Pages

Friday, November 25, 2011

Buta

Orang kata; biar buta mata, jgn buta hati. Bila difikir-fikirkan, ada betulnya juga. Kalau org tu buta mata, kita tak marah kalau dia jalan sambil terlanggar sana-sini. Tapi kalau org yg buta hatinya, dia hanya nampak apa yg ada pada dirinya saja. Oleh itu, dia tidak pernah memikirkan akan kewujudan org lain di sekitarnya. Maka selalulah akan terjadi pergeseran perasaan, kerana si buta hati seenaknya 'melanggar' hati dan perasaan org2 di sekelilingnya.
Contoh:
Tak ada duit - dia akan kerja
Bila lapar - dia pandai cari makan
Bila penat - dia tidur mcm 'mati'
Bila bosan - dia hadap internet
**kalau diperhatikan jadual hidup seorang yg buta hati, hidupnya hanya ada: dia, bersama: dia, dan untuk: dia sahaja. Dia kerja utk wang, bukan utk sesiapa, dia tak akan cari sesiapa utk makan, dia juga tak kisah kalau tidurnya tidak dikejutkan oleh sesiapa pun, dan hobi/hiburannya di waktu lapang juga tidak pernah dikongsi dgn sesiapa.

Rumusannya: kalau kita berterusan amalkan gaya hidup mcm ni, mmg kita akan mudah terkena penyakit 'buta hati'. Kita seolah-olah hidup dlm dunia kita sendiri, dan semata-mata untuk diri kita sendiri. Kita akan 'buta' dgn org2 di sekeliling kita. Kita selalu 'tidak perasan' akan kewujudan mereka. Dan perkataan 'cinta' atau 'sayang' semakin hari semakin jauh meninggalkan kita yg begitu asyik dlm dunia kita sendiri.

*mL

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: