Pages

Friday, October 31, 2008

LiMAbeLaS

Lima belas tahun lepas, awak ngan rombongan awak bertandang ke rumah. Awak minta permission kat abah, dan berjanji untuk menjaga saya dan mencintai saya selamanya. Abah ok, tip-top! dia kenal sangat dengan anak perempuan dia yang sorang ni. So, tentulah abah pun kenal bebeno ngan pilihan anak perempuan dia yang sorang ni gak, eheh! (Walaupun masa tu, mak merungut...tak tahan nengok rambut ngerbangs awak tu :P).

Pada tarikh ini, (31/10/93) lima belas tahun lepas awak ngan rombongan awak datang lagi. Bawak telekung, bawak sejadah, bawak manisan, dan tak lupa bawak $$$$ gak. Eii, saya betul-betul terperanjat katak bila tengok kepala awak! Mana rambut ngerbangs yang awak simpan bertahun-tahun tu?? awak sanggup potong semata-mata tanak mak saya susah hati eh?! (sampai sekarang awak lom ngaku lagi...) Dan, dengan dua kali lafaz, baru abah perkenankan akad awak tu. Ameen!

Sekarang kita dah LiMAbeLaS. Tahniah ye En Hubby! sebab dah LiMAbeLaS tahun bersabar dengan saya. Daripada berdua, sekarang dah berenam. Moga Allah swt terus memberkati akad nikah yang awak lafazkan dulu ye wak!

p/s - tapi, rambut awak tu ngerbangs balik ar...

Wednesday, October 29, 2008

makan kat umah Izz

Ni cerita 'makan-makan kat rumah Iza'. Cerita cam dah nak basi, sbb 2-3 ari ni aku sibuk je ke hulu ke hilir, takde masa nak update blog. Kiranya.. bukan sekali-dua, macam dah banyak kali la jugak aku dengar dak Iza ni nak jalan ke rumah aku. Erm, kalo nak dihitung, rasanya kena tambah jari kaki skali kot! kekeke...

Tapi kalo kad b'day, kad raye, kad ucapan tahniah tu memang dah banyak kali la melayang ke rumah aku eheh! takpe la... aku faham masalah ko Izz! Ahad lepas, sudahnya aku yang bertandang ke rumah dia. Aku pun sebenonye dah naik segan dgn Izz ni, sbb dia ni suka sangat courier kat aku macam2, drp kad2 ucapan sampai baju baby pun dia penah courier ke rumah. Duh! tak terbalas rasanya...

Malam tu, kat umah Izz banyak tul juadah yang terhidang, penuh la satu meja. Borak punya borak, lupa la pulak nak soh makanan2 kat atas meja tu posing :P

Thanks Izz! kenyang sungguh aku malam tu, bila ko nak datang umah aku lak eh??



ps: sori Izz, gambar kurang jelas sbb pakai handphone camera jer huhu!

Saturday, October 18, 2008

wish list?

Aku selalu ingin ke sebuah tempat. Tempat yang mampu buat aku tenang. Bayunya bisa buat aku lena. Hawanya dingin serta mendamaikan. Aku selalu membayangkan sebuah tempat. Tempat di mana aku kan puas menghirup aroma alam. Dimana aku kenyang bersantapkan panorama hijau dan membayangkan diriku sedang lepas, bebas berlari mengelilingi tasik. Dan aku jadi amat rindu pada indahnya wajah sang teratai. Aku selalu membayangkan sebuah tempat itu, walaupun gambarannya begitu samar....


ps: itu gambar Taman Tasik Taiping. terima kasih yang amat buat rapheydillo, pemilik gambar yang memuatkan gambar ini di blog peribadinya :)

Wednesday, October 15, 2008

My lil blackie

Akil: Nehi, kabhi nehi!
Akil: Abah! helpppp....
Ibu: Abah cepat snap...!


Itulah gambar si buah hati, si pengarang jantung, si pengubat sepiku. Akil si tampuk manggis ibu, Akil yang takut dipakaikan topi hehehe! Kalau ibu lagi menulis, Akil akan tidur diam-diam di ribaan ibu. Akil tak banyak ragamnya. Mungkin kerana Akil tiba di kala nendanya sudah tiada, tak seperti abang2 dan kakaknya dulu di mana nenda selalu ada untuk menasihati dan membantu ibu membesarkan mereka.

Akil, harini usianya sudah 71 hari. Kalau ibu masih bekerja, Akil tentu ibu dah tinggalkan di rumah Ibu Zarah, di mana Abang Mimy juga ditinggalkan dulu. Kalau ibu terpaksa tinggalkan Akil di sini, makanya saban hari ibu akan menangis, menangis dan menangis...sedih melihat diri Akil yang sekecil itu harus ditinggalkan lagi. Sehinggalah ibu immune sendiri dengan keadaan itu.

Sekarang keadaan sudah tidak sama. Ibu dah tak bekerja. Ibu tak perlu ke mana-mana lagi. Ibu akan selalu di sisi Akil, mmmuaaccks!

Friday, October 10, 2008

Cerita semalam

Salam lebaran. Dah abes raya, skrg musim umah terbuka lak ek? Petang tadi ada tetamu yang mampir ke rumah. Ina & family, kami berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Panjangnya usia persahabatan kami, sampai dia dah beranak 3, me? dah masuk 4... yet, still keep in touch ;) Ni bunyi my text to her, a day b4 she make a move:

Me : Na, sok t/hari ko nak mkn pe?
Ina: dh nama pon t/hari, mkn nasik ler... klu nasik tu berkaler2 lg best! heheh...
Me : Wokeh, set!

Cam tu ar kitorg tiap2 thn. Me gi umah dia, dia tanya nak makan apa, camtu gak sebaliknya :P So, tadi me masakkan Nasi tomato untuk derang.

Lepas je Ina beransur balik, kengkawan ex-ofismet lak called. Shahril, Nina & Zalifa dah on the way nak mai. Me seronok kemain, beborak sampai tak ingat donia....last2 terlupa nak snap gambo :(









ps: Ina tak berubah sejak dulu, anak dara dia lak kopipes dia sebijik!