Pages

Showing posts with label Dear diary. Show all posts
Showing posts with label Dear diary. Show all posts

Tuesday, March 11, 2008

......

Mode swing lah. Selalu turun-naik. Bila menurun, mulalah saya jadi malas nak bercakap. Apatah lagi untuk bercerita. Suami pun kadang-kadang hairan dengan sikap saya ini...tsk!tsk!tsk! Tapi sekarang mungkin dia dah biasa agaknya. Dia dah jarang bertanya kalau saya tak nak bercakap.

Kata Dato' Fadhilah Kamsah, mode orang perempuan ni bergantung pada hormon. Hormon orang perempuan dikenali dengan estrogen, sementara hormon orang lelaki pula dipanggil testosterone. Memang jauh berbeza. Hormon estrogen membolehkan otak kiri dan kanan wanita berfikir secara serentak. Jadi, memang kadang-kala seseorang wanita itu mampu berbicara tentang apa saja yang berada di bumi dan di langit ini pada waktu yang sama. Hmm...

Sedikit up-date tentang perkembangan politik di tempat saya. BN sekarang jadi parti pembangkang di Selangor yihaa!. Bagaimanapun, saya percaya laluan mereka sebagai pembangkang tentu tidaklah sesukar BA. Media-media utama di Malaysia masih lagi condong memberi liputan meluas kepada mereka. Tidak seperti BA, yang terpaksa menggunakan saluran alternatif (internet) yang begitu terhad penyebarannya untuk bersuara.

Setakat ini dulu. Saya nak sambung membaca. Ada dua-tiga buah buku yang baru saya beli sempena lawatan tidak rasmi saya ke Border dan MPH di The Curve baru-baru ni.

Wassalam.

Friday, March 7, 2008

8-3-8

Yang Ku Ingin Menjelang 8-3-8


Ku ingin anakku berlari selamat di taman,
Ku ingin tersenyum belanja lumayan di pasaran,
Ku ingin kocek suamiku tak rabak kerana beratnya hutang,
Ku ingin zuriatku Islam tanpa had harinya,
Ku rindu sekali rasa percaya terhadap pemimpinku,
Ku tak mahu lagi dihina ditertawa musuh bangsa dan negaraku,
Apakah akan ku nikmati ini semua menjelang tarikh keramat tilik Cina 8/3/2008?

Thursday, March 6, 2008

Kajian bulan kelahiran

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan. (oh, tak pastilah sejauh mana, berwawasan tu yg pasti bukan setakat wawasan 2020 je..)

* Mudah ditawan kerana sikap baik. (ya, itu kelemahan saya...)

* Berperangai lemah lembut. (hehehe! jgn mudah terpedaya...)

* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. (absolutely!)

* Idea yang terlalu banyak di kepala. (tu yg selalu migrain tu...)

* Bersikap sensitif. (untuk saya, ultra-sensitif...)

* Mempunyai pemikiran yang aktif/sentiasa berfikir. (hek? belum discover pulak...)

* Sukar melakukan sesuatu dengan segera. (ater paham bebenor miker ni...)

* Bersikap suka menangguh-nangguh. (aduss...dia guna x-ray cap apa ni ek?)

* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. (oppss! yg ni kurenggg...kdg2 cincai je..)

* Cepat marah & cepat sejuk. (benar sekali!)

* Suka bercakap & berdebat. (nope! saya benci berdebat)

* Suka buat lawak & bergurau. (suka jugak...tengok tempatlah..)

* Otaknya cerdas berangan-angan. (hahahaha! malu ar ngan doktor nih...)

* Mudah berkawan & pandai berkawan. (yg ni pun kurengg...saya ni berat mulut!)

* orang yang sangat tertib. (tak jugak...tp klu didoakan, insyaAllah!)

* Pandai mempamerkan sikap. (like for example, yg ngada-ngada tu cam ala2 manja gitu ahaks!...)

* Mudah kecil hati. (uisy! sangat mudah...fragile gitu :P)

* Mudah kena selsema. (isyy...mana dia tau nih?)

* Suka berkemas.(part ni, saya ada musim2 gakler...)

* Cepat rasa bosan. (tepat sekali!)

* Sikap terlalu memilih & cerewet. (not really...)

* Kurang mempamerkan perasaan. (dgn lain perkataan, suka memendam perasaaan...)

* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. (sesungguhnya betul...)

* Suka pada barang yang berjenama. (ouch! pecah rahsia...w/pun kdg2 tak berapa mampu...)

* Mudah menjadi eksekutif. (tapi tak pernah diberikan peluang :P)

* Kedegilan yang tidak terkawal. (sometimes...well..atleast saya mengaku :D)

* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan. (tgk jenis pujianla jugak...)

Nota : Sebagaimana kajian yang telah dijalankan oleh Yg Bhg Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Sila lihat kajian bulan kelahiran anda di sini.

Monday, March 3, 2008

Kisah 60 min yang panjang (bah II)


Untung juga ada blog peribadi ni, kalau nak tulis dalam diari tak celuih la nak tulis segala macam benda dalam tu. Kat sini kita boleh tulis semahunya, boleh upload foto sekali untuk dibuat kenang-kenangan di hari tua :P

Itulah wajah saya dengan DJ Nurul yang manis dan baik hati tu. Saya kata dia baik hati kerana dia pandai mengambil mood saya, daripada ketaq jadi santai dan relaks aje...ngee! Banyak persoalan yang telah dibangkitkan, antara lain, soalan2 yang dikemukakan berbunyi:

DJ Nurul - Siapakah yang memberi dorongan untuk menulis?
Saya - Keluarga dan teman-teman. Yg paling kuat tentunya dorongan dari suami terchenta! (kasi up sikit kat kandaku yg sudi menghantar dan menungguku penuh setia di UPM petang itu :P)

DJ Nurul - Mengapa memilih Jemari Seni?
Saya - Kerana saya yakin dengan kemampuan JS, selain sukakan ciri-ciri JS yang mementingkan kelainan dalam karya yg diterbitkannya. Saya juga suka dengan pendirian JS yg tidak mengutamakan perkataan cinta, kasih, sayang dan rindu di dalam memilih tajuk sebelum menerbitkan sesebuah novel.

DJ Nurul - Apakah kesukaran yang dihadapi semasa menghasilkan PSP?
Saya - Selain masa yang perlu banyak dikorbankan (kerana kadang2 idea datang tak mengira waktu), kesukaran lain ialah utk mendapatkan terjemahan hadith & ayat2 suci al-quran yg tepat bagi memastikan perjalanan/plot cerita yang dihasilkan akan dapat dihayati dengan lebih mendalam.

DJ Nurul - Ucapan terakhir untuk para pendengar?
Saya - Carilah buku saya di pasaran, hayatilah mesej yang cuba saya sampaikan di dalamnya. InsyaAllah, anda takkan rugi memilih novel2 yang diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing! (ala-ala undilah parti saya gitu, ahaks!)

Cukuplah setakat ini dulu coretan saya. Takut ada pulak yang mual membacanya huhu! Apa pun, saya kira inilah antara pengalaman paling berharga saya, biar pun tidaklah sebesar mana :)

Wassalam.

Friday, February 29, 2008

Kisah 60 min yang panjang (bah. I)


Sudah kurenung
dalam kitab..
Makin kurenung
berdetup-detap..

---------------------------------

Kisah jantung saya yang berdetup-detap ni sebenarnya bermula sejak 27/01/08 lagi, apabila pihak Jemari Seni mengirimkan e-mail membentangkan jadual buat para penulisnya tentang hari keudara mereka di PutraFM nanti. Bagaimanapun degup jantung saya seakan reda sedikit bila jadual saya yang sepatutnya pada 21/02/08 telah diganti dengan Khairyn. Jadi saya diberitahu (oleh JS) hanya akan keudara di PutraFM pada 28/02/08 ngeee!

Bagaimanapun, tarikh 28/02/08 tu tiba jua. Hampir sebulan lamanya masa yang diberikan, saya tidak langsung mengambil peluang itu untuk menyediakan soalan (sbg mana yg disarankan ole JS). Hanya sehari sebelum itu, barulah saya terhegeh-hegeh nak mencari idea pasal soalan tu. Isy, saya ni bukannya penulis terkenal. Novel pun baru sebuah saja yang terhasil. Apa yang hendak saya soal pada diri saya sendiri ni? terlebih-lebih nanti, dikatakan p.e.r.a.s.a.a.n pulak!

Finally, dapat jugak saya sediakan 10 soalan semuanya. Puas saya menghafalnya (soalan & jawapannya sekali kekeke..), tapi entah kenapa rasa berdebar-debar tu tak jugak reda. En. Hubby kata, buat apalah nak berdebar-debar, bukannya satu Malaysia boleh dengar siaran tu, cuma radio streaming aje, kalau nak dengar kena melalui internet saja. Ah, senanglah dia cakap, macamlah dia tak kenal 'Puan Manjlara' dia yg serba clumsy ni....

28/02/08 pun tiba, saya bersiap ala kadar. Dah siap semuanya, saya bersedia naik kereta (En.Hubby dah menunggu dlm kereta). "Alamak! bang, kejap ya? tudung kepala saya ni terbalik..." tsk! tsk! tsk! punyalah ghoflah sampai pakai tudung pun terbalik! Bergegas pulak saya masuk bilik semula untuk membetulkannya. Isy, mana boleh... batu2 permata yg bertaburan tu duduk belah dalam jer!

Dah siap, saya sekali lagi naik kereta. Memang bajet masa dah lari. Tapi saya buat2 cool jugak. "Sorry Yang, bukak tingkaplah! aircond mmg bocorla..." kata En.Hubby. Dah sebulan saya dengar pasal aircond kereta dia yg bocor tu. Tapi dia masih tak bertindak rupanya. Mungkin menunggu aircond tu pulih sendiri, sekaligus menyatakan bahawa telahan mekaniknya itu salah. Adusss! Kanda... kanda... sampai hati kanda buat dinda camni huhu! thank you dear! for really making my day...kata saya dalam hati.

Akhirnya saya tiba dgn selamatnya di PutraFM dengan peluh dingin dan peluh hangat yang merambu di muka. Nafas jadi pendek-pendek sebab naik tangga. Temubual dimulakan beberapa minit selepas itu, dengan suara saya yang seakan tercekik bijik cempedak (gugup + semput!).

p/s - foto dan soalan2nya nanti saya masukkan kemudian, tunggu ye?...

Wednesday, February 27, 2008

Ajarkan aku

Ajarkan aku tenang
mampukah kutulis ia di sini?
untuk kubaca lagi dan lagi
Biar ia berbunyi lagu
agar bisa merawat pilu

Ajarkan aku sabar
ingin kulukis ia di sini
untuk kutatap seacap kali
Biar warnanya jadi guru
lantas menutup semua silu

kupunya teman
namanya hati
yang kembang bila dipuji
setia bila dikhianati
kupunya guru
sebaik hari
yang mengajar hati,
tentang sakit
dan tentang kendiri.

Saat ini
diri,
hati,
jiwa..
seakan begitu kecil
iman,
sabar,
pasrah..
seakan sangat kerdil.

Thursday, February 21, 2008

Sorry!

Hi... Today is "world SORRY saying day"
So...if I have hurt you any time anywhere...
"If my Emails are disturbing you...
If I have bugged you somehow, somewhere...
then seriously I wanna say
just three words... "


"I WILL CONTINUE !"
Ngeee!

Friday, February 1, 2008

Agaknyelah...

Bila yang seorang dah mula mengorak langkah, yang seorang lagi bagaikan mula muhasabah. Lepas 4 tahun hidup bagaikan terbuang, tiba-tiba yang membuang datang mengisi ruang. Alhamdulillah, semua sudah lerai. Mungkin terasa peritnya 4 tahun itu, hidup bagaikan bercerai.

Kalau datang dengan salam, tentu aku menyambutnya dengan sejahtera juga. Ah, untuk apalah diperpanjangkan, biarpun yang menyakitkan ku dulu hanya angkara dusta, jika lebih lama nanti tentu menjadi kusta!

Terima kasih TUHAN, kerana mendengar aku tiap waktu...

P/S - Sorry, 'pakcik emosi' datang lagi...

Tuesday, January 22, 2008

Stress

What? magicnyer.... macam tak percaya jer, tapi apa nak dihairankan ye tak? Segala yang berada di langit dan di bumi ini, semuanya dalam kekuasaan yang maha Esa. Apanya yang magic sangat tu?

Sebenarnya saya baru saja buat medical check-up. Dulunya tekanan darah saya mudah saja naik memandangkan kedudukannya yang dikatakan border. Saya selalu stres. Bila stres, kepala saya selalu pusing. Kadang-kadang tu, sampai berhari-hari saya mengidapnya. Bukanlah mengeluh, bagi saya tiap penyakit tentu ada penawarnya kan?

Rupanya kini baru saya sedari, saya dah jarang sekali dibebani stres. Hasil pemeriksaan doktor juga sudah mengesahkan tekanan darah saya yang kembali normal sekarang :))

Ya, saya dah lama meninggalkan alam pekerjaan. Alhamdulillah, saya gembira dengan keadaan ini. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan kini. Yang pasti, saya memang cukup gembira bila tidak lagi bekerja di bawah tekanan.

Friday, January 18, 2008

Epilog

Sebagaimana yang kami rundingkan di talian, bahagian 'epilog' yang tercetak dalam manuskrip saya tu, kini diberi sentuhan baru. Bukan keseluruhan, sekadar sedikit bahagian di penghujung cerita. Betullah apa yang dikatakan oleh ketua editor, dia melihat karya saya dari sudut pembaca. Mungkin sewaktu menulis, saya dipengaruhi emosi sendiri, di sinilah perlunya tugas seorang editor. Dia perlu memastikan penulis tidak 'syok sendiri' :)

Sehingga lewat pukul 12.00 malam semalam, barulah 'epilog' baru saya tu siap. Terus saya emailkan pada JS. So, tidur pun boleh lena. Dan pagi tadi, seawal jam 7. ++ pagi, saya menerima pengesahan email dari Kak Su. Lega rasanya :)

kerja penerbitan...

Semalam baru dapat surat pengesahan rasmi dari JS. Syahdunyer baca...ekekeke! apa pun, till today, proses editing masih berjalan. Saya cukup kagum dengan idea dan cadangan bernas yang disarankan oleh pihak editor. Saya cuma penulis picisan, belum tahu untung nasib saya di dunia penulisan ini. Yang pasti, kerja keras dan kesungguhan pihak JS untuk menyelami dan mengedit manuskrip saya tu, betul-betul buat saya terharu.

Terima kasih yang tak terhingga...