Pages

Friday, May 29, 2009

Hadiah dari Tuhan

Musim panas belum berakhir, meskipun sesekali bumi tetap menerima air mata langit. Namun bahang mentari masih menggigit. Kita mengeluh kerana pada waktu tengahari hingga petang, panahan cahaya matahari bagaikan membakar kulit. Walaupun matahari letaknya kira-kira 62,500,000 kilometer dari bumi, tapi haba yang terhasil daripada adunan 69.5% hidrogen dan 28% helium itu terus begitu menyeksakan.

Kita mengeluh. Kita tidak mahu dibakar matahari. Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap. kita memandang ke langit, kelihatan awan hitam berarak, hujan mula turun dan guruh serta kilat memancar silih berganti. kita ketakutan kerana kilat yang memanahkan seratus juta hingga satu bilion voltan elektrik itu boleh membunuh kita, anak isteri dan saudara mara kita. Kita mengeluh. Kita tidak mahu mati dipanah petir, kita marah lagi kepada alam yang serba-serbi indah ini.

Kita selalu lupa. Kadangkala Tuhan hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh serta kilat. Ketika itu kita menangis dan mencari di mana matahari. Rupa-rupanya Tuhan mahu menghadiahkan kita pelangi...

1 comments:

Iza'Izz said...

betul tue lara..semuanya serba x kena.... kdg2 kita tidak tahu bersyukur... namun setiap yg berlaku ada punca n sebabnya..."aku tetap perlukan pelangi"..hehehehe