Pages

Tuesday, March 18, 2008

Mereka


Mereka adalah bekas teman-teman seperjuangan saya. Kami bekerja di bawah satu bumbung hampir 15 tahun lamanya. Berbagai kisah suka dan duka kami terokai bersama. Memang seronok bekerjasama selama tempoh yang agak panjang itu. Tapi hakikatnya, kami masing-masing ditugaskan di jabatan yang berbeza. Nina dan Zalifah di bahagian Finance, saya dan Kak Syima pula di dua jabatan sales yang berbeza. Waktu makan tengaharilah yang kami tunggu-tunggu selalunya.

Namun, bumi manalah yang tak ditimpa hujan kan? selalu juga ada pergeseran di antara kami gara-gara tidak sependapat dalam beberapa perkara. Kerenah birokrasi yang sengaja diwujudkan oleh pihak syarikat memaksa kami melupakan seketika erti persahabatan di antara kami. Yang pasti, kami semua terpaksa berdiri teguh dengan perkara-perkara yang diusulkan atau diputuskan oleh majikan masing-masing. Bak kata pepatah, diluah mati emak; ditelan mati bapak.

Kami adalah 'musuh' tika sama-sama mewakili jabatan kami untuk mesyuarat 'operational' yang diadakan setiap bulan. Bayangkan... memang ada perasaan yang akan tersentap tiap kali mesyuarat berakhir huhuhu!

Bagaimanapun, keesokannya... kami sudah boleh duduk semeja di gerai nasi ayam 'Ayahnda' semula hehehe! begitulah selalunya, bertengkar dan berdamai dalam sekelip mata saja.

Argh! saya jadi rindu 'bertengkar' dengan mereka sejak meninggalkan alam pekerjaan. Dan tanpa perancangan yang kukuh, saya bagaikan bermimpi apabila wajah-wajah mereka yang saya rindui itu tiba-tiba muncul pada hari pelancaran novel sulung saya di Bangi baru-baru ini. Cepatnya waktu berputar sehingga tak terasa selama lebih 2 jam kami duduk semeja berbual dan bertukar-tukar cerita!

5 comments:

Anonymous said...

salam...
seronok dpt jumpa kekawan,kan...lg yg sekepala ngan kita...

KV said...

seronok jumpa kawan lama. Mesti byk kenangan kan.

ManjLara said...

cikgu - alhamdulillah, terubat rindu rasanya :)

kv - a'ah borak sambil bergelak-ketawa mcm dulu2 :))

Mak Su said...

oh...sesi jumpa teman-teman lama ek... melepas rindu.

ManjLara said...

maksu - gitulah kiranya, sronok sangat :)