Pages

Monday, March 31, 2008

Nasib si genius matematik!

Hmm...sedihnya baca Kosmo harini. Kisah Sufiyah Yusuf yang khabarnya semakin dirundung malang. Meskipun 'malang' yang menimpa mungkin atas pilihannya sendiri. Namun siapalah sangka? jiwa manusia yang sekerdil kita ini mampu memberontak hingga ke tahap yang tak tercapai dek akal?

Bermula dengan kisah geniusnya yang seawal usia 13 tahun di Oxford, kemudian melarikan diri dari universiti itu pada tahun ketiga pengajiannya. Ditemui beberapa minggu kemudian di sebuah cyber cafe, menjadi pelayan hotel. Kemudian Sufiyah dikatakan kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian, namun tergendala juga gara-gara bertemu jejaka pilihan hatinya, seorang peguam muda bernama Jonathan Marshall. Mereka akhirnya mendirikan rumahtangga.

Bagaimanapun, rumahtangga mereka tidak kekal lama. Setelah setahun, Sufiyah kini dikatakan tinggal menyewa di sebuah flat kecil. Berita lanjut boleh dibaca di akhbar Kosmo hari ini.

5 comments:

CikguZue said...

Walaupun genius, setiap orang masih memerlukan org yg boleh memberi panduan dan nasihat terutamanye ibu dan bapa...lebih2 lagi jika hidup dlm masy xde panduan agama...

Mak Su said...

alamak, ni yg sedih ni. mungkin potential dia belum dikorek atau belum ditemui sepenuhnya.

kaknOOr said...

Masa kisah dia paparkan akak berada disana...khabar2 angin mengatakan ada dalang mengapa sufiyah lari dari rmh....akhirnya terbukti juga.....Keluarga memainkan peranan utama dlm pembentukan anak2.

Ummihana said...

Bila kita tak tanam rasa bertuhan dan rasa diri hamba pada jiwa anak2, kita merosakkan ruh mereka yg suci....terbukti, kepandaian ilmu tidak dapat membantu dalam menolak perkara mungkar dari berlaku....

Takuti dan cintailah Tuhan.....

ManjLara said...

cikgu - betul tu!

maksu - wallahualam, hrp sesatnya tak berlarutan...

kaknoor - oh, gitu kesahnya ye? sian dia... sbb kuarga dia jd camtu :(

ummihana - betul tu, hidup berlandaskan agama tu patut seiring.