Pages

Saturday, November 23, 2013

Terima kasih Tuhan kerana mendatangkan Aisyah

Itu antara bait lirik sebuah lagu dalam filem Balada Pencinta. Yeay! Dah tengok filem tu akhirnya. Bukan minat sgt tgk filem2 gitu sebenarnya. Tapi tiap kali iklan filem tu kat tv, rasa sedapnya suara yang menyanyi lagu 'anak kampung' oleh Jimmy Palikat tu. Harith kata, dlm filem tu guna suara Khir Rahman. Owh, hati tambah teruja nak dengar lagu versi Khir Rahman tu sampai habis.

Banyak lagu yang dinyanyikan semula oleh Amir (Johan Asari) dalam filem tu, dan semuanya guna suara Khir Rahman, masya Allah sedapnya suara dia. Lagu ciptaan dia sendiri pun ada, sedap!

Okay, bab lagu passed! Datang bab cerita, memang tak sangka banyak juga adegan aksi. Dengar tajuk macam cliche, tapi not bad, saya rasa filem arahan Khir Rahman ini tak mengecewakan saya. Tak pasti pula ini filem arahan ke berapa beliau. Tapi saya enjoy tengok dan tak boring.

Dalam filem ini, Johan Asari masih 'karlos' walaupun masa kenal Aisyah dia jadi mat jiwang kejap hehe. Dia bekas seorang gangster yang mahu berubah menjadi insan lebih baik. Siti Saleha sebagai Aisyah, tak ketara sangat antara watak-watak yang dipegangnya sebelum ini, dan dia nampak sweet sangat sebagai Aisyah. Saya paling suka melihat watak Sein yang sungguh berbeza. Dia pandai memainkan wataknya. Saya juga sukakan kemunculan Faizal Hussien, dia memang sudah kategori otai nampaknya. Azhan Rani semakin menyerlah bakat lakonannya, saya terkesan dengan watak beliau sebagai seorang lelaki yang terlalu mempercayai tunangnya, sehingga akhirnya dia bunuh diri setelah mendapati tunangnya berselingkuh. Jalaluddin Hassan sangat cool sebagai ayah. Dian P Ramlee sebagai ibu yang tegas dan garang, tapi babak dia curi-curi dengar perbualan suami dan anaknya tu agak kelakar hehe

Semoga Khir Rahman terus gigih berkarya lagi selepas ini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: