Pages

Saturday, April 19, 2008

Dear diary...

Terkenang kata-kata mak dulu sewaktu saya masih kecil. Katanya; orang di sekeliling kita ibarat cermin. Tiada cermin yang mampu menyuluh tingkah-laku kita selain orang-orang di sekeliling kita. Saya tanya, bolehkah seorang kawan menjadi cermin kita? jawab mak, tentu saja! sebab kawan-kawan juga merupakan orang paling dekat berada di sekeliling kita.

Kata mak, kitalah apa yang kita lakukan. Ibarat cermin yang memantulkan imej melalui apa yang dilihatnya. Kalau hodoh penerimaan orang di sekeliling terhadap diri kita, bermakna hodohlah rupa dan tingkahlaku kita terhadap orang lain juga. Kata mak lagi, kalau mahu dihormati dan disenangi oleh semua orang, maka kitalah yang harus memulakan dulu dengan menghormati perasaan dan mengambil hati orang-orang di sekeliling kita. What goes around comes around...

Dulu, saya selalu terfikir akan susahnya untuk melaksanakan kata-kata mak tu. Saya lupa yang usia kita semakin hari semakin meningkat dewasa, lalu kini baru saya mengerti akan kebenaran kata-kata mak apabila perjalanan hidup saya juga sering berubah-ubah mengikut ketentuanNYA. 19 May ini, genaplah 5 tahun pemergian mak. Rindu saya pada mak seakan gugur satu-persatu setiap kali kebenaran kata-kata mak menerjah ruang emosi saya.

Saya rindukan mak, sangat-sangat merinduinya. Semoga bingkisan rindu saya sampai kepada mak setiap kali mengaminkan doa buat kesejahteraannya di sana.

Amiiin.

9 comments:

en_me said...

kasih emak membawa ke syurga.. kasih bapa tiada tolok bandingnya..

Anonymous said...

Hargailah kasih ibu sementara ada ... oohhhh ibu... besar sungguh pengorbanan mereka... hanya seorang 'ibu' memahami hati ibunya....

Mak Su said...

betul tu cakap mak tu.

CikguZue said...

rindu kat mak jugak...huhu

Noor Suraya said...

rindu pada arwah emak juga... :(

Al-Fatihah, buat emak-emak kita yang telah pergi...

- kaksu -

kamar hati said...

salam....
salam perkenalan...jom singgah & tinggal jejak kat blog saya... http://disudutkamarhatiku.blogspot.com
kasih ibu membawa ke syurga...

ManjLara said...

En Me - betul tu!

izz - aku cuma rindukan kata2 nasihat dan belaiannya...

maksu - betoii...

cikgu - uwwaa... sabo je ye!

birunila - thanks kaksu, alfatihah!

kamar hati - thanks for stoping by :)

KAMATO said...

mak, kau la segala-galanya

blackpurple @ jowopinter said...

Ya, apa-apa saja tentang emak memang mudah 'mengemosikan' kita...