Pages

Tuesday, May 31, 2011

Ipoh


27-5-11, bertolak dari KL selepas solat Jumaat. Tiba di Ipoh hampir menjelang Maghrib. Saya tak pernah (bercuti) ke Ipoh, sebelum ni hanya singgah atau masuk sebentar untuk makan sebaik turun dari Cameron Highlands atau pulang dari Parit Buntar. Kali ni EH ajak join kawan-kawan dia menyertai perjumpaan tahunan MAOC (MyAlzaOwnerClub) di sana. Kalau ikutkan hati, malas aje nak berkemas-kemas untuk trip yang hanya dua hari tu. Tapi bila mengenangkan cuti sekolah, rasa tak sampai hati pulak nak biarkan anak-anak terperap aje kat rumah.

Hotel Syuen yang antik...

Malam tu dinner di Restoran Lepak Santai (mi kari dengan jus amra + asamboi dia superb!)

Apa kes? ni la kesnya...nak menyatupadukan umat Alza yang ramai-ramai nih...

HANYA KAMI...seronok la, bila dikawal ketat dengan iringan polis trafik dengan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi bertindak sebagai marshal.

Lebih kurang 128 buah Alza seluruh Malaysia yang berjaya 'dikumpulkan' di Dataran Lang, Ipoh haritu. Lepas bermesyuarat secara ringkas kami terus dibawa ke Restoran Sabar Menanti untuk acara seterusnya (lunch buffet, auto show, carbooth sale, peraduan mewarna, perlantikan AJK yang baru, lucky draw dan meminitkan mesyuarat MAOC 2011). Saya dengan anak-anak tak tunggu sampai acara tamat apa kejadahnya ye tak? sebab anak-anak pun dah sibuk nak terjun tiruk kat swimming pool hotel yang berada di tingkat 11 tu. Takpe, biarlah EH nak tunggang-terbalik dengan kawan-kawan dia. Itu memang kawan-kawan dia pun, sesekali jumpa ater nak berlabun sampai ke subuh pun, gasak dema ler..



Lepas EH hantar kami anak-beranak balik hotel, saya sempat online kat lobi hotel sekejap, sementara anak sulung saya bawa adik-adiknya mandi-manda di kolam renang. Puas online, saya naik ke tingkat 11 untuk join anak-anak. Hisy, tak kuasa la nak terjun kolam sama, cukup la saya duduk kat tepi sambil2 perhatikan diorang, sambil2 baca novel. Hmm...memang nyaman!

Penat duduk tepi kolam renang, hari pun makin tinggi saya ajak anak-anak balik ke bilik. Udah-udah la tu, esok ada lagi. Sampai di bilik, EH masih belum nampak batang hidungnya pun. Tak habis lagi 'mesyuarat tak rasmi' la gamaknya tu. Waktu saya mandi, barulah dengar suara EH baru balik. Nampak EH bawak balik hamper, apa lagi tak sampai 5 minit habis semua diorang kekah. silap awak juga, tak stock-up tidbit langsung kat bilik, maunya tak kelaparan masing-masing, nak-nak lepas berendam berjam-jam dalam air. Lepas tu boleh aje EH ajak budak-budak tu mandi kolam lagi??? tak kesah la, saya dah tak larat nak duduk tepi kolam. Kalau EH nak ambil alih pulak, silakan. Saya ada agenda tersendiri hehehe

My food tray! sesi memanjakan diri. Teh tarik dengan Fettuccine carbonara for myself HOHOHO. Heaven beb!

Malamnya ada acara bowling di Ipoh Parade, tak jauh dari hotel, so jalan kaki je la. Pun saya biarkan EH dengan anak-anak aje yang ambil bahagian, saya lepak kat kafe boling dengan novel saya sudah la. Habis boling, dekat pukul 12 malam, menapak la balik ramai-ramai ke hotel. Lepas solat Isyak semua kaboom. Esoknya lepas breakie, layan anak-anak kat swimming pool lagi (last call). Lepas tu kemas-kemas baju dan check-out balik KL. On the way tu mesti la singgah gerai jual limau tambun yang famous tu kan? kan? kan? kan?

0 comments: