Pages

Thursday, August 14, 2008

makanya...


Salam.

Aku dijangka melahirkan (kononnye..) pada 15 Ogos. Tapi, kuasa Tuhan... 4 Ogos haritu bersamaan dengan 1 Syaaban aku dah selamat melahirkan Akil Ihtisyam di Hospital Selayang, tepat jam 12.54 pagi. Kiranya cepat 11 hari la gitu.

Alhamdulillah, semuanya ok. Cumanya, aku kena stay kat hospital selama 4 hari selepas bersalin memandangkan baby terpaksa menerima suntikan antibiotik selama 3 hari berturut-turut. Gituler kisahnya, kalau air ketuban dah turun melebihi 24 jam sedangkan kita masih belum lagi terasa sakit untuk melahirkan.

Apa pun, semuanya selamat dan seperti apa yang aku doa-doakan. Memang aku selalu berdoa supaya dapat bersalin normal kali ni (serik sungguh bersalin melalui kaedah caesarean sebelum ni..).

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mengucapkan tahniahnya ye! Ada jugak sms yang aku tak sempat nak balas, ampunnn...

8 comments:

Bikash Nur Idris said...

tahniah, manjlara...

Anonymous said...

Tahniah Lara. Cute baby tu. Ni yg tak sabar nak suruh adik tambah ahli ni. Hehehee

Kmas

Manjlara said...

Bikash - maceh ler :)

Kmas - alor, bakpe suruh adik, pekate Kmas je yang menambah ahli kuarge! hehehe..

Anonymous said...

Lara. kmas dah tak boleh lg kota dah cukup.

Ahada Aihara said...

Kak Lara..
Tahniah di atas kelahiran Akil...
=)

© EM Muhammad said...

Salam Lara...
Tahniah. Masih bayi lagi tapi dah nampak kehenseman dan kebijaksanaan dia. Tahniah.

kamar hati said...

tahniah kak... :)

Atiesya said...

selamat hari merdeka dan selamat berpuasa :ara..tahniah di atas kelahian bayi cmel itu..sy tak taupun sbb ni lah baru sy singgah ke blog Lara..apa2pun mga bahagia sentiasa....