Pages

Monday, August 18, 2008

^_^


Kali ni, aku berpantang tanpa mak. Kalau mak ada, memang tak boleh ngelat...makan, pakai, berbengkung, bertungku, semua tu tak boleh ngelat. Sekarang cuma En Hubby je yang tengok-tengokkan. Dia akan bakar besi tungku, sediakan makan tengahari dan keperluan lain sebelum keluar kerja.

Memang aku amat memerlukan bantuannya dan sangat berterima kasih dengan sikapnya yang amat memahami tu. Memandangkan ini bukan kali pertamaku melahirkan, makanya aku taklah risau sangat nak melalui 44 hari berpantang tu.

Kunjungan kaksu & kakyah ke rumah sabtu lepas buat aku sangat gumbira! setidak-tidaknya petang tu tak seperti petang-petang yang lain. Sejak pagi lagi aku dah ceria sementara menunggu petang tiba. Terima kasih daun keladi semuanya yek!

3 comments:

Opah Noi said...

salam manja..
berpantang dgn tiada siapa yang menjaga memang kita terasa lebih berdikari dan menjadikan hubby lebih bertanggungjawab..itupun nasib2 juga la dapat hubby yang macamana..
Opah harap manja jaga diri baik2...jgn nak ngelat2..hehe..bukan apa kesannya bila dah tua mcm Opah ni nanti..sakit sana sakit sini..
Anyway..tahniah di atas kelahiran baby yang comel tu..

Anonymous said...

Lara,

Balik tu kita orang ralat sangat sebab tak dukung 'baby'... sebab asyik berbual, dan si baby pula amboi... asyik beradu aja... bila dah dalam kereta kita dua-dua orang baru perasan, alamak kita tak dukung n kiss baby betul-betul... huhuhu

Manjlara said...

opah noi - salam :)
gitula kaedahnya, kena pandai2 jaga dirilah nampaknya, terima kasih utk ucapan tahniahnya :D

kaksu - hehehe! mmg syok aje beborak, (nak2 bila org dlm pantang dpt beborak :P) patutla Akil pun cam terkilan jer ;)