Pages

Monday, April 20, 2009

Pesta Buku 2009

Alhamdulillah, aku masih bersempatan untuk ke pesta buku lagi tahun ni. Kalau pasal buku? apa saja yang berkaitan dengan buku, aku suka. Walaupun hakikatnya, aku tak baca semua jenis buku. Bahan bacaanku, dulu hingga kini hanya karya kreatif/novel pop melayu. Biar dari sudut mana sekalipun novel pop ini dilihat, biar di kasta mana pun ianya diletakkan, ia tetap menjadi pilihan. Ada sesuatu yang kau tak nampak, namun aku bisa melihatnya ;)

Dalam simpanan, aku ada gak, beberapa koleksi novel Inggeris, tapi aku tak fikir ada kelainannya membaca novel-novel Inggeris dengan novel-novel melayu hari ini. Sama aja, kalau kita selalu komplen ada bahagian2 yang membosankan dalam novel melayu, ada insiden2 kurang logik dan sebagainya dalam novel melayu, begitu jugalah sebaliknya. Jangan kata novel Inggeris tu sangat sempurna dan superb sangat. Aku pernah juga jumpa bahagian2 yang membosankan dalam novel Inggeris, dan aku sangat2 kecewa kerana nilai wang yang aku laburkan tu sangat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan novel tempatan. Point aku kat sini ialah: bukan senang nak tulis novel wooo..

Aku beli novel tak kira waktu. Tak tunggu pesta buku aja. Bila tergerak, aku beli. Bila pergi Mid Valley dengan KLCC pun, aku tak pernah lupa melawat kedai buku. Kalau ada e-novel yang aku baca di blog, dan tiba-tiba berjaya direalisasikan menjadi buku pun, aku akan beli. Ah, tak salahkan kalau kita tunjukkan tanda sokongan? biarpun kita tak kenal rapat dengan penulis itu. Itu sebagai tanda penghargaanku, terhadap bahan bacaan yang sangat aku minati ini.

Kali ni, aku tambah 3 buah novel dewasa ke dalam koleksiku lagi, dan 3 buah bacaan kanak-kanak untuk Mimy. Semuanya hasil terbitan Jemari Seni. Bukan bias, cuma seperti yang aku katakan; aku beli buku tak kira waktu, sebulan sebelum pesta buku pun, aku dah ada 4 novel yang dibeli daripada terbitan lain.


1 - Rahsia Hati Sofia - Nazurah Aishah
2 - Sigaraning - Imaen
2 - Odisi Bulan Biru - John Norafizan



~ Set Adiwarna pertama JS oleh Noorsuraya


Erm. Skrg aku dalam proses membalut kesemua novel koleksiku dengan plastik, tapi secara berdikit-dikit la, sbb banyak sangat. Mimy dah mula baca buku-buku dia nampaknya. Aku pulak tengah fenin2 lalat lagi nih. Tak tau nak baca yang mana satu dulu. Buku yang dibeli sebelum pesta buku aritu pun, masih ada 2 buah lagi yang belum habis dibaca HUH!

1 comments:

Anonymous said...

Mimy,
Ibu borek anak rintik ya, di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
Nanti komen tau :D

- Mak Cik Su -