Pages

Monday, April 20, 2009

Rindu

Salah satu aktiviti yang membuatkan aku sangat senang dengan pesta buku di PWTC ni, ialah sebab dapat berkumpul dan bertemu rakan-rakan lagi. Rakan penulis, rakan bloger, rakan UB, isy! terasa macam ramai sangatla pulak kawan! *perahsantan la tu* NGEH! Hakikatnya, tahun ni aku hanya sempat jumpa Izz dengan suami dan anak-anaknya. Itu pun last minute punya plan. Tup..tup! menjadik aje. Aku memang tak merancang nak turun PWCT tahun ni. Atas sebab2 tertentu aku terpaksa tarik diri di saat2 akhir. Izz camtu gak, tak berubah seinci pun. Cam kena awet jek, jeles aku. Abi & anak2 dia pun sangat mesra dan ramah cam mula2 jumpa dulu gak. Sori ye Izz, kalau bicara dan gurau senda aku & en hubby agak brutal, huhu! can't help it! macam semua benda nak diceritakan dalam waktu pertemuan yang singkat itu..

Jumpa Naz, Syud, sukanya hati! boleh gelak2 cam tahun lepas lagi. Cuma kalini aku bawak Akil, so lagi banyaklah yang dicecehkan bersama. Juga aku berpeluang untuk berkenalan dengan penulis baru JS, Nazawati & Iman Xara, sayangnya sesi aku menemuramah diorang kena cut short. Sempat laga2 pipi ngan Kaksu, Kakyah jugak. Sebenarnya, aku rinduuu sangat dengan aura seorang kakak. Masuk bab 'kakak' ni ntah kenapa aku jadi sensitif sangat. Terlalu banyak cerita yang pastinya akan merobek kembali perasaan ini kalau bab 'kakak' ni disentuh. Kakak ipar, adalah sesekali buat pengubat rindu, tapi tak sama. Kaksu dan Kakyah pun tetap tak sama macam real kakak. Tapi hati ni jadi senang aja kalau jumpa diorang. Perasaan ini mudah saja jadi lembut dan mulus kalau jumpa diorang. Kenapa ye? Dihargai? itukah kata kuncinya...? Ohh...chidakkkk!

Dan aku sangat rindukan keriuhan lalu. Azie, Alyze... di mana kamu bersembunyi?

0 comments: