Pages

Thursday, June 9, 2011

39

Selamat ulang tahun untuk saya! 39 tahun sudah usia anak emak yang nombor 3 ini, dua hari lepas. HAHA apa perasaan saya ye? rasa macam makan nasi hujan-panas aje, warna-warni. Macam makan rojak pun ada, bercampur-aduk. Sejak kecil saya tidak pernah mengharapkan apa-apa untuk harijadi saya. Kadang-kadang, saya sendiri terlupa akan tarikh hari jadi saya. Sudah terbiasa agaknya, dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpendapatan rendah/sederhana. Jadi, soal sambutan hadiah harijadi, apatah lagi soal hadiah harijadi tidak pernah saya fikirkan, baik secara suka-suka, mahupun secara serius.

Tapi bila mula berkenalan dengan EH kira-kira 20 tahun yang lampau wah, dah kategori 'pengantin antik' dah saya ni ek? (dua tahun usia perkenalan, 18 tahun usia perkahwinan ahaks!), barulah saya merasai nikmat yang sering diperkatakan orang tentang hadiah harijadi. EH selalu berikan saya sesuatu untuk meraikan harijadi saya, walaupun saya tak pernah meminta. NIKMATNYA? susah saya nak gambarkan dengan kata-kata. Kerana saya selalu rasa bersalah di atas susah-payah orang untuk saya. Saya selalu bimbang jika diri saya ini akan menyusahkan orang. Tapi perasaan paling jujur yang lahir tika itu ialah - amat tersentuh dan terasa diri dihargai. Jadi itulah nikmatnya, kut.

Itu saja? selebihnya, bagaikan ada terselit rasa terhutang budi la pulak hehe. Iyalah, bukan senang orang nak mengingati hari kelahiran kita kan? bagi saya, jika ianya diingati, malah diraikan, ia tentulah suatu perbuatan yang tulus. Tiada paksaan. Pernah saya melihat salah seorang kawan saya sangat gusar dan amat ternanti-nantikan hari ulang tahun kelahirannya, beberapa hari menjelangnya hari itu. Naik cemas saya melihat dia yang tak tentu arah, kala itu. Apakah memang benar, menanti hadiah kejutan pada hari ulang tahun kita itu sangat membahagiakan dan harus diraikan?

Entah ek? jujur saya katakan, saya tak pernah buang masa dan perasaan untuk hal-hal seperti itu. Kalau ada, adalah. Kalau tiada pun, saya tak apa-apa. Tidaklah sampai saya mahu merajuk dan membentak-bentak demi sebuah ingatan yang tulus. Malah saya lebih mengharapkan supaya tiada seorang pun yang akan mengingati harijadi saya, cukuplah hanya saya dan Tuhan saja yang 'meraikannya' dalam doa.

Tapi tahun ini saya sudah menerima 'hadiah besar' dari-NYA. Terima kasih ALLAH! Mana pernah saya bermimpi untuk 'keluar muka di akhbar'. Tak pernah saya berangan-angan supaya novel saya terpilih untuk dibuat penilaian lima bintang di surat khabar. Tapi siapa sangka, bidang yang saya anggap sekadar suka-suka dan cuba-cuba ini, rupanya tidak pernah 'main-main' dengan saya. Apakah itu isyarat dari-NYA supaya saya serius mengerjakan bidang ini? Yang pasti, itu adalah isyarat dari-NYA, betapa hak setiap hamba-NYA itu tidak pernah dipinggirkan, meskipun hamba-NYA yang satu ini sering saja merasa dirinya tidak pernah dipedulikan HUHU. Apa pun, ianya kenangan paling manis buat saya pada tahun ini, dan akan saya kenang sampai bila-bila.

2 comments:

Azie Amien said...

wahhhhhh... kuar paper ye? tak ingat pn nk bgtau kita eh.... kecik ati kambing tau..

Arga Wijaya Hardy said...

mampir juga ke blog saya http://mencoba-sukes.blogspot.com/