Musim panas belum berakhir, meskipun sesekali bumi tetap menerima air mata langit. Namun bahang mentari masih menggigit. Kita mengeluh kerana pada waktu tengahari hingga petang, panahan cahaya matahari bagaikan membakar kulit. Walaupun matahari letaknya kira-kira 62,500,000 kilometer dari bumi, tapi haba yang terhasil daripada adunan 69.5% hidrogen dan 28% helium itu terus begitu menyeksakan.
Kita mengeluh. Kita tidak mahu dibakar matahari. Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap. kita memandang ke langit, kelihatan awan hitam berarak, hujan mula turun dan guruh serta kilat memancar silih berganti. kita ketakutan kerana kilat yang memanahkan seratus juta hingga satu bilion voltan elektrik itu boleh membunuh kita, anak isteri dan saudara mara kita. Kita mengeluh. Kita tidak mahu mati dipanah petir, kita marah lagi kepada alam yang serba-serbi indah ini.
Kita selalu lupa. Kadangkala Tuhan hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh serta kilat. Ketika itu kita menangis dan mencari di mana matahari. Rupa-rupanya Tuhan mahu menghadiahkan kita pelangi...
Friday, May 29, 2009
Saturday, May 23, 2009
buat apa harini?
63 perkataan
ntah macam mana boleh jumpe website ni ek? alangkah baiknye jika idea untuk menulis novel pun boleh keluar 63 patah perkataan seminit! oh, alangkah bahagia dan gumbiranyaaa! huhu.. kali terakhir menaip minit mesyuarat untuk bos, kira2 15/16 tahun dulu, masa tu aku baru habis belajar kat BGC, baru jadi setiausaha pelatih gitu, auwww... pastu dapat keje baru yang takde kaitan ngan secretarial. keje kira salesssss aje! aduhai, kenangan itu...

Friday, May 15, 2009
Dan sebenarnya...
Balik dari pesta buku, kepala aku ligat balik berputar (lorr...tak abis2 lagi cerita sehari tu?) NGAAA! saje je aku nak panjangkan cerita sejemput aku tu. Pasal tersangatlah singkatnya waktu, dan tersangatlah banyak perkara yang berlaku, dan teramatlah berharganya kenangan itu, agaknya.
Banyak persoalan yang buat aku serabut kepala. Ada semangat yang tersuntik, tapi masih belum terangsang. Melihat kawan-kawan dengan novel baru, hati pun seakan teruja untuk mengorak langkah lagi. Tapi semuanya masih serba tak menjadi. Kenapa lama sangat aku mengambil masa? Yang bertanya, mana buku baru? aku menjawab seadanya saja. Jawapan yang ala-ala melepaskan batuk di tangga aja la. Tapi bila balik ke rumah, barulah persoalan itu aku fikir secara mendalam.
Aku sangat 'meminta' Akil, sejak tidak lagi terikat dengan alam pekerjaan. Pemberian-NYA yang amat bermakna ini, membuatkan aku sangat bahagia dan bersyukur. Kehadiran Akil membuatkan aku sibuk. Aku macam dah tak ingat lagi yang aku pernah menghasilkan sebuah novel dulu. Daripada makan, minum, mandi, tidur, main, meragam dan macam-macam lagi, aku harus ada bersama Akil. Akil bergantung sepenuhnya pada aku. Kalau dulu, itulah yang aku harapkan daripada anak-anakku. Tapi aku tak berpeluang untuk menikmatinya, sebab anak2 lebih rapat dengan abah mereka. Aku sangat sibuk dan terikat dengan kerja dan waktu pejabat. Kelebihan en hubby pulak, sebab dia kerja sendiri. Makanya, dia akan ada lebih banyak masa dengan anak-anak berbanding aku. Dan sekarang, untuk pertama kali sejak bergelar ibu, aku diberikan peluang untuk merawat dan membesarkan Akil sepenuhnya. Dari pagi sampai ke malam, aku harus berada di sisi Akil. Siang, Akil sangat takut aku 'hilang' dari pandangan matanya. Bila malam, Akil sangat cepat menghidu jika bau badan aku hilang barang seminit dari sisi dia. Begitulah aku dan Akil saban hari.
HOHOHO! Banyak sungguh alasan aku kan? walaupun aku yang sebenarnya terlebih-lebih dan terlampau-lampaunya meleka dan melalaikan diri dengan kehadiran Akil, sampaikan masa dia dok tido tergedang atas katil pun aku nak tunggu jugak huhu! Dia bernafas teratur, mukanya yang tenang, dengkurannya yang halus...buat aku rasa tak nak lepaskan peluang langsung untuk memerhatikan detik itu. Sememangnya aku sangat parah!

Subscribe to:
Posts (Atom)