Pages

Tuesday, March 18, 2008

Cerita pagi Jumaat

Salam. Harini pun macam hari-hari biasa. Tiada apa yang istimewa untuk diceritakan sangat. Seawal jam 8.30 pagi, sebaik saja selesai menguruskan anak-anak ke sekolah, En Hubby ajak ikut dia gi breakfast kat luar. En Hubby harus ke Puchong untuk berjumpa klien pada awal pagi. Memandangkan urusannya itu akan memakan masa sebentar cuma, jadi saya pun tak kisah kalau ditinggalkan dalam kereta.

Kelebihannya keluar jalan-jalan waktu pagi ni, pertama tentulah saya akan dapat menghabiskan masa dengan suami...of course! kemudian akan breakfast yang special sikit dari hari-hari biasa :P, macam tak caya, pukul 10.00 pagi dah duduk kat food-court Mid Valley :D Sambil-sambil menunggu tu, saya juga sempat menghabiskan bacaan novel saya. Isy, bukan senang nak habiskan bacaan untuk sebuah buku setebal 600 m/s ke atas tau! nak-nak pulak kalau si pembacanya adalah saya huhu!

Tabiat buruk saya dari dulu hingga sekarang, suka baca baris-baris ayat yang ditulis bermakna atau perenggan-perenggan yang terkesan di hati saya itu berkali-kali :P sudahnya, buku yang boleh dihabiskan 2 hari, akan jadi seminggu!

Kalau nak baca ulasan buku saya tu boleh baca di sini.

0 comments: