Terkenang kata-kata mak dulu sewaktu saya masih kecil. Katanya; orang di sekeliling kita ibarat cermin. Tiada cermin yang mampu menyuluh tingkah-laku kita selain orang-orang di sekeliling kita. Saya tanya, bolehkah seorang kawan menjadi cermin kita? jawab mak, tentu saja! sebab kawan-kawan juga merupakan orang paling dekat berada di sekeliling kita.
Kata mak, kitalah apa yang kita lakukan. Ibarat cermin yang memantulkan imej melalui apa yang dilihatnya. Kalau hodoh penerimaan orang di sekeliling terhadap diri kita, bermakna hodohlah rupa dan tingkahlaku kita terhadap orang lain juga. Kata mak lagi, kalau mahu dihormati dan disenangi oleh semua orang, maka kitalah yang harus memulakan dulu dengan menghormati perasaan dan mengambil hati orang-orang di sekeliling kita. What goes around comes around...
Dulu, saya selalu terfikir akan susahnya untuk melaksanakan kata-kata mak tu. Saya lupa yang usia kita semakin hari semakin meningkat dewasa, lalu kini baru saya mengerti akan kebenaran kata-kata mak apabila perjalanan hidup saya juga sering berubah-ubah mengikut ketentuanNYA. 19 May ini, genaplah 5 tahun pemergian mak. Rindu saya pada mak seakan gugur satu-persatu setiap kali kebenaran kata-kata mak menerjah ruang emosi saya.
Saya rindukan mak, sangat-sangat merinduinya. Semoga bingkisan rindu saya sampai kepada mak setiap kali mengaminkan doa buat kesejahteraannya di sana.
Amiiin.
Saturday, April 19, 2008
Wednesday, April 16, 2008
Buka puasa!

Semalam saya disuruh berpuasa dari jam 10mlm sampai 8pg keesokannya (harini). Hmm... puasa tengah malam sampai pagi, taklah mendera nafsu sangat :D, saya rasa takde masalah. Esoknya, seawal 8pg saya dah terpacak depan klinik. Doktor cucuk jari saya dan ambil sample darah, lepas tu doktor suruh saya minum secawan besar air gula. (besarnya kole tu, mcm bekas nak rendam serbuk teh aje huhuhu!) Adoila... belum pernah rasanya tekak saya minum air semanis itu! yelah, dah nama pun air gula kan? seksanya nak menghabiskan air tu ya amattt! masa tulah saya rasa cam nak nangis jer, sebab kena buka puasa dengan air tu... takut kalau2 termuntah, rasa nak muntah saya tahan sekuat hati :(
Akhirnya dapatlah saya habiskan juga air tu, ingat boleh lah sarapan macam biasa lepas tu, rupenya kena puasa lagi 2 jam uwwaaa... lepas 2 jam, saya disuruh datang semula ke klinik untuk diambil sample darah saya semula. Di situlah doktor baru dapat memastikan samada saya pengidap diabetic atau tidak. Alhamdulillah!! saya bukan pengidap diabetic, horeyyy! doktor terpaksa periksa betul-betul, sebab saya ada sejarah melahirkan baby yang agak besar (4.2kg), biasanya jika melahirkan baby yang besar ada kemungkinan ibunya ada diabetic huhu!
Oh ya! yang "horeyyy!" sesangat tu, sebab 'ujian' tu dah selesai, saya boleh gi makan, jam pun dah pukul 11 tgh. En Hubby kata..."terasa nak makan apa? order aje...!"
Tuesday, April 15, 2008
PWTC 130408

Ya, saya dan En Hubby adalah merupakan peminat tegar majalah GG dan Humor satu ketika dulu. Tapi sejak anak-anak dah kian membesar, takdela nak menunjuk-nunjuk sangat minat tuh! sekadar tumpang-tumpang baca jer dengan anak-anak huhu! Baca majalah-majalah laguni memang boleh menghilangkan stres dengan amat berkesan, itulah pendapat saya dan En Hubby. Makanya, majalah/komik sebegini memang perlu ada di rumah. Tak semestinya harus dibaca secara serius, sampai harus menjadi pelanggan setia setiap bulan! Ada beberapa copy di rumah pun cukup. Saya suka mengulang baca beberapa episod di dalamnya. Sepuluh kali baca, sepuluh kali juga ketawa :D
Masa pesta buku haritu, sewaktu saya berhappy hour di booth Jemari Seni, En Hubby pula akan merayau-rayau hampir ke semua booth. Bila balik rumah, rasa cam jeles pulak tengok foto-foto yang sempat diambil semasa dia merayau-rayau tu. Ada gambar dia dengan SN Dato' A Samad Said, Kopratasa, Ujang dan ramai lagi. Itu gambar En Hubby dengan salah seorang kartunis favourite kami, En Gayour dan anak-anaknya! Saya juga adalah salah seorang pembaca senyap weblog En Gayour yang setia selama ini :)

Friday, April 11, 2008
Rileks jap!
Before marriage....
He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!
After marriage....
Simply read from bottom to top.

Wednesday, April 9, 2008
Pesta buku hari ke-6
Pagi tadi, saya sempat ke PWTC lagi semata-mata untuk mencari beberapa buku yang memang ingin dibeli di sana. Lepas pekena teh tarik dan sandwich keju di gerai yang disediakan, saya & hubby terus melangkah masuk ke dewan Tun Razak. Seronok weh, gi sana time-time orang semua bekerja, laluan jadi lancar, pencarian pun jadi mudah dan santai, tak perlu berasak-asak dan bertolak-tolak.
Senang jer dapat buku-buku yang saya cari, pastu terus aje kaki melangkah ke booth Jemari Seni. Saja nak berhai-hai ngan Kak Su & Kak Yah! Seronoknya borak-borak kosong ngan Kak Su dan Kak Yah, kalau tak mengenangkan anak-anak yang nak balik sekolah menjelang tengahari, rasanya ingin saya duduk lebih lama di situ dan melayan pelanggan yang keluar masuk :) tapi apakan daya...
Dah tu sempatla pula menapak ke seberang sungai nun di sana untuk ke gerai PTS! waduh... mengah jugak masa nak balik tu, sebab laluan keluar ala-ala mendaki bukit gitu... terjelirla jugak lidah dibuatnya ngee!
Oh ya, kalau anda masih belum berkesempatan ke sana, masih ada banyak waktu lagi! Sabtu dan Ahad ni, saya akan ke sana lagi bersama novelis Jemari Seni yang lain. Jangan lupa kunjungi booth Jemari Seni ya! ada diskaun sehingga 30% taww! ;)
NOTA: Terima kasih berjuta kali buat Anieaina, Dyealova, Rinn & kawan2, Misscun, Fad, Azie, Alyze dan ramai lagi teman-teman blogers yang sudi mengunjungi saya di booth Jemari Seni Publishing Sabtu lepas :))

Tuesday, April 8, 2008
Cerita manis
Yang manis di mulut, sama manisnya jugakah di hati? Yang pasti, bagi saya perkara-perkara 'manis' ni lebih banyak membawa kemudaratan daripada kebaikan. Makanan dan minuman yang manis juga membawa seribu satu macam penyakit, inikan pula kata-kata. Manis tu biarlah bertempat.
Berbaik sangka tu tak salah, bermanis wajah pun sangatlah digalakkan oleh agama. Bermanis mulut, itu yang perlu kita hati-hati. Takut manisnya bukan saja tak kekal lama, malah manis itu dijadikan topeng pula untuk menutup pahit dan pedas di belakang kita huhu!
Eh! entah apalah yang saya merapu nih, hisy!...dia buat dah...
Lagu ~ Manis (Zainal Abidin)
Manis mulut di bibir
Sangatlah merbahaya
Sama-sama yang menyindir
Selalunya
Janganlah terpedaya
Oleh kata-katanya
Lemah lembut bicara
Selalunya
Bukalah matamu percayalah kataku
Janganlah lalai dibiarkannya
Kau, kan ke hadapan
Setelah segalanya
Dikau tinggalkan
Tinggalkan yang mula
Senyum dan ketawa
Senantiasa oh oh oh
Kau manis semula
Setelah segalanya
Dikau lupakan
Tiada gunanya
Ia dikenang-kenangkan
Mengapa oh oh oh oh

Friday, April 4, 2008
'melenyik'...
Pagi yang cerah. Saya dan En Hubby keluar awal pagi untuk ke pejabat pos. Dah ke pejabat pos tu, tak terus balik rumah, sempat pulak 'melenyik' (cakap orang Pahang yg bermaksud 'merayau / merayap'). Sudahnya, sampai ke KLCC kami 'melenyik' huhu!Teruslah breakfast...
Bagai yang diduga, menjelang pukul 1.00 petang, hari yang cerah bercahaya tiba-tiba jadi mendung, lalu mengundang hujan. Lebat sungguh hujannya, mujurlah tidak disertai ribut petir macam hari2 sudah...

Tuesday, April 1, 2008
Hujan + ribut
Oh, siang tadi kisahnya kat Gombak ni hujan lebat selebat-lebatnya. Tuhan siap kirimkan ribut ngan petir berdentum-dentam. Fius utama kat rumah ni asyik menendang aje. Kejap-kejap blackout, dah reda sikit En Hubby kasi 'on' kan balik... pastu blackout balik. Anakku yang bongsu tu, tiap kali itu jugak berlari salah tak kena bila lampu terpadam. Lelaki, penakutnya... alahai!
Lama jugak keadaan tu berlarutan. Bila hujan dah teduh, keadaan dah reda, talian telefon & streamyx pun terputus dgn sendirinya, macam biasalah. Bukak pintu belakang rumah, nampak pokok pisang 44 hari yang arwah mak tanam, dah tumbang. Nasib baiklah air tak naik (spt di kebanyakan tempat tu).
Alhamdulillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)