Pages

Tuesday, April 1, 2008

Hujan + ribut

Oh, siang tadi kisahnya kat Gombak ni hujan lebat selebat-lebatnya. Tuhan siap kirimkan ribut ngan petir berdentum-dentam. Fius utama kat rumah ni asyik menendang aje. Kejap-kejap blackout, dah reda sikit En Hubby kasi 'on' kan balik... pastu blackout balik. Anakku yang bongsu tu, tiap kali itu jugak berlari salah tak kena bila lampu terpadam. Lelaki, penakutnya... alahai!

Lama jugak keadaan tu berlarutan. Bila hujan dah teduh, keadaan dah reda, talian telefon & streamyx pun terputus dgn sendirinya, macam biasalah. Bukak pintu belakang rumah, nampak pokok pisang 44 hari yang arwah mak tanam, dah tumbang. Nasib baiklah air tak naik (spt di kebanyakan tempat tu).

Alhamdulillah.

3 comments:

CikguZue said...

ribut di gombak?
alhamdulillah x pape, ye...

blackpurple @ jowopinter said...

Samalah di Tmn Melawati ini kelmarin. Dah satu kawasan kan...


KLIBF nanti ada membuat kemunculan di PWTC ke? :D

Manjlara said...

cikgu - alhamdulillah, tak apa2 :)

bp - a'ah, klu area2 kat sini mmg gitulah cuaca 2-3 hari ni.

KLIBF, sy akan di sana pd 5hb (10-3pm), 12hb (3-8pm), 13hb (10-3pm) jom?!