is a person you would like to keep around, give him or her time to change. If the response to your request is more criticism, move on.
3. They cannot be trusted with your secrets. A few proven trustworthy friends can be an essential part of a healthy life. This "circle of trust" is a small hand picked group who may need to be reevaluated from time to time based on experience. Most of us have several superficial friendships where we share only things that are common knowledge and don't require much scrutiny. Those who get to hear our secrets must be true blue and also trust you with their inner thoughts as well. Keeping in mind that human beings are imperfect and may slip up, if a friend does that more than once and in a cruel fashion, we need to be honest about our hurt and disappointment and either end the friendship or change the nature of it back to the superficial category.
4. They bring out the worst in you. Some friends are just not well enough to be what you need them to be. When you have an emotional "growth spurt," you may find that your old best friend isn't able to go along with you into a healthier future. They might prefer that you keep drinking, stay with that abusive husband, wife or partner. They may advise you to start dating only days after a separation or tell you to leave a relationship because "you don't have to take that" when you haven't even tried to work on it. Or they may tell you that plastic surgery would be the solution to your low self esteem. If it is time to let go, start bringing healthy friends into your life and gradually decreasing time on the phone with your old friend. You may end up influencing him or her in a positive way but remember we can't change anyone with advice or lectures.
5. They consistently disappoint you. When a friend sets a date with you where your expectation is a time for intimate sharing and catching up and without warning they bring along another friend you don't know it is a little upsetting but we can get over it. If they cancel out for a great concert you were going to together and take a date instead, you might be able to cope with that after some time of talking and making of amends occurs. If they borrow money from you and then buy themselves expensive jewelry without paying you back, you may need to stop loaning money and seriously talk about your feelings. If all of the above are occurring with some regularity, you may get tired of expecting him or her to treat you with respect and sick of requesting change with no results. This pattern is unlikely to change and it is time to move on and spend time with more reliable, caring friends.
My personal experiences with friendship have been varied. As a young girl I saw friends in a self centered way as a means to social connection, not knowing how to share myself with them or be present for them.
Fortunately, with help I was able to learn and grow in my understanding of the important role that deep, long term friendships can play in a healthy life. My focus shifted from quantity of friends to quality in both what I gave and what I hoped to receive.
In addition to the love and connection I am blessed to enjoy with my family, I would now say that my friends provide a secure place for me to return to when I'm struggling, consult with when I'm dreaming, and celebrate when I'm flourishing. I truly hope that I do the same for them.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-60584941518729736582013-11-29T12:17:00.001+08:002013-11-29T12:17:29.339+08:00Wilayah Cinta DuniaKata KH Abdullah Gymnastiar; Semua pangkal kegelisahan adalah cinta duniawi. Salah satu di antaranya: keinginan dihormati dan tidak suka dianggap remeh.

Semakin sulit menerima saran, pendapat, nasihat, apalagi kritik dan koreksi pasti akan semakin gelisah tak tenang, kerana sudah memasuki wilayah cinta dunia.

Orang yang mudah tersinggung, sakit hati bahkan benci dan dendam itupun termasuk yang tak akan tenang dalam hidupnya, kerana hatinya amat bergantung kepada sikap orang lain, bukan mencari kedudukan di sisi Allah.

#Oh, daku bimbang kalau-kalau tanpa sedar kaki sudah melangkah ke 'wilayah cinta dunia' ini, nauzubillah min zalik! Mohon Allah beri perlindungan-Nya, dan pimpin ke wilayah-Nya semula, amiiin.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-75865658662375231682013-11-24T20:30:00.001+08:002013-11-24T20:30:46.202+08:00Tiket mahal ke ArauSemalam hari terakhir Harith cuti sem. seminggu sebelum berakhir cuti kami dah belikan dia tiket bas balik Arau di Perhentian Duta. Atas permintaan dia juga, supaya tidak kelam kabut katanya. Memang betul, tiket banyak dah habis, tiket perjalanan KL-Kangar yang tinggal hanya pada pukul 1am. Kami booked yang itu. Kali ini kami tak dapat hantar dia dengan kereta ke Arau sebab Nadia masih dalam tempoh 'kuarantin' kerana SPM hehe.

Cuti 6 minggu tu dihabiskan di rumah saja, hanya minggu pada minggu terakhir tu Incek Nunn ajak dia off-road ke Sg Lembing lagi. Memang banyak permintaan ke Sg Lembing tu akhir-akhir ini, ramai orang nak tengok air terjun pelangi tu dari dekat sejak Incek Nunn gembar-gemburkan mengenainya di Facebook.

Incek Nunn sendiri dah beberapa kali pergi, dan beberapa hari lepas pergi lagi demi menyempurnakan hajat kawan-kawan. Kali ini Incik Nunn bawa Harith dan Syahmi sekali. Itulah 'percutian' jarak jauh Harith pada cuti kali ini. Selain itu dia ada juga ke Broga dengan bekas kawan-kawan sekolah. Selebihnya, masa cuti dia hanya di rumah dan keluar dekat-dekat lepak dengan kawan-kawan.

Semalam, saat akhir nak hantar dia ke Perhentian Duta, kecoh pasal tiket bas hilang. Haish, budak bertuah betul! Taknak kelam kabut, jadi kelam kabut juga sudahnya. Sampai saja Perhentian Duta, Incek Nunn terus 'slow talk' dengan kerani tiket di kaunter, solusinya - kena tunggu semua penumpang penuh dulu dan tengok kalau benar ada satu seat kosong. Ingatkan tak perlulah bayar lagi, rupanya kena bayar juga harga tiket baru, ciss! Tiket bas balik Arau Harith kali ini berharga hampir RM90!

Tapi dah salah sendiri, redho je la. Harap Harith dapat banyak moral darinya. Sayu juga lepaskan dia balik arau dengan bagasi besar sendirian. Tapi....saya tak risau, Allah ada :)

Pagi tadi dapat mesej Harith, dah selamat sampai Arau, Alhamdulillah. Ya Allah, doaku hanya semoga Allah permudahkan urusanmu pada sem 4 ini dan semoga terus istiqomah menimba ilmu kerana Allah, amiiin.

#sayang semua anak ibu ketat-ketat ;) <3

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-60173436463503968302013-11-23T21:32:00.001+08:002013-11-23T21:32:14.313+08:00Terima kasih Tuhan kerana mendatangkan AisyahItu antara bait lirik sebuah lagu dalam filem Balada Pencinta. Yeay! Dah tengok filem tu akhirnya. Bukan minat sgt tgk filem2 gitu sebenarnya. Tapi tiap kali iklan filem tu kat tv, rasa sedapnya suara yang menyanyi lagu 'anak kampung' oleh Jimmy Palikat tu. Harith kata, dlm filem tu guna suara Khir Rahman. Owh, hati tambah teruja nak dengar lagu versi Khir Rahman tu sampai habis.

Banyak lagu yang dinyanyikan semula oleh Amir (Johan Asari) dalam filem tu, dan semuanya guna suara Khir Rahman, masya Allah sedapnya suara dia. Lagu ciptaan dia sendiri pun ada, sedap!

Okay, bab lagu passed! Datang bab cerita, memang tak sangka banyak juga adegan aksi. Dengar tajuk macam cliche, tapi not bad, saya rasa filem arahan Khir Rahman ini tak mengecewakan saya. Tak pasti pula ini filem arahan ke berapa beliau. Tapi saya enjoy tengok dan tak boring.

Dalam filem ini, Johan Asari masih 'karlos' walaupun masa kenal Aisyah dia jadi mat jiwang kejap hehe. Dia bekas seorang gangster yang mahu berubah menjadi insan lebih baik. Siti Saleha sebagai Aisyah, tak ketara sangat antara watak-watak yang dipegangnya sebelum ini, dan dia nampak sweet sangat sebagai Aisyah. Saya paling suka melihat watak Sein yang sungguh berbeza. Dia pandai memainkan wataknya. Saya juga sukakan kemunculan Faizal Hussien, dia memang sudah kategori otai nampaknya. Azhan Rani semakin menyerlah bakat lakonannya, saya terkesan dengan watak beliau sebagai seorang lelaki yang terlalu mempercayai tunangnya, sehingga akhirnya dia bunuh diri setelah mendapati tunangnya berselingkuh. Jalaluddin Hassan sangat cool sebagai ayah. Dian P Ramlee sebagai ibu yang tegas dan garang, tapi babak dia curi-curi dengar perbualan suami dan anaknya tu agak kelakar hehe

Semoga Khir Rahman terus gigih berkarya lagi selepas ini.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-5569810890861750252013-11-16T16:39:00.001+08:002013-11-16T16:39:36.678+08:00HmmmEn Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.
En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.
En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..
Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.
En suami : .... tapi kan ustaz....
Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.
"Kesetiaan perempuan diuji ketika lelaki yang mereka sayang tiada apa-apa harta. Tetapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai segalanya."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-8930799114344170492013-04-02T16:35:00.001+08:002013-04-02T16:35:29.478+08:00Cuaca panas1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.
>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
3. Gejala cuaca panas melampau adalah :
Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
>>Hadkan aktiviti luar
>>Kerap berehat
>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
>>Pakai topi atau payung yang besar
4.2 Elakkan:
>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
>>Bersenam dalam cuaca panas
5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
>>Keluar dari kawasan yang panas
>>Tanggalkan pakaian yang ketat
>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan
>>Minum air setiap 15 minit
>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-52428001541346696062013-03-04T11:03:00.001+08:002013-03-04T11:03:40.005+08:00FacebookUpdate Facebook Dalam Kubur...

Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin :-)

#Shared via Ber"couple" itu Haram.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-58782779842750160742012-11-18T14:17:00.001+08:002012-11-18T14:17:38.768+08:00Kisah Imam Abu Hanifah dengan Seorang Kanak-kanak•▬••▬•▬••▬••▬•••▬••▬•▬••▬••▬

Pada suatu ketika dahulu, Imam Abu Hanifah (rahimahullah) sedang berjalan menuju ke masjid bersama ahli jemaah beliau. Dalam perjalanan tersebut, Imam Abu Hanifah (rahimahullah) terserempak dengan seorang kanak-kanak yang sedang mengambil wudhuk di sungai sambil menangis teresak-esak. Terpampang jelas pada wajah kanak-kanak itu air mata yang mengalir deras jatuh ke dalam sungai lantaran tangisan yang bersangatan.

Imam berhenti dan bertanya kepada anak tersebut tentang perkara yang membuatkannya menangis sedemikian. Lalu anak kecil itu menjawab, "Biarkanlah aku dengan keadaanku ini wahai Imam."

Imam Abu Hanifah (rahimahullah) tidak berganjak bahkan menggesa anak itu agar menceritakan juga sebabnya. Lalu si anak ini menjawab, "Aku telah membaca sepotong ayat dalam al-Quran yang mengatakan {Maka takutlah kamu kepada api neraka, yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu, yang disediakan kepada orang-orang kafir}."

"Ya, tepat sekali wahai anakku! Tetapi engkau masih lagi anak kecil, ayat ini tidak terkena ke atasmu wahai anakku.." Jawab Imam Abu Hanifah (rahimahullah).

**Apakah reaksi kanak-kanak itu?!**

"Bukankah apabila kita hendak menyalakan api, kita letakkan dahulu kayu-kayu kecil sebelum yang besar wahai Imam?!" Tanya si anak spontan.

Kelu. Tersentak.
Tiada apa lagi yang mampu dijawab oleh Imam Abu Hanifah (rahimahullah) melainkan berkata kepada ahli-ahli jemaah, "Demi Allah! Sesungguhnya anak ini lebih takut kepada Allah berbanding kita semua."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-51989238124395979282012-11-13T07:44:00.001+08:002012-11-13T07:44:33.434+08:00Cuti SemHarini dah 24 hari anak sulung saya, Harith menghabiskan cuti semester pertama pengajiannya di UiTM Arau. Dia mula cuti sejak 19/10/12 yang lepas. Lapang hati bila kesemua anak ada depan mata. Keputusan peperiksaan akhir semester yang lalu pun dah tahu keputusan, alhamdulillah dia dapat keputusan yang memuaskan. Tak perlu mengulang mana2 kertas, itu sudah cukup buat ibu bapa bapa bersyukur.

Masih lagi menunggu masa yang sesuai untuk bawa anak-anak bercuti. Hmm... belum capai kata putus dari hubby lagi.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-79607465140040965492012-11-06T21:00:00.001+08:002012-11-06T21:00:26.684+08:00Dunia Akhirat

Salam buat sahabat semua :) bagaimana hari anda hari ini? apa pun yang kita hadapi, suka mahupun duka angkatlah tangan, mohon keikhlasan dari-Nya :)

#saya sudah terjebak dengan siri BCL di tv9. setiap hari tunggu siarannya. harini episod ke 39, sedih sangat episod kalini sob-sob! sambil diputar lagu/doa ini pulak, hujannnnn :'(ManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-51658791019895781562012-10-12T17:46:00.001+08:002012-10-12T17:46:39.780+08:00Jujur dan bahagiaUntuk mendapatkan tubuh yang sihat, pastikan anda mengambil lebih sayuran dan buah buahan, melakukan senaman secara rutin serta tidak bercakap BOHONG.

Menurut penyelidikan dari Amerika Syarikat, orang yang bersikap jujur memiliki tahap kesihatan yang lebih baik dari sudut mental dan fizikal.

Penyelidikan oleh Anita Kelly, Pakar Psikologi dari Notri Dame menyatakan apabila kurang berbohong, anda mampu mencapai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi.

Berbohong bukan sahaja menyebabkan stress dan tekanan, mampu memicu keretakan sesebuah hubungan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-59134295658210400062012-10-06T15:47:00.001+08:002012-10-06T15:47:22.409+08:006 Oct 2012Don't make me mad then tell me to calm down, thats like stabbing someone and then wondering why they are bleeding.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-4242879629734839312012-08-18T18:44:00.001+08:002012-08-18T18:44:15.513+08:0029 Ramadhan 1433Rancang nak raya dgn abah di Perlis, dah terbayang meriahnya malam raya dengan semua adik beradik. Harini dah gerak menuju ke utara, tapi smpai Parit Buntar je. Inilah kehidupan. Penuh dengan kejutan dan sandiwara. Redho saje la,,

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-28577912781243739562012-08-09T10:00:00.001+08:002012-08-09T10:00:30.100+08:00Maafkan saya!Selalulah ingat di dalam hidup ini, kita tidak boleh melupakan 2 perkaataan ini, "terima kasih" dan "minta maaf". Kata-kata yang mudah ini sebenarnya dapat membantu memanjangkan usia anda.
Mengucapkan 'maaf' mungkin sangat sulit dilakukan banyak orang terutama lelaki. Tapi ilmuwan Massachusetts University membuktikan, permintaan maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan yang mengalami perlakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memicu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata 'maaf' dapat menurunkan tekanan darahnya, yang akan kembali normal sekitar 20% lebih cepat.
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan balas yang tidak baik. Hal ini menunjukkan seseorang laki-laki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
Penelitian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Peneliti mengukur tekanan di astolik dari 29 laki-laki dan 59 perempuan.
Kedua kelompok secara individu diminta untuk menyelesaikan ujian matematik dalam waktu lima minit. Selama mengerjakan ujian, peserta diganggu sebanyak tiga kali oleh peneliti sambil marah dan menyuruhnya untuk lebih cepat dalam mengerjakan tugasnya.
Pada akhir ujian, para peserta mengatakan, "Kau jelas tidak cukup baik". Namun, dua minit kemudian peneliti meminta maaf atas kekerasan yang terjadi pada setengah dari peserta laki-laki dan perempuan.
Peserta perempuan yang menerima permintaan maaf menjadi lebih cepat tenang, sementara kaum laki-lakinya justeru menjadi lebih gelisah.
"Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa ada manfaat potensial bagi kesihatan seseorang perempuan atas permintaan maaf," ujar salah seorang peneliti, seperti dikutip dari Telegraph, Rabu (21/4/2010).
Tekanan darah yang diukur dalam penelitian ini adalah tekanan darah di astolik, yaitu tekanan dalam darah antara detak jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirahat setelah kontraksi. Jika terlalu tinggi dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.
Maka, jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Dua ungkapan ajaib ini akan membuat hidup anda tenang. Simple tapi bermanfaat banyak :)
Selamat mencuba!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-740371429451709272012-07-26T02:05:00.001+08:002012-07-26T02:06:00.041+08:006 Ramadhan 1433Ya Allah, jadikan mata kami mata yang melihat kebaikan orang lain, jadikan hati kami hati yang memaafkan kesalahan orang lain, jadikan minda kami minda yang melupakan keburukan orang lain terhadap kami dan jadikan iman kami tetap di jalan yang Kau redhai.

Amiiiin.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-75892201775250974662012-06-17T21:10:00.000+08:002012-06-17T21:11:45.893+08:00Cuti PertamaAssalam.
Hati saya lapang dan gembira sekali saat menerima berita tentang kepulangan Harith 2 hari lalu. Harith telah 2 minggu bergelar pelajar semula sejak ditawarkan melanjutkan pengajian ke UiTM Arau, Perlis. Alhamdulillah, segalanya berjalan baik dan lancar seperti yang kami semua rancangkan. Cuma saya, sebagai ibu yang tak pernah berjauhan dengan anak2 merasa sedikit bebanan emosi :(
Harith kami hantar ke Arau pada hari pendaftarannya, 2/6/2012 yang lalu. Saya dan suami sempat ke kolej penginapannya di sana, sempat juga berkenal-kenalan dengan kawan2 sebilik Harith. Seorang dari Sg Besi, seorang lagi dari Sik, Kedah. Kelihatannya budak2 baik dan boleh bergaul, hati saya senang.
Tapi saat perpisahan, hati senang saya tiba2 bertukar hiba. Air mata tak bertunggu lagi hendak segera meluncur. Hati jadi pilu memandang anak yang sulung itu bakal berkelana di hujung dunia sendirian. Segera itulah saya teringatkan saat2 indah kami sekeluarga bersama, makan di luar, shopping, nonton wayang, aduh! Kenapa semua sekali ingatan itu datang menerpa serentak?
Dan saya jadi tambah gundah bila terkenangkan saat saya marahkan dia. Biasalah, ada2 saja kenakalan setiap anak yang harus ditangani ibu bapa. Harith tak ketinggalan. Dia anak yang baik. Sentiasa ringan tulang membantu saya di rumah. Tak pernah ada masalah di sekolah. Marah saya padanya, cuma apabila keputusan peperiksaannya kurang baik, dan lewat mengerjakan solat, itu saja.
Harith cuma ada 2 pilihan sebaik saja jawapan permohonan UPU dikeluarkan. Samada ke tingkatan 6, atau ke UiTM Arau dgn jurusan sains komputer. Jujur saya katakan, saya senang dgn kedua-duanya. Tapi sbg ibu yg mula rasa terancam berjauhan dgn anak, tentu saja saya suka jika Harith ke form 6 saja, sekolahnya hampir saja dgn rumah kami, tak perlu berjauhan, hari2 ke sekolah seperti biasa.
Tapi Harith memilih untuk ke Perlis juga. Saya redha. Saya turut gembira jika itu keputusan yang menggembirakannya. Tapi sejak saat itu saya dah mula terasa sayu dan rindu tak semena-mena. Semakin menghampiri tarikh 2/6, semakin saya sukar tidur dan selalu menangis sendiri di tempat tidur.
Sejak Harith di Perlis, hanya titipan mesej di handphone dan facebook saja menjadi pengantara. Saban hari saya menunggu statusnya dikemaskini tanpa jemu. Oh, begini rasanya rindu pada anak-anak. Tentu arwah emak juga pernah merasakan yang sama sewaktu saya tinggal di asrama dulu. Tapi arwah sgt kuat dan tabah, tak pernah sekali saya melihat emak menangisi pemergian saya. Cuma saya rasa lebih disayangi bila emak melebihkan segala keperluan saya berbanding anak2nya yang lain. Pun begitu, saya jua yang tewas. Saya gagal habiskan pengajian saya di Rawang. Saya kembali ke sekolah biasa kerana tidak tahan berjauhan keluarga hahaha
Harini dah masuk 3 hari Harith bercuti di rumah. Khamis, sehabis saja kuliah datuknya sudah sediakan tiket keretapi pulang ke KL. Jumaat dia tiada kuliah, isnin pula Perlis cuti sempena Israk Mikraj. Inilah cuti pertamanya setelah 2 minggu di Perlis. Ada2 saja kawan dan sahabat datang mencarinya di rumah :)Senang hati melihat keempat-empat anak saya berkumpul lagi. Smlm kami buat barbeque di rumah, ada pak njang, mak njang, paksu, ucu dgn sepupu-sepapatnya sekali. Seronoknya semalam :)
Hari ini juadah istimewa pula saya sediakan untuk makan tengahari; gulai lemak cili api daging landak! Ya, dulu kami selalu makan di Restoran Selera Rimba di Sg Besar yg menghidangkan juadah itu. Tapi dah rezeki Harith agaknya bila seorang sahabat suami memberikan daging itu mentah dan saya sendiri memasaknya. Esok dia akan pulang ke kolej semula. Masa bergembira akan berakhir juga. Semoga Allah sentiasa memberi kita kesempatan berjumpa dan bermesra lagi ya nak! Ibu tak pernah lupa doakan Harith setiap hari :)
#Ibu sayang dan kasih semua anak ibu!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-6386407178979113262012-06-05T12:06:00.001+08:002012-06-05T12:06:32.948+08:00Gerimis Di LautanGerimis di lautan

Mendayung sampan ke kuala

Pada rang bulan pungguk merayu

Menangis kesiangan

Menanggung rindu pada si dia

Apakan daya orang tak mahu

Apalah guna ke bendang

Padi seberang takkan menjadi

Apalah diharap orang

Kasihnya orang orang tak sudi

Gerimis di lautan

Ku ubati lukaku sendiri

Namun parutnya terpandang jua

Oh biarlah ku sendiri

Oh tinggallah ku kan pergi

Oh biarlah

Oh tinggallah

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-86643565824702161362012-06-05T11:12:00.001+08:002012-06-05T11:12:04.641+08:00Penyu Menangis*selalu teringatkan lagu ni sejak pulang dari Perlis tempohari.

Anak muda berlagu sayang

Di Batu Remis melepas rindu

Adik ketawa di Rantau Abang

Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Sesak nafasnya sesak

(Tak tahu adik tak tahu)

Sebak dadanya sebak

(Tak tahu adik tak tahu)

Bengkak jantungnya bengkak

(Tak tahu adik tak tahu)

Retak hatinya retak

(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak

Telur penawar hatinya lebur

Tumpah air matanya melimpah ruah

Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang

Di Batu Remis melepas rindu

Adik ketawa di Rantau Abang

Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Kelabu matanya kelabu

(Tak tahu adik tak tahu)

Sendu tangisnya sendu

(Tak tahu adik tak tahu)

Sayu jiwanya sayu

(Tak tahu adik tak tahu)

Layu langkahnya layu

(Tak tahu abang tak tahu)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-11341061317107129442012-04-10T18:17:00.000+08:002012-04-10T18:18:05.683+08:00Perempuan itu auratAllahyarham baru meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini. Tak Lama kemudian ibunya bermimpi yang beliau merayu-rayu agar tutup acc facebook kerana auratnya terdedah di pandangan umum & rohnya tidak tenteram kerana banyak sangat gambar yang terdedah dan tidak tutup aurat.
Beliau yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Johor, telah pun meninggal dunia beberapa hari lepas setelah koma 2 hari akibat kemalangan jalan raya.
Alhamdulillah pada 4pm 6/4/12 facebooknya telah berjaya dipadamkan, terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Inginkah Anda Mati Dalam Derhaka Kepada Allah?
Sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh At Tarmizi, Perempuan itu aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia. Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan keadaan seorang wanita keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat, tiba-tiba berlaku kemalangan atau sebagainya menyebabkan kematian, bukankah kematian itu berlaku dalam keadaan melakukan derhaka kepada Allah?
Allah tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.
Sekarang kita melihat ada wanita yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit umpama haiwan di belantara, manusia begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.
Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".
Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas.
Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.
Wallahu'alam....
SALAM MUHASABAH, KONGSIKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM, SEMOGA BEROLEH MANFAAT.
#via link ber"couple" itu haram.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-63432793253956383962012-04-07T17:47:00.001+08:002012-04-07T17:47:25.586+08:00KacamataSaya tak faham bagaimana seseorang melihat sesuatu dengan kacamata yang sama sejak berbelas tahun lamanya. Sedangkan cermin mata (bagi orang yang rabun macam saya ni) pun harus ditukar hampir setiap 1-2 tahun sekali. Inikan pula penilaian kita terhadap seseorang melalui pandangan terus.
Dan saya bingung bagaimana kita mampu memandang rendah pada seseorang, sejak dahulu hingga sekarang. Tak pernahkah kita terdetik di hati, bahawa kawan yang sudah berbelas tahun kita tak berjumpa itu kini telah berubah? Tak kiralah zahir atau batinnya, tapi pokoknya, dia tentu telah berubah. Malah mungkin telah baaaaanyak sekali berubah.
Wahai kawan yang telah lama tidak bersua, apakah anda bersusah-payah mencari saya semula semata-mata untuk mengemaskinikan pengetahuan saya tentang betapa hebatnya kehidupan anda sekarang? Kasihan. Jika itu saja niat anda. Kerana saya tidak pernah merasa pelik mendengar seorang yang menghabiskan masanya selama 8-9 jam sehari di pejabat untuk sebuah kehidupan yang sederhana. Kehidupan di dunia ini tak mungkin ada yang sempurna, itu saya tahu. Tapi saya percaya rezeki setiap manusia itu di tangan Tuhan, bukan terletak di pejabat atau dalam slip gaji. Dan saya rasa tidak perlu saya membuat senarai tentang apa yang telah saya perolehi sepanjang menjadi isteri dan ibu sepenuh masa hampir 6 tahun kini. Kerana jika saya menyebut tentang 'anak' sahaja, anda tak mungkin perolehi apa yang sedang saya kecapi sekarang ;)
Kita memang telah lama tidak sehaluan semenjak anda mengambil sikap acuh tak acuh terhadap saya. Saya sangka kita bersahabat, namun rupa-rupanya anda tidak sudi menganggap saya sebagai sahabat. Anda gemar mempergunakan sahabat untuk kepentingan diri. Malangnya saya tiada apa yang mampu ditawarkan untuk awak pergunakan. Lalu jadilah saya sahabat yang tidak pernah dianggap.
Saya nikmati kehidupan saya sekarang semaksima mungkin. Saya sentiasa tahu di mana saya berdiri di dunia ini. Saya selalu mengingatkan diri saya untuk bersyukur setiap hari. Saya telah temui kehidupan yang saya inginkan. Saya tidak pernah menyesal memilih jalan ini. Tanpa seorang yang bernama majikan, tanpa premis yang bernama pejabat, tanpa ganjaran bernama gaji pun, saya tetap terima rezeki daripada Tuhan. Malah kini saya benar-benar faham akan konsep yang dinamakan sebagai 'hamba-NYA'. Ya, saya pekerja yang bermajikan secara langsung dengan Allah. Bukan dengan manusia yang sama seperti saya.
Saya harap anda mengerti dan tidak lagi membanding-bandingkan 'dunia' anda dengan 'dunia' saya sekarang. Dan saya tidak pernah lupa setiap kata-kata dan perbuatan anda terhadap saya. Kerana kata-kata dan perbuatan andalah saya belajar siapa kawan, siapa lawan.
#selagi berusaha, selagi itu Dia menjaga,,

