Pages

Wednesday, October 15, 2008

My lil blackie

Akil: Nehi, kabhi nehi!
Akil: Abah! helpppp....
Ibu: Abah cepat snap...!


Itulah gambar si buah hati, si pengarang jantung, si pengubat sepiku. Akil si tampuk manggis ibu, Akil yang takut dipakaikan topi hehehe! Kalau ibu lagi menulis, Akil akan tidur diam-diam di ribaan ibu. Akil tak banyak ragamnya. Mungkin kerana Akil tiba di kala nendanya sudah tiada, tak seperti abang2 dan kakaknya dulu di mana nenda selalu ada untuk menasihati dan membantu ibu membesarkan mereka.

Akil, harini usianya sudah 71 hari. Kalau ibu masih bekerja, Akil tentu ibu dah tinggalkan di rumah Ibu Zarah, di mana Abang Mimy juga ditinggalkan dulu. Kalau ibu terpaksa tinggalkan Akil di sini, makanya saban hari ibu akan menangis, menangis dan menangis...sedih melihat diri Akil yang sekecil itu harus ditinggalkan lagi. Sehinggalah ibu immune sendiri dengan keadaan itu.

Sekarang keadaan sudah tidak sama. Ibu dah tak bekerja. Ibu tak perlu ke mana-mana lagi. Ibu akan selalu di sisi Akil, mmmuaaccks!

4 comments:

© EM Muhammad said...

Comelnyaaaaaaaaa... tengok tu, dia kenyit mata kat opah de... he he he... kenapa blackie? Sebab kulit dia gelap sikit ke? Kan bebudak macam tu... isy isy isy... tapi kan Lara, Opah De pun blackie gak. Hitam itu menawan tau. He he he.

Anonymous said...

akil... :D nak berisi ye...!
apa pun kaksu suka bahagian:
"Kalau ibu lagi menulis, Akil akan tidur diam-diam di ribaan ibu."
- kaksu -

CikguZue said...

salam Manjalara...
dah lama tak menjengah ke sini, novel pun dah lama habis dibaca...heheh...
Akil tu hensem ape...taklah gelap. Kalau gelap pun takpe...mancho gitu. hehheh...
Tahniah dan semoga cepat sembuh dan sihat segar bugar seperti biasa.

Rinn said...

kiter datang nk tengok baby.. alololo comei nyer :)