Pages

Saturday, December 27, 2008

Cik Sapphire & Cik Emerald

Kenapa ya, aku selalu aja jadi kelu bila ditanya soalan spontan. Aku juga selalu hilang fokus kalau bercakap. Orang tanya A, aku jawap B.. ngaaa! Kadang-kadang tu, aku selalu terkilan sebab tersalah cakap/jawap soalan yang diajukan pada aku. Lepas tu aku menyesal dengan apa yang aku cakap/jawap tu. Dalam hati aku selalu cakap:
- "Isy! patutnya aku cakap macam nilah...bukan macam tu...!"
- "Laaa...awatlah aku habaq lagu tu, patutnya lagu ni...!"

Tulah masalah aku. Kalau aku diberi pilihan, aku lagi suka tulis daripada cakap. Sebab tu aku suka buat muka sombong je setiap masa, sebab takut kena tanya dan kena cakap/jawap :P

Aku sanggup kerja sampai lebih 15 tahun kat Schmidt dulu semata-mata sebab aku tak suka nak lalui sesi interview lagi dan lagi (walaupun sebenarnya aku dah lama menahan loya dan mual dek sikap transformer-transformer kat situ yang sangat efisyen menggunakan KIPAS dan sungguh komited buat senaman ANGGUK-ANGGUK sahaja).

Masalahnya, aku ni mudah benar buat andaian-andaian yang negatif dalam kepala. Fikir macam tulah, macam nilah, konar tang tulah, tang nilah... sudahnya, skrip yang aku dok hafal semua jadi lintang-pukang :(

Aku baru kenal dengan Cik Sapphire & Cik Emerald. Diorang tu baik sangat sebenarnya. Truely, deeply, madly good people. Tapi tulah masalahnya, lepas cakap baru nak fikir (orang, fikir dulu sebelum cakap la LARA!!!! dushh! amik aku sebijik...)

Diorang memang orang baik-baik. Aku tak patut ingat yang bukan-bukan. Aku tak sepatutnya bersangka yang aneh-aneh. Diorang memang nak tolong, memang baik hati. Maaakk...awatla chek jadi lagu nie...?

p/s - lagi sekali aku ingatkan diri aku sendiri: LARA, DIORANG TU MEMANG ORANG BAIKLAHHH!

0 comments: