Pages

Saturday, August 15, 2009

Renjatan emosi



Selongkar foto2 dalam file kat pc ni. Duh, banyaknya... berselerak gambar yang entah bila di-snap dan bila pulak en hubby pindahkan ke pc ni uhu! gambo gi shopping kat Giant pon ade heheh! patutla semak. Tu Mimy, tengah syiok layan buah kiwi dari NZ. Itulah aktiviti kegemaran Mimy kalau ke hypermarket, melangut kat kaunter promosi produk aje kejenye, tu kiwi tu ntah untuk kali yang keberapa dia test huhu.

Erm.. berbelanja; rutin yang agak lama juga sudah kutinggalkan. Bukan tak berbelanja langsung, isy mana boleh kan? nanti tak berasap pulak dapur kat rumah tu. Cumanya aku masih cuba mengelak untuk keluar berbelanja di tempat-tempat yang menjadi tumpuan awam. Yelah, dengan ber-anak kecil ni, aku tak mahu ambil risiko. So, keperluan dapur aku perolehi di kedai2 runcit berdekatan rumah aje. Belanja sikit-sikit, ikut keperluan, tapi agak kerap.

Bukan tu saja. Tiada lagi lepak2 sambil ngeteh2 dan melawat kedai2 buku di KLCC dan Midvalley lagi, seperti kebiasaan yang aku lakukan setiap minggu/2 minggu. Sampai bila? wallahualam. Mungkin aku terlalu paranaoid dengan berita H1N1 yang saban hari dilaporkan di media. Takut/cemas/risau/resah/trauma... dan perkataan2 yang sewaktu dengannya.

1 comments:

KAMATO said...

Elokla kita waspada pasal H1N1 ni