Pages

Monday, March 17, 2008

Cerita saya penulis kecil.


Ada yang ingin saya kongsikan di sini. Tapi sejak tarikh itu (15/3/08), hati saya tiba-tiba jadi teragak-agak pulak. Huh, susah kalau jadi 'perempuan bermusim' ni. Bukan sekejap pulak tu tempoh musimnya, 9 bulan sudah tentu, insyaAllah. Oops! dah terlajak pulak saya berbicara ni.

Agendanya, bertempat di Restoran & Cafe The Rain, Bangi. Tepat jam 3.00 petang saya bersama 'segerombolan' manusia yang kesemuanya dipercayai adalah kaum kerabat dan kroni-moni sahaja, tiba di hadapan restoran. Kemudian berjalan masuk sambil bersalam-salaman dengan para hadirin, ala-ala YB yang baru menang kerusi DUN tempohari :P

Setelah memperkenalkan rombongan kroni-kroni saya pada puan pengerusi majlis (ada yang tak sempat diperkenalkan pun, sebab kroni-kroni cilik saya ramai yang sudah hilang, menyerbu masuk ke dalam restoran, isy 3x...)saya pun mengambil kesempatan untuk terus saja bertemu buat kali pertamanya (setelah lebih setahun berkenal-kenalan di blog saja) dengan novelis yang tak asing lagi, Encik John Norafizan. Di antara karya-karya hebat beliau yang sempat saya baca sebelum ini ialah Sempadan Tanpa Seri dan Cinderella Cinta. Kini saya sedang menikmati karya terbaru beliau Garis-Garis Dejavu. Ternyata buku itu pun seakan melekat terus di tangan saya sejak muka surat pertama saya baca.

Majlis hi-tea sempena pelancaran novel kami, telah berjalan dengan sungguh sempurna dan santai. Saya bagaikan sesat dalam hutan rasa untuk seketika. Sukar menafsirkan apakah perasaan saya sendiri pada waktu itu. Bertentang mata dengan ahli-ahli kelab Ulat Buku yang masyhur itu, diri terasa bagaikan sedang bermimpi.

Jutaan terima kasih buat Kak Su dan Kak Yah. Tak lupa juga kalungan terima kasih paling istimewa buat ahli kelab Ulat Buku yang masyhur lagi ternama itu. Seorang penulis kecil seperti saya ini, bagaikan tenggelam dan lemas gara-gara cuba menandingi kemasyhuran mereka hahaha!

**Gambar - saya bersama En John dengan salah seorang penyokong kecil saya (berbaju biru) :D

6 comments:

Iza'Izz said...

Selalu yg besar bermula dr yg kecil... berusaha dan bersabar, tentu 'ekau' juga akan menjadi org 'besau'...

Manjlara said...

izz, jd yg kecik2 sampai bila2 pun takpe, aku redhoo hehehe!

john norafizan said...

Salam,
Lara, kiter ni macam berjanji plak letak gambo yang sama! ekekeke... btw, gambo tu saya amek dr laman multiply lara gak :) :)

Manjlara said...

JN, salam... gambar tu mmg utk tatapan sumer, takde hal amik je :)

Mak Su said...

wow! teruja bila membacanya... terasa amat kecil. saya ni bagaikan seketul debu yg berterbangan di tiup angin.

Manjlara said...

maksu, saya pula persis sebutir pasir saja, sama2 kerdil huhu!