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-9359926707879499622012-04-06T22:11:00.001+08:002012-04-06T22:11:49.752+08:00Apa itu cinta?Orang biasa salah faham cinta sebelum nikah.
Fahamannya, ianya sama dengan cinta yang biasa diamalkan oleh rata-rata manusia. Orang sangka begitu.
Ada yang 'mencantik'kannya dengan kalimah-kalimah Islamik, seperti "Cinta kerana Allah", tetapi tidak memahami pula 'bagaimana cinta kerana Allah itu'. Sekadar pandai sebut sahaja untuk menghalalkan cinta. Ini memburukkan lagi keadaan.
Akhirnya, orang menyempitkan cinta yang sepatutnya luas.
Apakah cinta itu mesti berpegang tangan?
Apakah cinta itu mesti dengan ayat-ayat sweet kepada pasangan yang belum halal?
Apakah cinta itu, mesti bertemu sentiasa?
Apakah cinta itu, mesti kemaruk dengan fantasi yang merosakkan kita?
Kerana itu senang saya nyatakan,
"Kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurga.
Apa-apa yang membawa ke neraka,
itu bukan cinta namanya."
Asy-Syahid Hassan Al-Banna, bila ditanya akan cinta yang halal,
dengan sederhana beliau menjawab:
"Cinta yang halal itu halal. Cinta yang haram itu haram."
Pada saya, perbahasan 'sebelum kahwin' atau 'selepas kahwin', tidak relevan. Kerana cinta adalah cinta. Ia adalah perasaan. Kadangkala, kita tidak merancang untuk jatuh cinta. Ia jatuh sendiri. Apatah lagi dalam kehidupan hari ini yang menduga, yang menggoda, memang mudah untuk kita terjebak dalam isu perasaan ini.
Saya suka kita kembali kepada 'bagaimana cinta yang sebenar itu', dari kita sibuk membahaskan 'yang ini halal dan yang itu haram'. Ramai yang akhirnya memberikan alasan, 'kami bercouple pun, 4 flat', 'kami macam ini pun, selamat ke jinjang pelamin', dan sebagainya. Akhirnya, semata-mata melaungkan 'ini haram, ini haram', tidak lagi menawan hati masyarakat hari ini.
Maka pendefinisian cinta yang sebenar itu yang perlu diperkemaskan.
Bagaimana jika sudah jatuh cinta, apa yang patut dilakukan, itu yang perlu diajarkan.
Mengapa perlu menjaga cinta agar kekal di jalan yang bersih? Apakah hanya untuk kebaikan akhirat semata-mata? Atau ada efeknya pada perjalanan hidup di dunia, pada pembangunan ummat? Itu yang patut dijelaskan.
Agar kelihatan dengan jelas betapa relevannya Islam.
Jangan ukur cinta ini dengan perjalanan cinta kita.
Mentang-mentang kita anak orang yang faham Islam, duduk dalam komuniti yang menjalani proses dakwah dan tarbiyah, yang dibiasakan dengan usrah dan halaqah, yang kalau nak kahwin itu ada yang boleh tolong padankan dalam suasana yang bersih, kalau rasa nak kahwin boleh mengadu pada mas'ul, mas'ul susunkan. Jangan kita minta orang jadi macam kita.
Ramai orang tidak melaluinya.
Maka jangan sempitkan cinta.
Ajar makna cinta yang sebenar. Fahamkan betapa pentingnya kita menggerakkan cinta yang sebenar ini.
Sebelum kahwin. Selepas kahwin. Itu bukan masalahnya.
Selepas kahwin pun, kalau tidak memahami cinta yang sebenar ini, tidak akan membawa ke mana-mana.
Sumber : Hilal Asyraf

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-37963877230170109072012-04-04T16:11:00.002+08:002012-04-06T23:25:05.636+08:0020120404

Salam!

Harini saya buat bawal stim untuk makan tengahari. Inilah kali pertama saya cuba. Itupun setelah terliur tengok kawan saya yang tinggal di Pasir Gudang tu buat :P
Saya dah lama terasa nak buat bawal stim ni untuk juadah keluarga. Tapi En Nunn bukan penggemar ikan bawal. Anak-anak pula hanya suka ikan bawal yang goreng biasa, atau dibuat sweet sour. Hmm, jadi saya tak berani la nak buat, takut tak ada yang sudi pulak nanti.
Tapi masa masuk pasar basah kat Giant tadi, ternampak ikan bawal besar-besar tapak tangan, dijual pada harga RM4.99 seekor. Saya pun pilih 3 ekor. Mungkin bawal kecil macam ni boleh saya cuba buat stim, kalau tak habis pun tak rugi sangat rasanya ;)ManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-49636252522804369572012-03-31T13:40:00.000+08:002012-03-31T13:41:10.182+08:00Saiz 9!

2-3 hari ni, tumit saya sakit. Puas bertanya-tanya sendiri, apakah puncanya. Tapi tidaklah juga mendapatkan jawapan yang pasti. Ada orang kata, kalau sakit tumit ada bersangkut paut dengan buah pinggang. Ada juga orang kata, sakit tumit menunjukkan simptom penyakit gout. Teringat dekat kakak ipar yang pernah alami gejala yang sama beberapa bulan sudah. Setelah didiagnos, didapati tulang tumitnya bercabang, sebab itu bila berjalan tumitnya sakit.

Huh, memang cuak bila difikir-fikirkan. Nak jumpa doktor, kurang keberanian la pulak hikhik. Fikir punya fikir, tentang kemungkinan lain, saya teringat yang sejak beberapa hari ni saya ke mana-mana semua menggunakan sepasang sandal getah yang agak menjengket. Sebenarnya saya tak pernah beli sandal jenis tu sebelum ni. Tapi masa nak balik Pahang haritu, Encik Nunn yang suruh saya beli sandal tu. Berfesyen sikit katanya (ya, saya ni memang tak fashionable langsung, kaedahnya,,,).

Sandal menjengket tu saya guna kalau keluar jauh2 je pada mulanya. Kalau menyapu sampah di laman, saya hanya guna selipar jepun saja. Tapi sekarang selipar jepun kegunaan di rumah saya dah putus. Malas nak cari yang baru, saya gunakan sandal menjengket saya tu dulu. Sudahnya, di rumah guna yang itu, berjalan jauh pun sama juga. Mungkin sebab itu tumit saya tak selesa kut???

Harini saya ke Giant dengan suami beli barang dapur sikit. Terus saya ajak Encik Nunn beli sandal baru. Sandal bertutup dan yang penting tak bertumit! Atau dengan lain perkataan, jengketless! Haha. RM 15 je sepasang. Tapi yang tak tahan tu, saiz 9??? Mak oii gadangnya! Tak pernah seumur hidup saya pakai kasut saiz 9. Selalunya kasut saya saiz 7 aje. Hmmm moskil, moskil,,,ManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177481243220417542.post-5251481226133297622012-03-31T00:39:00.001+08:002012-03-31T00:39:48.022+08:00Sang RatuKetika berkahwin, Fatimah hampir berumur 18 tahun dan mendapat bekas air yang diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.

Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku telah menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan."

Alam rumah tangganya berjalan lancar dalam suasana yang sederhana. Fatimah melaksanakan tugasnya seperti menggiling jagung dan mengambil air telaga dan Ali pula bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga. Malah mereka juga terkenal dengan budi pekerti yang tinggi dan bersifat dermawan.

Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anak-anaknya pada usia 28 tahun, enam bulan selepas kewafatan Baginda dan dimakamkan di Jannah al-Baqi', Madinah.

Semasa hayatnya, Nabi Muhammad s.a.w. pernah menyatakan bahawa Fatimah akan menjadi 'Ratu segenap wanita yang berada di syurga'.

#via link Ber"couple" itu Haram.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphoneManjLarahttp://www.blogger.com/profile/05248155192560946858noreply@blogger.com0