Pages

Sunday, November 24, 2013

Tiket mahal ke Arau

Semalam hari terakhir Harith cuti sem. seminggu sebelum berakhir cuti kami dah belikan dia tiket bas balik Arau di Perhentian Duta. Atas permintaan dia juga, supaya tidak kelam kabut katanya. Memang betul, tiket banyak dah habis, tiket perjalanan KL-Kangar yang tinggal hanya pada pukul 1am. Kami booked yang itu. Kali ini kami tak dapat hantar dia dengan kereta ke Arau sebab Nadia masih dalam tempoh 'kuarantin' kerana SPM hehe.

Cuti 6 minggu tu dihabiskan di rumah saja, hanya minggu pada minggu terakhir tu Incek Nunn ajak dia off-road ke Sg Lembing lagi. Memang banyak permintaan ke Sg Lembing tu akhir-akhir ini, ramai orang nak tengok air terjun pelangi tu dari dekat sejak Incek Nunn gembar-gemburkan mengenainya di Facebook.

Incek Nunn sendiri dah beberapa kali pergi, dan beberapa hari lepas pergi lagi demi menyempurnakan hajat kawan-kawan. Kali ini Incik Nunn bawa Harith dan Syahmi sekali. Itulah 'percutian' jarak jauh Harith pada cuti kali ini. Selain itu dia ada juga ke Broga dengan bekas kawan-kawan sekolah. Selebihnya, masa cuti dia hanya di rumah dan keluar dekat-dekat lepak dengan kawan-kawan.

Semalam, saat akhir nak hantar dia ke Perhentian Duta, kecoh pasal tiket bas hilang. Haish, budak bertuah betul! Taknak kelam kabut, jadi kelam kabut juga sudahnya. Sampai saja Perhentian Duta, Incek Nunn terus 'slow talk' dengan kerani tiket di kaunter, solusinya - kena tunggu semua penumpang penuh dulu dan tengok kalau benar ada satu seat kosong. Ingatkan tak perlulah bayar lagi, rupanya kena bayar juga harga tiket baru, ciss! Tiket bas balik Arau Harith kali ini berharga hampir RM90!

Tapi dah salah sendiri, redho je la. Harap Harith dapat banyak moral darinya. Sayu juga lepaskan dia balik arau dengan bagasi besar sendirian. Tapi....saya tak risau, Allah ada :)

Pagi tadi dapat mesej Harith, dah selamat sampai Arau, Alhamdulillah. Ya Allah, doaku hanya semoga Allah permudahkan urusanmu pada sem 4 ini dan semoga terus istiqomah menimba ilmu kerana Allah, amiiin.

#sayang semua anak ibu ketat-ketat ;) <3

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: