Pages

Friday, April 6, 2012

Apa itu cinta?

Orang biasa salah faham cinta sebelum nikah.

Fahamannya, ianya sama dengan cinta yang biasa diamalkan oleh rata-rata manusia. Orang sangka begitu.

Ada yang 'mencantik'kannya dengan kalimah-kalimah Islamik, seperti "Cinta kerana Allah", tetapi tidak memahami pula 'bagaimana cinta kerana Allah itu'. Sekadar pandai sebut sahaja untuk menghalalkan cinta. Ini memburukkan lagi keadaan.

Akhirnya, orang menyempitkan cinta yang sepatutnya luas.

Apakah cinta itu mesti berpegang tangan?
Apakah cinta itu mesti dengan ayat-ayat sweet kepada pasangan yang belum halal?
Apakah cinta itu, mesti bertemu sentiasa?
Apakah cinta itu, mesti kemaruk dengan fantasi yang merosakkan kita?

Kerana itu senang saya nyatakan,
"Kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurga.
Apa-apa yang membawa ke neraka,
itu bukan cinta namanya."

Asy-Syahid Hassan Al-Banna, bila ditanya akan cinta yang halal,
dengan sederhana beliau menjawab:
"Cinta yang halal itu halal. Cinta yang haram itu haram."

Pada saya, perbahasan 'sebelum kahwin' atau 'selepas kahwin', tidak relevan. Kerana cinta adalah cinta. Ia adalah perasaan. Kadangkala, kita tidak merancang untuk jatuh cinta. Ia jatuh sendiri. Apatah lagi dalam kehidupan hari ini yang menduga, yang menggoda, memang mudah untuk kita terjebak dalam isu perasaan ini.

Saya suka kita kembali kepada 'bagaimana cinta yang sebenar itu', dari kita sibuk membahaskan 'yang ini halal dan yang itu haram'. Ramai yang akhirnya memberikan alasan, 'kami bercouple pun, 4 flat', 'kami macam ini pun, selamat ke jinjang pelamin', dan sebagainya. Akhirnya, semata-mata melaungkan 'ini haram, ini haram', tidak lagi menawan hati masyarakat hari ini.

Maka pendefinisian cinta yang sebenar itu yang perlu diperkemaskan.

Bagaimana jika sudah jatuh cinta, apa yang patut dilakukan, itu yang perlu diajarkan.

Mengapa perlu menjaga cinta agar kekal di jalan yang bersih? Apakah hanya untuk kebaikan akhirat semata-mata? Atau ada efeknya pada perjalanan hidup di dunia, pada pembangunan ummat? Itu yang patut dijelaskan.

Agar kelihatan dengan jelas betapa relevannya Islam.
Jangan ukur cinta ini dengan perjalanan cinta kita.
Mentang-mentang kita anak orang yang faham Islam, duduk dalam komuniti yang menjalani proses dakwah dan tarbiyah, yang dibiasakan dengan usrah dan halaqah, yang kalau nak kahwin itu ada yang boleh tolong padankan dalam suasana yang bersih, kalau rasa nak kahwin boleh mengadu pada mas'ul, mas'ul susunkan. Jangan kita minta orang jadi macam kita.
Ramai orang tidak melaluinya.

Maka jangan sempitkan cinta.
Ajar makna cinta yang sebenar. Fahamkan betapa pentingnya kita menggerakkan cinta yang sebenar ini.
Sebelum kahwin. Selepas kahwin. Itu bukan masalahnya.
Selepas kahwin pun, kalau tidak memahami cinta yang sebenar ini, tidak akan membawa ke mana-mana.

Sumber : Hilal Asyraf
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: