Pages

Monday, February 11, 2008

Yang tiada tajuk...

Ayatku ayat sekerat;
Ayatku tak cukup sifat;
Ayatku boleh buat orang sesat...


Saya bukan ilmuan yang mampu berkongsi ilmu, apatah lagi menyebarkannya. Saya juga bukan penulis yang mampu menghantar pembacanya ke bulan dan bintang. Saya cuma saya yang suka membaca dan menulis. Saya adalah saya yang suka bercerita dan berkongsi-rasa. Saya sering cuba mengelak untuk menyentuh isu semasa di sini. Kerana isu-isu semasa yang sering saya baca di akhbar kebanyakannya menyentuh naluri, di samping menyedari akan kekurangan diri untuk memperkatakannya.

Namun, saban hari saya tidak pernah lupa mengikuti perkembangan terbaru tentang Adik Sharlinie. Aduhai, tak dapat saya gambarkan akan perasaan kedua orang tuanya. Mungkin sudah kering air mata untuk ditangisi. Bagaimana ya? keadaan ini boleh berlaku berulang-kali? apakah kita di sini sudah tidak selamat beriadah di halaman rumah sendiri? apakah anak-anak kita yang masih kecil dan polos itu perlu diajar tentang kerakusan manusia dan alam sekelilingnya?

Baru ini diberitakan juga tentang cubaan menculik oleh pihak-pihak tertentu yang menemui kegagalan di beberapa kawasan persekolahan. Argh! mereka ini masih ingin bercanda dengan perhitungan Tuhan rupanya. Biarpun kegiatan mereka masih belum mampu ditelusi pihak berkuasa, mereka lupa ada yang lebih berkuasa dan Maha Berkuasa memerhati kegiatan mereka...

6 comments:

Mak Su said...

sudah baca posting saya yang bertajuk, Apa Motif?

OD said...

Salam Lara...
Tu la pasal. Geram betul. Kita tak boleh lagi tutup mata dah. Tak boleh lagi pegang prinsip hang hang aku aku... lantaklah kena marah dengan orang mana, tak apa asalkan kita jadi penyibuk yang boleh menyelamatkan nyawa anak-anak kita dan anak-anak mereka. Semoga ALLAH berikan petunjuk di mana Sharlinie berada sekarang. Amin.

blackpurple @ jowopinter said...

Kita orang luar inipun terasa sakitnya. Apatah lagi ibubapanya sendiri. Dan bagaimana agaknya keadaan adik Sharlinie sekarang ya?

Semoga Tuhan mempermudahkan usaha menemuinya.

Iza'Izz said...

Kite sekarang kena ikut cara dolu2 kale... sikap amik tau itu perlu ada. Bkn pasai jaga tepi kain org.. ini pasai jaga keselamatan bersama.

Ummihana said...

kisah Syrakinei Hannah tak dapat ikuti kerana tiada berita yg tersiar di akhbar spore...harap2 Tuhan selamatkan adik syarlinie...
kenapalah mereka2 yang melakukan perkara itu tergamak melakukannya?? sekarang ini, bila2 anak2 keluar, hanna pun jadi paranoid....tengok anak orang lain main kat bawah blok, pun, hati berdetak cemas jugak.....

Anonymous said...

assalamualaikum.
saye kwn ank makcik, daniel. die suruh sye bukak jemari seni.. sye suke bace ayat-ayat yg makcik tulis..puitis sunguh..and, tahniah sye ucpkan untuk buku makcik.-alia-