Wednesday, December 31, 2008
:s
Tuesday, December 30, 2008
02 Muharram 1430H
Mudahnya.
Selamat Tahun Baru Hijrah!
Manjlara
Nakhoda,
Batu Caves.
Monday, December 29, 2008
spammers
"...i kinda 'not in da list' person now..."
and some more...
"i meant nobody to you...!"
I said, FINE. But we both know who we are. I will always be your 'pusat biro pengaduan!' though I really hate when you keep pointing finger to others for mistakes you've done. as so you're the only creature who's always doing the right thing on this planet! HEY! WE ARE JUST HUMANNN!
And god is watching.
Right here, right now...
just feeling like telling...
"you're such a SO..SO..SO.. WATEVA!!"
TQ!
Saturday, December 27, 2008
Cik Sapphire & Cik Emerald
Kenapa ya, aku selalu aja jadi kelu bila ditanya soalan spontan. Aku juga selalu hilang fokus kalau bercakap. Orang tanya A, aku jawap B.. ngaaa! Kadang-kadang tu, aku selalu terkilan sebab tersalah cakap/jawap soalan yang diajukan pada aku. Lepas tu aku menyesal dengan apa yang aku cakap/jawap tu. Dalam hati aku selalu cakap:
- "Isy! patutnya aku cakap macam nilah...bukan macam tu...!"
- "Laaa...awatlah aku habaq lagu tu, patutnya lagu ni...!"
Tulah masalah aku. Kalau aku diberi pilihan, aku lagi suka tulis daripada cakap. Sebab tu aku suka buat muka sombong je setiap masa, sebab takut kena tanya dan kena cakap/jawap :P
Aku sanggup kerja sampai lebih 15 tahun kat Schmidt dulu semata-mata sebab aku tak suka nak lalui sesi interview lagi dan lagi (walaupun sebenarnya aku dah lama menahan loya dan mual dek sikap transformer-transformer kat situ yang sangat efisyen menggunakan KIPAS dan sungguh komited buat senaman ANGGUK-ANGGUK sahaja).
Masalahnya, aku ni mudah benar buat andaian-andaian yang negatif dalam kepala. Fikir macam tulah, macam nilah, konar tang tulah, tang nilah... sudahnya, skrip yang aku dok hafal semua jadi lintang-pukang :(
Aku baru kenal dengan Cik Sapphire & Cik Emerald. Diorang tu baik sangat sebenarnya. Truely, deeply, madly good people. Tapi tulah masalahnya, lepas cakap baru nak fikir (orang, fikir dulu sebelum cakap la LARA!!!! dushh! amik aku sebijik...)
Diorang memang orang baik-baik. Aku tak patut ingat yang bukan-bukan. Aku tak sepatutnya bersangka yang aneh-aneh. Diorang memang nak tolong, memang baik hati. Maaakk...awatla chek jadi lagu nie...?
p/s - lagi sekali aku ingatkan diri aku sendiri: LARA, DIORANG TU MEMANG ORANG BAIKLAHHH!
Wednesday, December 24, 2008
updates
i) Sibuknya 2-3 menjak ni. KL-SBN la, KL-PHG lah. Balik kampung En hubby baru-baru ni, semata-mata kerana ingin bertemu Baby Nurul Najdah. Baby 'special' yang baru discharged hospital, kami terus mencari-cari ruang kesempatan untuk ke sana sebenarnya. SIL yang baru balik Mekah kerana menunaikan haji tiba-tiba kata nak balik Pahang, so kita balik together-getherlah!
Baby Najdah lahir tak cukup bulan, cuma 5 bulan usia kandungan ibunya. Ajaibnya anugerah Tuhan yang satu ini, Najdah selamat dan tenang saja mengharungi hari-hari kematangannya dalam akubator (betul ke ejaan aku nih..). Khabarnya, baby yang lahir pramatang sekecil Najdah, akan melalui saat2 sukar. Sukar sekali. Bayangkan, kata Makchu, saat baru lahir, kulit Najdah macam belum ada lagi. Doktor hadapi kesukaran untuk menyelenggara tubuh kecil Najdah, sebab kulit merahnya melekat-lekat pada tangan sesiapa saja yang menyentuhnya. Namun semuanya kuasa Tuhan, Najdah sihat2 saja sekarang. Kata Makchu, kat hospital misi2 gelar dia sebagai Baby 3 lima. Sebab dia lahir 5 bulan, beratnya cuma 500grm dan tinggal di hospital selama 5 bulan juga.
Hmm...mana ya, gambar Najdah ni...? ada aku snap gambar Najdah dengan Akil yang tengah enak-enak saja meniarap atas tilam kekabu Najdah :P En hubby belum transferkan lagi ke dalam pc ni agaknya. Nanti aku uploadkan gambarnya untuk kenang-kenangan di sini. Biar sampai ke tua memori itu terpahat di sini.
ii) Siri Intan ep.133 dan 134 terkini, makin seronok. Aku paling suka ep.133. Lawak giler bila mama mentua si Intan yang egois tu cuba nak terjun dari rumah tingkat duanya sebab nak ugut Romi supaya jangan dermakan buah pinggangnya kat Intan. Last2 si Romi tu yang ugut dia balik, dia tiba2 dok kat sebelah mamanya dan sudah bersedia untuk terjun bangunan sama2 ngan mamanya, langsung mamanya tak jadi terjun. Potong betul dak Romi nih, aku sebenarnya teringin gak nak tengok Puan Nadine tu betul2 terjun ngahahaha!
Mula2 aku benci watak si Romi tu. Bagi aku dia tu cuma si pengacau daun aje. Kenapa dia mesti merosakkan hubungan manis Intan dengan Rado?? Romi memang tak tau malu dan ntah apa-apa! Tapi sejak ep. 133...aku tiba2 suka lak kat Romi. Bukan suka yang bagaimana, cuma barulah aku sedari akan penting juga waktak si Romi ni. Isy! isy! isy! pandai sungguh depa buat silap mata kat aku...
Wednesday, December 3, 2008
Jika begini
Kak Ina tiba-tiba diserang sakit kepala yang amat sangat, sampaikan dia tak boleh ingat apa-apa lagi. Yup! dia tak ingat apa-apa langsung, waima nama dia sendiri. Lama jugak dia terlantar, sib baiklah dalam keadaan cuti sekolah (dia masih belajar lagi, form berapa aku tak ingat dah..). Pastu, aku rasa dah tak seronok sangat nak balik kampung. Muka dah start monyok, pasal aku sedih nak tinggalkan kak Ina yang masih terlantar tu. Tapi sebab abah dah beli tiket keretapi sejak awal2 lagi, makanya aku takde pilihan. Aku ingat lagi, abah pun sedih je muka dia masa hantar aku, kak liza & kucai kat stesen keretapi :(
Dalam keretapi, aku dengar lagu ni entah dari radio siapa ntah!
jika begini terbiar menanti
tanpa kata-kata
untukku jadikan pegangan
salahkah aku
seandainya nanti
rindu jadi jemu
dan hati tak rela menunggu
telah kuutus kan masa
janji tak terbukti jua
bagai pelabuhan sepi
engkau menyendiri
apakah gunanya nanti
langkah tak sehala lagi
tapi sukar mengucapkan
salam perpisahan
Monday, December 1, 2008
that something missing...

i) Dia kalau ada di rumah, kerjanya cuma melayan online games kat pc aja. Paling disukainya: Counter strikes. baru ni, peperiksaan akhir tahun dia memang tak perform :( aku memang kena buat sesuatu supaya dia tak leka layan games lagi!
ii) Dia kalau ada di rumah, pantang lihat botol air yang sudah kosong, cepat-cepat diisinya dengan air yang sudah dimasak dan ditapis, pastu dimasukkan ke dalam fridge. dia memang suka sangat minum air sejuk dari fridge, walaupun aku tak pernah ajar dia begitu.
iii) Dia yang... asal aku tengok blackforrest donut, mesti aku teringatkan dia, asal aku tengok dia, mesti aku teringat blackforrest donut!
iv) Dia yang boros! tak macam mula2 belajar pegang duit waktu di awal persekolahan dulu. dulu bawak RM2 pasti dia belanja RM1 dan simpan bakinya. skrg ni, RM2 + bekal air pun habis. selagi ada baki dalam saku, walau sekupang pun akan dibelanjakannya. pernah sekali, aku menegurnya:
aku - makan apa tu? dia tunjuk kat aku, sepaket kurma & kismis. aku tanya beli kat cikgu lagi ke? (bukan nak mengata, but lately ni aku perhatikan, ada cikgu2 yg suka bukak bisnes ngan murid2...)
dia - tak...cikgu kasi! (sambil mulutnya terus menyunyah kurma)
aku - tipulah!
dia - ibu ni! kalau tak percaya sudahlah... (dgn suara sedih, langsung menangis!)
'Dia' yang addicted dgn games, yang pentingkan selera/citarasa, si donut-craze, dan yang paling sensitif dalam keluarga. Dia! yela...aku rindukan dia! anak ke-3 aku, Syahmi. dia dah 6 hari kat rumah MIL (sbn) uwwaa...rindunya!



