Pages

Thursday, November 3, 2011

hari ke3

Malam selasa, pukul 9 dia sampai sana. Walaupun sakit kepala yg agak berat melanda, aku tetap gembira terima berita darinya. Sekurang-kurangnya aku tahu dia selamat sampai.  Esoknya, Rabu malam aku sms dia lagi, dia suruh guna nombor hp 017, tak perlu guna nombor kongsi dia dgn kawannya tu, lega sikit dengar khabar tu. Yelah, aku ni jenis yang jaaaaaaaarang sangat berjauhan dgn dia, jadi bila berjauhan aku risaukan dia. So, kalau nak sms kerap sikit, taklah rasa segan sgt sebab tak payah guna nombor kongsi dgn kawan dia tu. Aku kat sini, walau sakit pening pun masih selamat, insyaallah. Sebab aku berada di tanah air aku sendiri. Aku cuma risaukan dia, di tempat orang. Macam2 ancaman datang dalam kepala aku ni. Entah dia faham ke tidak karenah lazim aku ni? Entah dia reti ke tidak memikirkan aku yang serba tipikal ini?

Malam rabu kami bertukar sms lagi, kepala aku masih sakit. Memang tak mampu nak duduk2 sangat, asyik terbaring aje. Panadol pun tak jalan, ubat sakit kepala/tengkuk dari klinik tu ok la sikit. Tapi tetap buat aku terdampar atas katil, masak pun jenuh bergagah. Itulah cara aku berkasih-sayang dengan anak2, walau tak setiap hari mengucapkan 'ibu sayang kamu semua', tapi aku tetap usaha sediakan keperluan diorang mendahului keperluan aku.  Aku harap diorang menghargai secebis pengorbanan ibunya ini.  Sepanjang2 hari aku melayan kepala aje atas katil.  ALLAH, nikmatnya sihat bila KAU datangkan sakit walaupun hanya untuk  dua hari.  Aku masih perlu banyak bersyukur dan berterima kasih kepadaMU, ampunkan aku YaRabb,,,

Ini malam ke3. Malam Khamis.  Seharian aku tak terima sms dari dia, walaupun dah 3 sms aku kirim.  Dia ada masalah ke? Mungkin dia tak sempat cas bateri hp,,,,,itu saja ayat yang mampu pujuk kegusaran di hati.  Menghitung detik sehingga tibanya hari Sabtu.  Semoga dia baik2 saja di sana.

*mL

2 comments:

Faaein Talip Roy said...

Salam..

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat sis manjlara... semoga berbahagia bersama keluarga tercinta. ^^,

ManjLara said...

salam Faaein,

salam aidil adha juga, semoga kita semua menjadi hamba-NYA yang berbahagia, amiiin. :)