Pages

Friday, November 28, 2008

i, ii, iii.

i) That's my Akil! harini dia sudah 3 bulan 24 hari. dia mmg suka sgt kalau dapat melekap aje terus ngan abahnya. dok dalam stroller cam dah kurengg jek! Cerita harini, Akil dah sihat sikit :) so since abah free, kita bawak Akil gi hypermarket, beli barang dapur (sejak cuti skolah ni, barang dapur mmg cepat habis eheh!)

ii) Semalam dapat buku ni, thanks JS! buku ni lebih cantik dilihat 'live' dari yang aku lihat di web JS rupanya, sangat cantik lukisan dari Bali tu *thumbs up* kalau tak caya, dapatkan buku ni dan lihat sendiri covernya. 3 cerita di dalamnya juga amat mempesona! kuat sungguh 'gam'nya sampai aku susah nak lepaskan buku ni dari genggaman sebelum tamat bacaannya. aku juga gembira amat dgn TT 3 org penulis yg melakar KEBUN MIMPI tu. tapi tiba2 jadi 'cemas' pulak dgn nota dari kaksu pada cebisan kertas kat dalam buku tu uwaaa! AKU HARUS BERTINDAK SEGERA!

iii) Aku masih mencari-cari that something missing yang masih berlegar-legar di ruang hariku...

Tuesday, November 25, 2008

mekdi

i) selasa 25/11/08. akil demam. pagi tadi akil ade appointment kat klinik. tengok2 dia kena cucuk, kalini for hepatitis (dlm hati aku dah kata, mesti demam nih...) sib baiklah tak teruk sgt dia meragam.

ii) dulu aku ingat senang jadi surirumah ni. rupanya susah jugak. surirumah dgn masak-memasak tu cam sinonim gitu. hari2 kena sediakan menu untuk keluarga. eh, masalahnya bukan sbb kena memasaklah! masalahnya sebab kena sediakan menu tu la. nak jugak ambil kira selera en hubby yg biasanya pedas2, kena jugak prihatin dgn selera anak2 yg tak suka pedas, mimie pulak suka lauk yg berasaskan sup, banyak songeh ar... sukanya kalau takyah masak! jom mekdi! i like to move it, move it...

iii) duno what. duno why. something is missing somewhere...just feeling so. apa yek? i'll figure it out.

iv) tonite nak dok depan pc lagik. nak cari mood...


Monday, November 24, 2008

sigh!

i) sakit. aku dilanda demam. demam yang disbbkan oleh virus. virus tu namanya MALAS. uhuk! uhuk! adeila...skrg pulak coti skolah, bekfas til dinner kena make sure served on time, kalo tak nanti terdengarlah lentung-lentang bebudak tu menggunakan perkakas memasak ku di dapur, dan aku sgt tidak suka alat2 itu digunapakai sewenang-wenangnya. harini for lunch, wat ketam masak lemak cili api je. mimie still takleh makan ketam ngn sempurna so aku kena kopekkan utk dia. banyak keje seh! disbbkan nak cepat, duri kat kulit ketam tu tercucuk kat jari perghh...sakitnyerrrr! ii) aku masih.....mencuba dgn sedaya-upayaku ini utk menghabiskan cerita novel ke-2 yg dah lama sgt terbengkalai ni. tapi makin dicuba, makin malas menggila aku dibuatnya uwwwaaa... and aku takde cite nak tulis kat blog ni (cam biasela kan..) disbbkn selalu sgt takde citer baru, makanya aku mengambil keputusan utk tidak lagi meninggalkan komen2ku di blog kengkawan yg selalu aku kunjungi dulu. AMARAN: citer2 kat blog ni, sumer citer2 biase dlm kehidupan seharianku aje. so, mmg SANGAT KURANG MENARIK utk diterokai :D iii) cakap pasal citer2 biase ni, teringat lak tentang soalan yg pernah diajukan oleh seorang hamba Allah nih kt aku. dia tanya, apa yg aku tulis di blog? aku kata: citer2 biase for escapism purpose jek. pastu dia tanya lagi: kenapa suka citer kat blog? tak takut org lain baca ke?? - aku leh tak terjawap soalan sengal dia tu :P selama ni aku rasa sgt selamat menconteng sekehendak hati dan sesuka rasa je kat blog ni, tiba2 dia buat aku rasa SANGAT TAK SELAMAT! dan TAK PRIVACY LANGSUNG!! grrrrr.. iv)oh ya, paragraph pung takde pasal MALASSSS.

Wednesday, November 12, 2008

Aku Intan tante...!


Siri 'Intan' ep.104 di Astro Prima semalam, betul-betul buat aku nangis. Aku sebelum ni memang mengikuti ceritanya, tapi bukanlah pengikut setia yang kena stay, tak berganjak depan tv setiap kali siri tu on. Hanya disebabkan heronya (Dude Harlino) tu yang buat aku CUBA untuk tak lepaskan mengikuti citer tu :P

Tapi untuk episod semalam, aku betul-betul sedih dengan kisah Intan ni. Kijam sungguh mak mentua dia huhu!

Ceritanya lebih kurang gini je - Intan sudah kematian suami, tinggal dengan bekas mertua bersama satu-satu anaknya dengan arwah suami. Intan tu digambarkan sebagai seorang wanita muda yang sangat cekal dan tabah, walaupun selalu saja kehidupan sehariannya mengundang masalah, lebih-lebih lagi dengan keluarga mentua dialah. Dalam meneruskan kehidupan, Intan bertemu dgn Dr. Rado dan merancang utk berkahwin. Malangnya, MIL dia cam tak suka dan tak setuju. Macam-macam cara dilakukan supaya diorang takleh kawen. Cara paling kejam; dia usir Intan dari rumah dan tak izinkan Intan jaga anak dia lagi huhu!

Saturday, November 8, 2008

Terbaharu daripada Jemari Seni!



“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?


Novel kelapan NOOR SURAYA ini mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!


ii) Kebun Mimpi

Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya

Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.
Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.


Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud

Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!


Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa

“Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang...” balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.

Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing (Noor Suraya/Syud/Rnysa) berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...

KLIK untuk keterangan lanjut atau membeli kedua-dua novel istimewa ini!

Monday, November 3, 2008

bila nak saksi...??


Bila Nak Saksi - SPIDER
.
Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan