Pages

Saturday, April 11, 2009

Jemari Seni

Walaupun novel pertamaku (atau mungkin juga yang terakhir) ini dilahirkan di JEMARI SENI, tapi hakikatnya aku langsung tak punya jari jemari yang berseni. Sekarang, lepas lebih setahun kelahiran PSP, jemariku terus kaku. Menaip pun dah kurang lancar, macam bunyi ayam patuk dedak jek.

Agaknya, aku kena buat karangan macam kat sekolah rendah dulu balik kot. Karangan 120 patah perkataan, tajuknya - Aku Sebatang Pen. *SIGH* dengan tajuk straight forward macam tu pun aku rasa susaaaaah sangat nak mulakan ayat. Ayat aku jadi macam serba tak kena je...

Kata en hubby, itulah! terlampau banyak sangat baca karya orang...sampai dah terlupa macam mana nak tulis ayat sendiri. AIKK?! en hubby... tiba2 aja aku mendengar komen pertamanya tentang aktiviti kegemaranku ini :O Aku sengih je. Mata melirik ke kabinet yang makin sarat dengan bahan bacaan kegemaranku itu! memang kuakui, lately ni aku boleh habiskan sebuah novel di tangan dengan cepat dan kemudian jadi tak sabar nak cari yang baru pula. LORR! kok itu masalahnya?? itukan hobi namanya :D

Selama ni, dia tak pernah ambil tahu pun tentang novel, yang dia tahu cuma belikan novel je untuk aku. Ya, aku kumpul novel sejak sebelum kawin lagi, dan lepas kawin en hubby yg dengan rela hati nak bantu aku kembangkan aktiviti tu. Yelah, lain orang, lainlah caranya nak memanjakan istewii kan?? HEHEHH!

Setelah novel pertamaku terhasil, barulah dia sedar betapa seriusnya aku dengan 'duniaku' itu. Tapi en hubby susah sangat nak tunjukkan rasa takjubnya. Baginya, aku ini sekadar taksub aja. Dia juga tak pernah ambil pusing kalau aku mengeluh susah nak menulis, yang dia nampak cuma aku duk depan pc, terkebil-kebil mengetuk keyboard...


0 comments: