Pages

Tuesday, March 18, 2008

Hujan


"Isy, hujan lagi...!"
"Kenapa? kau tak suka hujan?.."
"Lecehlah! semua kerja tergendala..."
"Hujan tu rahmat..."
"Yelah, tapi kalau hari-hari hujan, susah jugak..."

Saya cuma tersenyum pandang Asmah. Saya tahu Asmah sekadar melepaskan sebuah keluhan. Tidak bermaksud untuk memperlecehkan kejadian Tuhan. Nau'zubillah.

"Aku suka hujan. Hujan mendamaikan hiruk-pikuk. Hujan mendinginkan kehangatan. Hujan mengajak manusia berhenti seketika dengan urusan dunia. Kau tahu? waktu hujan-hujan begini, doa kita akan mustajab tau?.."

Itu kata saya. Saya harap Asmah faham dengan terjemahan 'hujan' menurut kacamata saya. Kita manusia juga tak jauh beza sifatnya dengan cuaca. Ada sesekali kita akan terasa seperti hendak menangis. Dan setelah menangis, hati kita rasa lega dan puas.

Sesekali juga kita akan melihat garis-garis pelangi terwujud selepas hujan. Bukankah itu sebuah lagi karya Tuhan yang maha agung?

7 comments:

aziemin said...

"engkau tibaaaaa bagaikan pelangiiiii....tak bercahyaaaa namun ko berseriiiiii... tapi cukup mengiburkan hati iniiiiii..."

uwaaaah, kembalikan masa2 indah itu padaku...

aziemin said...

mse kt kg dulu, aku suka dok kt serambi tgk hujan turun setitik setitik, cantik terpercik kt tanah/jalanraya. ske jugak suasana selepas hujan. tenang, sejuk dn suke bau alam selepas hujan...hmmmm...

cikguzue said...

teringat mase main ujan kecik2 dulu dgn adik bradik...sampai biru...heheh
p/s cantikla plangi tu...snap kt dpn rumah ke?

dEW! said...

Hujan bagaikan tangisan kegembiraan buat alam yang dilanda kemarau. Dan pelangi, mencetuskan gabungan tujuh warna yang sungguh indah.

Manjlara said...

azie - erm.. aku pun ske ngan ujan. tapi skrg dh jarang2 nampak pelangi huhu!

cikguzue - a'ah, lepas sronok main ujan, masuk umah kena tibai ngan tali pinggang ngee!

dewi - betul dewi, hujan bagaikan tangisan :)

blackpurple @ jowopinter said...

Hujan atau panas itu tetap ada hikmahnya. Kalau melihat secara positifnyalah. :)

Manjlara said...

blackpurple - kedua-duanya beri manfaat yg tak ternilai.