Pages

Tuesday, February 26, 2008

Undefined

Hai...

Aku tengah rasa semacam sekarang nie..bukan berkaitan ngan family aku..tetapi pasal salah seorang colleague aku kat ofis aku nie..ceritanya gini..

Waktu lunch td aku melepak kat member aku punya tempat (cubicle)...tetiba aku terpandang budak yg di sebelahnya punya pc (india kristian)...wallpapernya menunjukkan gambar seorang baby...nampak macam baby melayu..so aku tanya dia... dia kata anak angkat dia..(dia memang takder anak sendiri walau dah lama kahwin)...aku dah tak sedap hati bila dia cakap anak angkat..pastu member aku nie ceritalah.. origin mother baby tu melayu (orang sarawak) tp tinggal ngan india kristian nie.. kiranya macam dah murtad...dan diorang baru bawak budak nie pergi baptist kat penang masa raya cina haritu..

Ya Allah..kesiannya aku rasa kat baby tu...dan budak india nie ngan bangganya cakap perempuan sarawak nie dia punya godsister dan student IPTA...sudah tukar agama...semua yang saya makan dia pun makan...

Tu yang hati aku panas sangat..rasa macam nak report jabatan agama ajer..walaupun aku sendiri terumbang-ambing..tp aku masih tau hukum-hakam agama..apa yang boleh.. apa yang tidak..susah hati aku sekarang nie..kalau boleh aku pusingkan masa..aku tak nak ambik tahu pun pasal gambar baby tu..tp sbb curiosity dan suka menyibuk hal orang ..jadilah aku macam nie...sedih aku Lara...

**Ini email yang saya terima dari seorang sahabat siber yang agak rapat. Membacanya, saya seakan turut terpukul. Tapi mampukah kita memutarkan semula waktu? tanya saya pada kawan saya itu. Sedangkan Tuhan sememangnya sudah memilih, kitalah hambaNYA yang telah dipilih untuk dipersembahkan berita ini, seterusnya mencari sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Dan sahabat saya ini telah memilih untuk menyebarkan perkara ini melalui email. Kini, saya pula memilih untuk menyebarkan isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir umat Islam ini di sini. Moga manfaatnya boleh dikongsi bersama.

9 comments:

ZueKay said...

salam..kisah murtad dah banyak berlaku...ulamak yang berjuang juga ada yang sudah pergi(al-Ustaz Ishak Baharom)...apapun tribulasinya, namanya tetap meniti di hati...kitapun harapnya begitulah nanti...

Manjlara said...

zuekay - salam, insyaAllah... harapnya begitulah.

Mak Su said...

kadang2, kita kena mintak balik bantuan daripada Yang Maha Kuasa.

© OD said...

Salam Lara...
Takutnyaaaaa... tapi kat sini dah banyak berlaku. Orang putih ambik anak angkat dari negara-negara ketiga ie Indonesia dan Afrika, yang asal-usulnya anak-anak orang Islam. Sedih jugak tapi nak buat camana, kan? Betul cakap Mak Su tu... kita kena minta pada yang Maha Berkuasa. Teringat berita tentang seorang Mayor di US yang kembali ke Islam setelah dia selidik latar belakang keluarganya.

Ummihana said...

Kesian cerita bayi itu juga ibunya, Semoga Tuhan memberi kesedaran buat si ibu....

blackpurple @ jowopinter said...

Alahai. Melibatkan akidah....

Tak tau nak komen apa...

Merr said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Manjlara said...

mak su - kite mmg selalu kena minta bantuanNYA, dalam keadaan yg makin rumit sekarang.

OD - kisah Mayor di US yg kembali kpd Islam tu sgt menarik...

Manjlara said...

ummihana - semoga Tuhan ampunkan dosa mereka...

blackpurple - ya, akidahlah tunjangnya.