Pages

Wednesday, December 24, 2008

updates

Najdah & Akil

i) Sibuknya 2-3 menjak ni. KL-SBN la, KL-PHG lah. Balik kampung En hubby baru-baru ni, semata-mata kerana ingin bertemu Baby Nurul Najdah. Baby 'special' yang baru discharged hospital, kami terus mencari-cari ruang kesempatan untuk ke sana sebenarnya. SIL yang baru balik Mekah kerana menunaikan haji tiba-tiba kata nak balik Pahang, so kita balik together-getherlah!

Baby Najdah lahir tak cukup bulan, cuma 5 bulan usia kandungan ibunya. Ajaibnya anugerah Tuhan yang satu ini, Najdah selamat dan tenang saja mengharungi hari-hari kematangannya dalam akubator (betul ke ejaan aku nih..). Khabarnya, baby yang lahir pramatang sekecil Najdah, akan melalui saat2 sukar. Sukar sekali. Bayangkan, kata Makchu, saat baru lahir, kulit Najdah macam belum ada lagi. Doktor hadapi kesukaran untuk menyelenggara tubuh kecil Najdah, sebab kulit merahnya melekat-lekat pada tangan sesiapa saja yang menyentuhnya. Namun semuanya kuasa Tuhan, Najdah sihat2 saja sekarang. Kata Makchu, kat hospital misi2 gelar dia sebagai Baby 3 lima. Sebab dia lahir 5 bulan, beratnya cuma 500grm dan tinggal di hospital selama 5 bulan juga.

Hmm...mana ya, gambar Najdah ni...? ada aku snap gambar Najdah dengan Akil yang tengah enak-enak saja meniarap atas tilam kekabu Najdah :P En hubby belum transferkan lagi ke dalam pc ni agaknya. Nanti aku uploadkan gambarnya untuk kenang-kenangan di sini. Biar sampai ke tua memori itu terpahat di sini.

ii) Siri Intan ep.133 dan 134 terkini, makin seronok. Aku paling suka ep.133. Lawak giler bila mama mentua si Intan yang egois tu cuba nak terjun dari rumah tingkat duanya sebab nak ugut Romi supaya jangan dermakan buah pinggangnya kat Intan. Last2 si Romi tu yang ugut dia balik, dia tiba2 dok kat sebelah mamanya dan sudah bersedia untuk terjun bangunan sama2 ngan mamanya, langsung mamanya tak jadi terjun. Potong betul dak Romi nih, aku sebenarnya teringin gak nak tengok Puan Nadine tu betul2 terjun ngahahaha!

Mula2 aku benci watak si Romi tu. Bagi aku dia tu cuma si pengacau daun aje. Kenapa dia mesti merosakkan hubungan manis Intan dengan Rado?? Romi memang tak tau malu dan ntah apa-apa! Tapi sejak ep. 133...aku tiba2 suka lak kat Romi. Bukan suka yang bagaimana, cuma barulah aku sedari akan penting juga waktak si Romi ni. Isy! isy! isy! pandai sungguh depa buat silap mata kat aku...

1 comments:

Jessica Martiele said...

I was just going from blog to blog and found yours, but I had to stop and say that those are two of the most beautiful babies!!! Congrats, and thanks for sharing the photo!