Pages

Monday, April 25, 2011

Yang tersurat dan tersirat...

Salam semuanya :)

Ya, saya nampak awak! buat awak, dan awak yang sudi bertamu di 'Manjlara & Co.' saya ucapkan terima kasih dan selamat datang. Terima kasih ya! sebab sudi temankan saya di rumah saya yang serba kelam dan sunyi ini, ahaks!

Kisah 2-3 hari ni, tentulah berkenaan pesta buku yang berlangsung di PWTC. Semasa saya menulis entri ini pun, pesta buku masih lagi berlangsung dan akan berakhir pada 1 May 2011 ini. Sudahkah adik-adik Kaklara di sini memperbaharui stok bahan bacaan di rumah? makanya, bertindaklah segera sementara masih ada waktu ni ya? ;)

Saya sempat berada di pesta buku pada 22 & 23 Apr, iaitu pada hari pertama pesta buku bermula lagi. Biasanya kesempatan untuk 'berpesta' di sana tak akan saya lepaskan begitu saja melainkan ada hal yang tak dapat dielakkan. Sangatlah rugi rasanya kalau tidak berpesta sama, sebab ramai kawan-kawan maya yang akan turun pada hari itu. Saya rindu hendak bertemu Kaksu dan Kakyah serta teman-teman 'team JS' yang lain juga.

Dan ini ucapan terima kasih paling istimewa buat Nazurah Aishah yang sudi meluangkan masa dengan saya seharian pada 23 April yang lalu. Terima kasih juga dan saaaaaayang banget denganmu Adileah, sebab:

i)   dah tolong saya belikan gam UHU (untuk kasut yg byk memberikan masalah kat saya pada hari itu huhu)
ii)  dah tolong pinjamkan lengan awak untuk berjalan (gara2 kasut saya yang macam lahenet itu..)
iii) dah bermurah hati kasi saya novel terbaru awak yang bertajuk 'Menunggu Hujan' itu :D

Sempat juga 'bersayang-sayang' dengan Syud (tapi tak boleh kacau dia sangat, sebab dia sangat sibuk melayan feminat-feminatnya pada hari itu, ahaks!). Sempat juga hai-hai dengan Kaknoor, Mama Erra (dia dah tak ingat saya dah kut hehe...), Ija, Udaidza, Rinn (nampak Kucc kat sebelah, tapi malu nak sapa :p), Wan Amalyn (yang ramah dan mesra macam selalu) dan Jihan.  Terima kasih juga buat Dawlin, salah-seorang rakan FB saya. Orangnya kecil dan manis saja rupanya. Saya juga sempat berkenalan dengan dua orang penulis baru JS iaitu Normaslina Masri dan Bunick Firdaus, aduh...dua-dua masih muda belia dengan novel sulung mereka yang tentunya ditulis dengan ilham segar dan muda-rumaja seperti mereka juga, tahniah!

Akhirnya saya pulang dengan perasaan yang bercampur-aduk. Seronok ada, sedih ada. Namun di lubuk hati yang paling dalam, ada rasa gundah-gulana juga. Kenapa ya?

0 comments: