Monday, April 27, 2009

Bisikan Hati

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji



MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com



Monday, April 20, 2009

Rindu

Salah satu aktiviti yang membuatkan aku sangat senang dengan pesta buku di PWTC ni, ialah sebab dapat berkumpul dan bertemu rakan-rakan lagi. Rakan penulis, rakan bloger, rakan UB, isy! terasa macam ramai sangatla pulak kawan! *perahsantan la tu* NGEH! Hakikatnya, tahun ni aku hanya sempat jumpa Izz dengan suami dan anak-anaknya. Itu pun last minute punya plan. Tup..tup! menjadik aje. Aku memang tak merancang nak turun PWCT tahun ni. Atas sebab2 tertentu aku terpaksa tarik diri di saat2 akhir. Izz camtu gak, tak berubah seinci pun. Cam kena awet jek, jeles aku. Abi & anak2 dia pun sangat mesra dan ramah cam mula2 jumpa dulu gak. Sori ye Izz, kalau bicara dan gurau senda aku & en hubby agak brutal, huhu! can't help it! macam semua benda nak diceritakan dalam waktu pertemuan yang singkat itu..

Jumpa Naz, Syud, sukanya hati! boleh gelak2 cam tahun lepas lagi. Cuma kalini aku bawak Akil, so lagi banyaklah yang dicecehkan bersama. Juga aku berpeluang untuk berkenalan dengan penulis baru JS, Nazawati & Iman Xara, sayangnya sesi aku menemuramah diorang kena cut short. Sempat laga2 pipi ngan Kaksu, Kakyah jugak. Sebenarnya, aku rinduuu sangat dengan aura seorang kakak. Masuk bab 'kakak' ni ntah kenapa aku jadi sensitif sangat. Terlalu banyak cerita yang pastinya akan merobek kembali perasaan ini kalau bab 'kakak' ni disentuh. Kakak ipar, adalah sesekali buat pengubat rindu, tapi tak sama. Kaksu dan Kakyah pun tetap tak sama macam real kakak. Tapi hati ni jadi senang aja kalau jumpa diorang. Perasaan ini mudah saja jadi lembut dan mulus kalau jumpa diorang. Kenapa ye? Dihargai? itukah kata kuncinya...? Ohh...chidakkkk!

Dan aku sangat rindukan keriuhan lalu. Azie, Alyze... di mana kamu bersembunyi?

Pesta Buku 2009

Alhamdulillah, aku masih bersempatan untuk ke pesta buku lagi tahun ni. Kalau pasal buku? apa saja yang berkaitan dengan buku, aku suka. Walaupun hakikatnya, aku tak baca semua jenis buku. Bahan bacaanku, dulu hingga kini hanya karya kreatif/novel pop melayu. Biar dari sudut mana sekalipun novel pop ini dilihat, biar di kasta mana pun ianya diletakkan, ia tetap menjadi pilihan. Ada sesuatu yang kau tak nampak, namun aku bisa melihatnya ;)

Dalam simpanan, aku ada gak, beberapa koleksi novel Inggeris, tapi aku tak fikir ada kelainannya membaca novel-novel Inggeris dengan novel-novel melayu hari ini. Sama aja, kalau kita selalu komplen ada bahagian2 yang membosankan dalam novel melayu, ada insiden2 kurang logik dan sebagainya dalam novel melayu, begitu jugalah sebaliknya. Jangan kata novel Inggeris tu sangat sempurna dan superb sangat. Aku pernah juga jumpa bahagian2 yang membosankan dalam novel Inggeris, dan aku sangat2 kecewa kerana nilai wang yang aku laburkan tu sangat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan novel tempatan. Point aku kat sini ialah: bukan senang nak tulis novel wooo..

Aku beli novel tak kira waktu. Tak tunggu pesta buku aja. Bila tergerak, aku beli. Bila pergi Mid Valley dengan KLCC pun, aku tak pernah lupa melawat kedai buku. Kalau ada e-novel yang aku baca di blog, dan tiba-tiba berjaya direalisasikan menjadi buku pun, aku akan beli. Ah, tak salahkan kalau kita tunjukkan tanda sokongan? biarpun kita tak kenal rapat dengan penulis itu. Itu sebagai tanda penghargaanku, terhadap bahan bacaan yang sangat aku minati ini.

Kali ni, aku tambah 3 buah novel dewasa ke dalam koleksiku lagi, dan 3 buah bacaan kanak-kanak untuk Mimy. Semuanya hasil terbitan Jemari Seni. Bukan bias, cuma seperti yang aku katakan; aku beli buku tak kira waktu, sebulan sebelum pesta buku pun, aku dah ada 4 novel yang dibeli daripada terbitan lain.


1 - Rahsia Hati Sofia - Nazurah Aishah
2 - Sigaraning - Imaen
2 - Odisi Bulan Biru - John Norafizan



~ Set Adiwarna pertama JS oleh Noorsuraya


Erm. Skrg aku dalam proses membalut kesemua novel koleksiku dengan plastik, tapi secara berdikit-dikit la, sbb banyak sangat. Mimy dah mula baca buku-buku dia nampaknya. Aku pulak tengah fenin2 lalat lagi nih. Tak tau nak baca yang mana satu dulu. Buku yang dibeli sebelum pesta buku aritu pun, masih ada 2 buah lagi yang belum habis dibaca HUH!

Sunday, April 19, 2009

Biarlah rahsia...

Banyak sangat yang aku nak cerita. Biar aku cerita sikit-sikit dulu. Erm. Tadi aku dengan en hubby ada menonton program 'Anjakan Paradigma' di Astro Oasis. Itu program tv kegemaran kami berdua. Sukalah, tengok muka Dato Fadilah Kamsah yang bersih tu, dengar nasihat Dato Fadilah yang terang dan jelas, fikir dan renung diri sendiri selepas itu. Suka sangat.

Tadi Dato Fadilah bersama artis jemputannya Aris Ariwatan, bercerita dan mengupas isu tentang pasangan hidup. Kata Dato Fadilah, kadang-kadang seorang lelaki akan kelihatan hebat disebabkan beberapa perkara dalam dirinya yang menjadi rahsia dan tidak dikongsi dengan pasangannya. Tiba2 aku teringatkan sesuatu. Adakah selama ini en hubby byk berahsia denganku, atau aku yang membiarkan/merelakan en hubby untuk berahsia denganku.

Ya, banyak yang aku sengaja tidak ingin ambil tahu tentang en hubby. Aku boleh saja memeriksa, meneliti dan mengintip untuk mengambil tahu. En hubby pulak, sengaja biarkan dompet, handphone, penyata bank simpanan dan lain2 perkara yang P&C tentang dia di merata-rata tempat. Cuma aku sendiri yang malas nak periksa. Aku tak pernah periksa semua itu. Aku tak pernah ambil tahu. Sejak mula mendirikan rumahtangga, sampailah sekarang.

Aku ke yang rugi sebab tak ambil kesempatan itu? atau en hubby yang untung sebab ada wifey yang bendul macam aku?

Pokoknya, aku suka en hubby bebas dan jujur dengan aku. Aku tak suka bila en hubby terpaksa cakap di telefon sembunyi2 dan sorok semua yang berkaitan kewangan dan kawan-kawannya dengan aku.

Sunday, April 12, 2009

^_^

Suka sangat ngan layout yang sebelum ni. Tapi kena tukar gak. Terpaksa. Ini dulu wat masa sekarang. Nanti godek2 lagi. HUHU!

Saturday, April 11, 2009

Jemari Seni

Walaupun novel pertamaku (atau mungkin juga yang terakhir) ini dilahirkan di JEMARI SENI, tapi hakikatnya aku langsung tak punya jari jemari yang berseni. Sekarang, lepas lebih setahun kelahiran PSP, jemariku terus kaku. Menaip pun dah kurang lancar, macam bunyi ayam patuk dedak jek.

Agaknya, aku kena buat karangan macam kat sekolah rendah dulu balik kot. Karangan 120 patah perkataan, tajuknya - Aku Sebatang Pen. *SIGH* dengan tajuk straight forward macam tu pun aku rasa susaaaaah sangat nak mulakan ayat. Ayat aku jadi macam serba tak kena je...

Kata en hubby, itulah! terlampau banyak sangat baca karya orang...sampai dah terlupa macam mana nak tulis ayat sendiri. AIKK?! en hubby... tiba2 aja aku mendengar komen pertamanya tentang aktiviti kegemaranku ini :O Aku sengih je. Mata melirik ke kabinet yang makin sarat dengan bahan bacaan kegemaranku itu! memang kuakui, lately ni aku boleh habiskan sebuah novel di tangan dengan cepat dan kemudian jadi tak sabar nak cari yang baru pula. LORR! kok itu masalahnya?? itukan hobi namanya :D

Selama ni, dia tak pernah ambil tahu pun tentang novel, yang dia tahu cuma belikan novel je untuk aku. Ya, aku kumpul novel sejak sebelum kawin lagi, dan lepas kawin en hubby yg dengan rela hati nak bantu aku kembangkan aktiviti tu. Yelah, lain orang, lainlah caranya nak memanjakan istewii kan?? HEHEHH!

Setelah novel pertamaku terhasil, barulah dia sedar betapa seriusnya aku dengan 'duniaku' itu. Tapi en hubby susah sangat nak tunjukkan rasa takjubnya. Baginya, aku ini sekadar taksub aja. Dia juga tak pernah ambil pusing kalau aku mengeluh susah nak menulis, yang dia nampak cuma aku duk depan pc, terkebil-kebil mengetuk keyboard...


Wednesday, April 8, 2009

Kantoi..

Tersebutlah kisah, kat kawasan kejiranan aku ni ada seorang hamba Allah dikenali sebagai 'Cik TV3'. Sebab apa orang memanggil dia begitu, sebab kepetahan dan kepandaian dia bercakap dan mencari bahan berita sudahlah tentu. Ater, Cik TV3 bukan nama sebenar ini, akan berada di laman2 rumah orang dan berjalan mundar-mandir saja kerjanya. Maka kalau terserempak ngan sesape di jalan, akan panjang berjelalah sesi tegur-menegur dan bertanya khabar itu akan berlangsung.

Dulu, aku paling gerun kalau bertembung dengan dia waktu nak keluar rumah pergi kerja. Bayangkan, seawal 7.30 pagi lagi dia dah bersedia nak bukak sidang kat tepi jalan, bawah pokok mangga betul2 kat depan umah aku. Bagi aku, kol 7.30 pagi tu memang dah cun2 aja aku bajet sampai ke tempat kerja (kalau naik motor En Hubby ler). Tapi kalau terserempak ngan Cik TV3, memang lambatlah jawabnye.

Dipendekkan cerita, doa aku supaya dijauhkan Allah untuk sering2 terserempak dengan dia, akhirnya termakbul. Ternyata, Allah itu Maha Mendengar, tiba-tiba Cik TV3 ditugaskan oleh suaminya untuk menjaga kedai mereka di sebuah lokasi yang sangat fofuler di KL...ye, memang kaya lagi masyhur Cik TV3 ni kalau nak diikutkan, isteri tokey kedai tuu..! kabarnya, seorang pekerja yang ditugaskan menjaga premis perniagaan mereka telah diberhentikan kerja sebab nak cut-cost. Hoho! sejak itu kelibat Cik TV3 tak kelihatan lagi di kawasan kami. Dari pagi sampai malam dia terpaksa berada di kedai...ngeh! Lama. Lama sangat dah Cik TV3 tak bersidang. Ermm...seingat aku, dah setahun lebih gak.

Tadi, awal2 pagi lagi aku ngan Akil dah lepak kat laman umah sambil menikmati cuaca yang suam2 kuku cam ala2 nak turun salji gitu ahaks! sedang asyik2 gitu, tetiba tanpa salam dan hai-hoi, kelibat Cik TV3 datang makin mendekat. ERK! tak kije ke ari ni??? hati aku dah tertanya2. Terus jek tanpa dipelawa Cik TV3 dah join aku ngan Akil lepak kat kerusi laman. Lahai! camne leh kantoi nih, adess..

WAAAHHHH...!! banyaknye gosip panas dah terlepas dari telingaku selama nih! sampaikan orang belakang umah aku dah pasang lagi satu pun aku tatau, dan Cik TV3 jugak yang update aku! Aku macam nak lemas dah, belum sempat tarik nafas, Cik TV3 dah bukak citer baru adoilaa... cerita orang tu lah, orang ni lah. Sampaikan cerita dalam rumah aku pun dia sibuk nak cilok gak, ampes tul! Puas aku dok tunggu bila la 'penyelamat' aku nak sampai nih. Rupanya 'penyelamat' aku dah tersengguk-sengguk ketawa tepi pintu tengok aku yang dah macam cacing kepanasan melayan Cik TV3. Akil pulak, time ni la dia nak sengih-sengih tengok orang, bertambahlah Cik TV3 berkenan kat dia sampai leh lupa nak switch-off cerita dia yang ala2 dah jadi ketupat tuh...

"Yang, kata nak gi Gombak, cepat ar siap...!" eceh! dah puas gelakkan aku barulah 'penyelamat' a.k.a En Hubby aku ni muncul. Apa lagi, laju jek kepala aku mengangguk cam burung belatuk. Barulah Cik TV3 kata "Eh! sebenarnye akak nak gi kedai Pak Mid ni, nak beli bla..bla..." HEHEHEHE!

Tuesday, April 7, 2009

Macam biskut...

Ada orang tu kata, aku macam biskut. Kejap ada kejap takde heheh! tapi sebenarnya, aku kejap je ada, laaamaaa yang takde :) Hadoi! kepala ni kena migraine lagi. Takpun aku rasa mesti disebabkan sinus yang aku hidapi ni. Dah berbulan selsema aku tak baik2, gi klinik bagai nak rak, ubat pun dapat berpaket-paket, sampaikan tengok ubat tu aku rasa leh kenyang, tak yah makan nasik dah.

Sinus, sesiapa yang ada penyakit ni mesti tau keadaannya. Sinus ni pun ada peringkat2 gak. Peringkat aku ni, mungkin boleh tahan lagi insyaAllah. Yelah, dah berbulan aku kena selsema. Ubat dah habis pun, sakit tak baik2 jugak. Last2 aku wat derk je. Bila dah lama sangat selsema, kepala pun start sakit + berdengung. Muka belah kanan sakit, mata sakit (walaupun tak merah), telinga sakit, tulang pipi sakit, bila tunduk sakit ya amat! Peringkat yang serius tu, perlu menjalani pembedahan...nauzubillah, minta dijauhkan Tuhan.

Kali ni aku biarkan jek kepala aku sakit. Aku cuba tak ambil painkiller. Makanya, ini masuk hari keempat dah sakit kepala aku berlanjutan. Hari ni macam ada kurang sikit, alhamdulillah.

Wednesday, April 1, 2009

untuk kakzie

Seperti yang dijanjikan. Adeh, susah nak cari playlist nih, pasal tak tau tajuk lagu2 tu ngeh! ngeh! Kakzie, enjoy ya! Kalo sesape yang allergi ngan lagu2 camni, tolong abaikan entri ku yang satu ini ye...! ampun.