Pages

Thursday, July 31, 2008

walimah


Sekian lama dok tunggu, akhirnya ke jinjang pelamin jugak! Tahniah kuucapkan buat bekas teman sepejabat, Norhasyimah Hj Abdullah dengan pasangannya. Tapi apakan daya, aku cuma mampu titipkan hadiah sebagai tanda terkilanku buat bakal pengantin, sebab 17 Ogos tu mungkin aku baru saja melahirkan :(

Kelmarin sempatlah aku menyampaikan buah tangan aku yg tak seberapa tu kat Kak Syima. Awal pagi lagi En Hubby dah memandu aku ke PJ. Sepanjang jalan aku diam jer (sebenarnya sedang melayan perasaan...). En Hubby pun macam paham-paham je, so dia pun tak nak ganggu fikiran aku yang sedang menerawang jauh ke zaman silam. Wah, diam tak diam dah lebih 2 tahun aku berhenti kerja. Cepatnya masa berputar, sepanjang melalui Lebuhraya Persekutuan nak ke SS223, banyak sungguh perubahan yang berlaku di kiri kanan jalan, aku jadi macam tak biasa dah dengan keadaan persekitaran di situ.

Balik dari situ, aku diam lagi. Kali ni sebab aku jadi sukar nak meluahkan dengan kata-kata betapa aku gembira dapat berjumpa bekas teman2 di ofis. Semuanya masih sama, ramah dan mesra bertanya khabar. Yang jelas, aku sukar sekali menyembunyikan rasa terkilanku sebab tak dapat sama2 meraikan hari besar Kak Syima. Hari bahagia Kak Syima memangnya ditunggu-tunggu sejak dulu, memandangkan jodohnya yang agak jauh berjarak berbanding kami semua.

"Thanks Yang!" tiba-tiba En Hubby bersuara semasa memandu.
"For what...?" jawabku kabur...
"Sebab tolong jagakan anak-anak abang di rumah, termasuk yang ini..." jawab En Hubby sambil tangan kirinya menyentuh perutku yang kini kelihatannya tak ubah seperti bola gym yang disorokkan ke dalam baju!

6 comments:

Mak Su said...

tahniah untuk manjlara

anieaina said...

TAHNIAH Lara, semoga Ogos ni memberi keceriaan kpd lara sekeluarga.

kamar hati said...

tahniah kak....moga selamat semuanya... :)

CikguZue said...

Semoga segalanya selamat dan berjalan lancar. dah tahu lelaki ke pompuan ke kembar ke? hehhehe....

Ahada Aihara said...

Kak Lara,

Sudah deliver baby ke blum?
Hope everything will turn out to be find...
Lama tak jumpa akak..
Rindu la...

Manjlara said...

maksu - maceh ek!

anieaina - tq kmas! hope kmas & family pun ceria spjg masa :)

kamar hati - alhamdulillah dh selamat dah, tq!

cikguzue - lelaki la...kembar? huhu...nahi kabi nahi!

ahada - alhamdulillah, semenye ok :) tq dear!