Pages

Tuesday, April 15, 2008

PWTC 130408


Ya, saya dan En Hubby adalah merupakan peminat tegar majalah GG dan Humor satu ketika dulu. Tapi sejak anak-anak dah kian membesar, takdela nak menunjuk-nunjuk sangat minat tuh! sekadar tumpang-tumpang baca jer dengan anak-anak huhu! Baca majalah-majalah laguni memang boleh menghilangkan stres dengan amat berkesan, itulah pendapat saya dan En Hubby. Makanya, majalah/komik sebegini memang perlu ada di rumah. Tak semestinya harus dibaca secara serius, sampai harus menjadi pelanggan setia setiap bulan! Ada beberapa copy di rumah pun cukup. Saya suka mengulang baca beberapa episod di dalamnya. Sepuluh kali baca, sepuluh kali juga ketawa :D

Masa pesta buku haritu, sewaktu saya berhappy hour di booth Jemari Seni, En Hubby pula akan merayau-rayau hampir ke semua booth. Bila balik rumah, rasa cam jeles pulak tengok foto-foto yang sempat diambil semasa dia merayau-rayau tu. Ada gambar dia dengan SN Dato' A Samad Said, Kopratasa, Ujang dan ramai lagi. Itu gambar En Hubby dengan salah seorang kartunis favourite kami, En Gayour dan anak-anaknya! Saya juga adalah salah seorang pembaca senyap weblog En Gayour yang setia selama ini :)

5 comments:

Anonymous said...

OOoohhhhh... inilah EN. HUBBY nya.... sama cantik sama padan ngan tuannye blog.... hehehehehe

Mak Su said...

wah... sioknyer jumpa kartunis..!!!

CikguZue said...

lama lagi ke di PWTC?...seronok aaa...
pst...dah transfer kat adik...tgk email yea.

ManjLara said...

anyn - en hubby tetiba malu lak tgk gambo dia kat tenet :P

maksu - orgnya amatlah mesra dan tak sombong :)

cikgu - oh, bookfair tu dah over pun :), nnti sy bc email.

blackpurple @ jowopinter said...

Saya terlepas nak jumpa 'sobat' itu...