Pages

Saturday, April 7, 2012

Kacamata

Saya tak faham bagaimana seseorang melihat sesuatu dengan kacamata yang sama sejak berbelas tahun lamanya. Sedangkan cermin mata (bagi orang yang rabun macam saya ni) pun harus ditukar hampir setiap 1-2 tahun sekali. Inikan pula penilaian kita terhadap seseorang melalui pandangan terus.

Dan saya bingung bagaimana kita mampu memandang rendah pada seseorang, sejak dahulu hingga sekarang. Tak pernahkah kita terdetik di hati, bahawa kawan yang sudah berbelas tahun kita tak berjumpa itu kini telah berubah? Tak kiralah zahir atau batinnya, tapi pokoknya, dia tentu telah berubah. Malah mungkin telah baaaaanyak sekali berubah.

Wahai kawan yang telah lama tidak bersua, apakah anda bersusah-payah mencari saya semula semata-mata untuk mengemaskinikan pengetahuan saya tentang betapa hebatnya kehidupan anda sekarang? Kasihan. Jika itu saja niat anda. Kerana saya tidak pernah merasa pelik mendengar seorang yang menghabiskan masanya selama 8-9 jam sehari di pejabat untuk sebuah kehidupan yang sederhana. Kehidupan di dunia ini tak mungkin ada yang sempurna, itu saya tahu. Tapi saya percaya rezeki setiap manusia itu di tangan Tuhan, bukan terletak di pejabat atau dalam slip gaji. Dan saya rasa tidak perlu saya membuat senarai tentang apa yang telah saya perolehi sepanjang menjadi isteri dan ibu sepenuh masa hampir 6 tahun kini. Kerana jika saya menyebut tentang 'anak' sahaja, anda tak mungkin perolehi apa yang sedang saya kecapi sekarang ;)

Kita memang telah lama tidak sehaluan semenjak anda mengambil sikap acuh tak acuh terhadap saya. Saya sangka kita bersahabat, namun rupa-rupanya anda tidak sudi menganggap saya sebagai sahabat. Anda gemar mempergunakan sahabat untuk kepentingan diri. Malangnya saya tiada apa yang mampu ditawarkan untuk awak pergunakan. Lalu jadilah saya sahabat yang tidak pernah dianggap.

Saya nikmati kehidupan saya sekarang semaksima mungkin. Saya sentiasa tahu di mana saya berdiri di dunia ini. Saya selalu mengingatkan diri saya untuk bersyukur setiap hari. Saya telah temui kehidupan yang saya inginkan. Saya tidak pernah menyesal memilih jalan ini. Tanpa seorang yang bernama majikan, tanpa premis yang bernama pejabat, tanpa ganjaran bernama gaji pun, saya tetap terima rezeki daripada Tuhan. Malah kini saya benar-benar faham akan konsep yang dinamakan sebagai 'hamba-NYA'. Ya, saya pekerja yang bermajikan secara langsung dengan Allah. Bukan dengan manusia yang sama seperti saya.

Saya harap anda mengerti dan tidak lagi membanding-bandingkan 'dunia' anda dengan 'dunia' saya sekarang. Dan saya tidak pernah lupa setiap kata-kata dan perbuatan anda terhadap saya. Kerana kata-kata dan perbuatan andalah saya belajar siapa kawan, siapa lawan.

#selagi berusaha, selagi itu Dia menjaga,,


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: