Pages

Sunday, April 19, 2009

Biarlah rahsia...

Banyak sangat yang aku nak cerita. Biar aku cerita sikit-sikit dulu. Erm. Tadi aku dengan en hubby ada menonton program 'Anjakan Paradigma' di Astro Oasis. Itu program tv kegemaran kami berdua. Sukalah, tengok muka Dato Fadilah Kamsah yang bersih tu, dengar nasihat Dato Fadilah yang terang dan jelas, fikir dan renung diri sendiri selepas itu. Suka sangat.

Tadi Dato Fadilah bersama artis jemputannya Aris Ariwatan, bercerita dan mengupas isu tentang pasangan hidup. Kata Dato Fadilah, kadang-kadang seorang lelaki akan kelihatan hebat disebabkan beberapa perkara dalam dirinya yang menjadi rahsia dan tidak dikongsi dengan pasangannya. Tiba2 aku teringatkan sesuatu. Adakah selama ini en hubby byk berahsia denganku, atau aku yang membiarkan/merelakan en hubby untuk berahsia denganku.

Ya, banyak yang aku sengaja tidak ingin ambil tahu tentang en hubby. Aku boleh saja memeriksa, meneliti dan mengintip untuk mengambil tahu. En hubby pulak, sengaja biarkan dompet, handphone, penyata bank simpanan dan lain2 perkara yang P&C tentang dia di merata-rata tempat. Cuma aku sendiri yang malas nak periksa. Aku tak pernah periksa semua itu. Aku tak pernah ambil tahu. Sejak mula mendirikan rumahtangga, sampailah sekarang.

Aku ke yang rugi sebab tak ambil kesempatan itu? atau en hubby yang untung sebab ada wifey yang bendul macam aku?

Pokoknya, aku suka en hubby bebas dan jujur dengan aku. Aku tak suka bila en hubby terpaksa cakap di telefon sembunyi2 dan sorok semua yang berkaitan kewangan dan kawan-kawannya dengan aku.

0 comments: