Pages

Wednesday, December 3, 2008

Jika begini

Lagu ni fofiler sgt time aku skolah dulu. Nostalgianya, tiap kali dengar lagu ni mesti aku teringatkan satu peristiwa. Masa tu aku, kak liza & kucai (adik) sedang meraikan cuti sekolah hujung tahun (aa..cam skrg nilah!). Sepatutnya kami berempat dijadualkan balik kampung (Parit Buntar la..). Tapi, sehari sebelum tu, tetiba je...kakak aku no.2 dilanda penyakit misteri...

Kak Ina tiba-tiba diserang sakit kepala yang amat sangat, sampaikan dia tak boleh ingat apa-apa lagi. Yup! dia tak ingat apa-apa langsung, waima nama dia sendiri. Lama jugak dia terlantar, sib baiklah dalam keadaan cuti sekolah (dia masih belajar lagi, form berapa aku tak ingat dah..). Pastu, aku rasa dah tak seronok sangat nak balik kampung. Muka dah start monyok, pasal aku sedih nak tinggalkan kak Ina yang masih terlantar tu. Tapi sebab abah dah beli tiket keretapi sejak awal2 lagi, makanya aku takde pilihan. Aku ingat lagi, abah pun sedih je muka dia masa hantar aku, kak liza & kucai kat stesen keretapi :(

Dalam keretapi, aku dengar lagu ni entah dari radio siapa ntah!




JIKA BEGINI

jika begini terbiar menanti
tanpa kata-kata
untukku jadikan pegangan
salahkah aku
seandainya nanti
rindu jadi jemu
dan hati tak rela menunggu
telah kuutus kan masa
janji tak terbukti jua
bagai pelabuhan sepi
engkau menyendiri
apakah gunanya nanti
langkah tak sehala lagi
tapi sukar mengucapkan
salam perpisahan

JikaBegini - Rahimah Rahim

4 comments:

Mak Su said...

terharu plaks, tapi lagu tu memang masyuk ler... layanzz

CikguZue said...

waa...terkonang nampaknye...memang kadang melalui lagu, jiwa kita bagai dibawa kenangan lalu....

nursuzry said...

waaa... terharunya...

kadangkala memori itu adalah indah utk dikenangkan,
tetapi kadangkala memori itu adalah perit itu dikenangkan huhuhu...

KAMATO said...

lama sangat tak dengar lagu ni