Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
mahu ia berbilang
dikumpul semuat ruang
diguna mengikut peluang
ditendang bila radang
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
bilangannya ramai
warnanya pelbagai
punya kasta dan nilai
ada bodoh dan ada pandai
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
berderet koleksi
megah tak terperi
ada sepatu yang tinggi
ada sepatu yang ranggi
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
di kala warna keruh
dicampak ia lusuh
dibakar bagai musuh
kotor tangan jika dibasuh..
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
dipakai bila perlu
dibuang waktu mahu
disorok kala berbau
disumpah jika malu
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu??
ibarat mengumpul sepatu
mahu ia berbilang
dikumpul semuat ruang
diguna mengikut peluang
ditendang bila radang
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
bilangannya ramai
warnanya pelbagai
punya kasta dan nilai
ada bodoh dan ada pandai
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
berderet koleksi
megah tak terperi
ada sepatu yang tinggi
ada sepatu yang ranggi
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
di kala warna keruh
dicampak ia lusuh
dibakar bagai musuh
kotor tangan jika dibasuh..
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu
dipakai bila perlu
dibuang waktu mahu
disorok kala berbau
disumpah jika malu
Mengumpul teman
ibarat mengumpul sepatu??
2 comments:
teman macam sepatu...memang kita perlu teman utk melindung diri dr kekotoran...menjadi teman bila berjalan atau berseorangan...
Tapi itu di luar,yea...kat Mesia x pakai sepatu dlm rumah, camne tu...kat UK adala...sebab sejuk.:D
oh, itu perumpamaan aje...buat yg memandang rendahnya sepatu itu, namun tidak bagi yg tau menghargainya :)
Post a Comment