Pages

Thursday, May 26, 2011

Kemilau Cinta Kamila

Sudah berminggu-minggu saya mengikuti drama seberang ini di tv (astro prima). Tak puas dengan waktu siaran yang singkat, maka saya cuba-cuba jenguk di youtube, HAH! pucuk dicita ulam mendatang, ada insan-insan baik hati yang membuka siri yang mereka muat turun di channel mereka secara terbuka. Dan sejak hari itu saya menjadi penonton tegar drama bersiri itu di youtube. Seronok bukan main lagi, sampai saya tak sedar bahawa tiap sesuatu yang berlebihan dalam hidup, akan mengundang padah! macam ngeri je ayat tu kan?

Memang pun (ngeri), sebab sebaik saja saya jumpa channel yang menyediakan setiap episod secara sekuel di channel mereka, tanpa berlengah saya menontonnya. secara kerap. berjam-jam. Dan seakan tiada henti :( Ya, itulah silap saya. Kerana KCK, saya sanggup makan-minum depan pc dan sanggup pula mendermakan waktu tidur saya secara percuma pada sinetron berhantu itu. makin lama, makin 'seru' ceritanya. Dengan barisan pelakon-pelakon muda/berbakat/fotogenik dan handsome maut itu, sudahnya saya jatuh sakit.

Setelah beberapa hari mengorbankan waktu tidur saya, pada suatu pagi saya bangun dari tidur dengan kepala yang amat sakit (to be more specific, sakit di bahagian belakang kepala). Barulah masa tu nak sedar diri; oopsie! my bp was border-line since my last check-up with Dr Mastura :(

Dua hari saya tunggu sakit kepala tu hilang dengan sendirinya, tapi semakin lama semakin teruk pulak jadinya, sampaikan nak solat pun saya rasa macam nak pitam, sedih tau :( sejak hari itu saya langsung tak sentuh lagi youtube. Sudah lebih seminggu kini, tiba-tiba rasa rindu pulak dengan Kamila, Edo dan Fadil... HUUWAAA. Petang tadi dapatlah tengok sekejap kat astro prima (Isnin-Khamis 4-5 ptg). Tapi dah tak 'seru' jadinya, sebab episod yang sedang disiarkan di tv sekarang semuanya saya dah tengok kat youtube. Saya dah advance sampai KCK-Berkah Ramadhan huhu!

notakukukakiku: adoila, nyamuk duk getit kaki! ramainya nyamuk bermesyuarat kat bawah meja pc ku ini, nanti korang, dah lama hidup eh..

0 comments: