Pages

Wednesday, August 19, 2009

Kerana terlalu sayang...

Ti, kalau kamu jadi cam saya ni, barulah kamu tahu nikmat rezeki yang sebenarnya. Bukanlah nak cakap apa, tapi sejak rezeki saya kat schmidt Allah 'tutup', sudahnya saya terpaksa pasrah dan sedar diri. Kehidupan saya bagaikan 'back to basic' semula. Saya terpaksa belajar untuk meminimumkan setiap perbelanjaan rumah, sedangkan sebelum ni saya tak pernah berfikir 2 kali untuk belanjakan duit saya walau untuk perkara yang tak diperlukan sangat pun.

Saya bukanlah NAK SANGAT berenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa (atau jadi 'surirumah yg berjaya' macam yang kamu perli saya haritu, uish.. terasa gak tu). Macam orang lain jugak dan macam kamu jugak, saya nak duit saya sendiri. Tapi macam2 dugaan saya lalui kat schmidt yang akhirnya memaksa saya berhenti kerja jugak akhirnya. Dari hal management, skop kerja, kawan sekerja, bab increament toksah cakaplah... rasa macam tak berbaloi aja usaha saya selama ni. Semua tu buat saya berfikir semula patutkah saya terus bekerja dan tinggalkan anak2 untuk perkara2 yang tak berbaloi ni?? anak2 membesar hanya sekali saja. Bila diorang dah besar panjang, diorang takkan kecik balik jadi baby untuk saya tengok-tengokkan bila dah pencen kerja nanti. Tiba2 saya terasa rugi pulak berhempas pulas cari duit kat luar, sedangkan nanti saya dah tak berpeluang tengok anak2 membesar depan mata.

Sedang saya dok celaru dan dilema tu, tiba2 pulak Mimy buat hal. Masa tu Mimy keliru, kenapa dia perlu dihantar ke taska selepas sesi tadika dia tamat, sedangkan murid2 lain semuanya balik kerumah masing2. Saya ingat lagi, masa tu Harith yang baru darjah 6 tu, ditugaskan untuk ambil dia di tadika, kemudian hantar dia ke taska sebelum Harith bersiap untuk ke sekolah, dia sekolah petang masa tu. Sungguhlah sibuk ibu dgn abah diorang ni cari duit huhu! Sejak tu, balik aja dari kerja, umi Mimy kat taska selalu bagitau saya yg Mimy selalu nangis tak henti2 dan berkurung dalam bilik sebab nak balik kerumah. Mula2 saya ingatkan untuk seminggu dua aja dia macam tu, lama2 hilanglah tabiat dia tu. Tapi lepas sebulan pun dia tetap macam tu, sampai naik kurus badan dia :(

Sebab tu saya ambil keputusan drastik, berhenti kerja. Saya tak boleh kompromi lagi nampaknya. Tak boleh pentingkan diri sendiri lagi demi prinsip saya yg konon-kononnya nak sangat pegang duit sendiri tu. Saya rasa itu petunjuk dari Allah. Tak puas hati dgn gaji dan kerja - itu petunjuk pertama, patutnya saya dah berhenti kerja masa tu. Tapi saya takmo fikirkan hal2 remeh temeh tu sangat, saya teruskan jugak kerja (dgn hati yang kurang ikhlas). Sbb tu saya kata, Allah tu sayangkan hambaNYA, DIA beri saya petunjuk kedua - Mimy unhappy kat taska. Nah, apa ditunggu lagi? Alhamdulillah, lepas berenti kerja, saya automatik terus praktikkan apa yang saya rancangkan dari awal - belajar bersyukur, dan makan/pakai apa saja yang ada/yang disediakan oleh suami. Perit jugak mulanya, sebab tak biasa. Saya biasa bebas berbelanja, tiada sekatan. Dan tiba2 saya terpaksa belajar untuk 'berpuasa'...?

Belajar bersyukur tu penting. Sangat penting. Bila saya banyak bersyukur, rupanya Allah bukakan lebih luas pintu rezeki. Lama-lama barulah saya perasan, en hubby mampu menyara keluarganya walaupun tanpa bantuan saya. Buruknya perangai saya selama ni kan? sebab selalu bersangka buruk dgn dia, konon dia tak mampu nak tanggung saya dgn anak2 dgn pendapatan dia yang tak menentu tu... (semoga Allah ampunkan dosa saya). Baca dan renung-renungkanlah apa yang saya tulis ni. Setidak-tidaknya, bila kamu rasa ekonomi keluarga kamu cam kurenggg je, anak2 ramai, tanggungan meningkat, gaji tak naik... bersykurlah sebab Tuhan belum lagi tutup pintu rezeki Dia kat kamu :)

******

Itu balasan email dari saya buat seorang teman lama yang tinggal jauh di Melaka. Bukan niat nak tunjuk pandai, jauh sekali nak mengajar. Bukan jugak saya katakan teman saya itu tak reti bersyukur, tidak..tidak! Hanya kerana sayang. Semuanya hanya kerana sayang. Apabila saya pernah melalui pengalaman perit, saya tak mahu kawan2 yang lain turut merasainya. Percayalah, nikmat Tuhan tu ada di mana-mana. Nikmat bernafas, makan, minum, tidur, rehat, tenang ...apa saja yang kita lalui tanpa sebarang sekatan atau halangan, itu dinamakan nikmat. Jangan nanti, kerana sering merungut, Dia akan tarik balik semua rahmat dan nikmat-NYA itu...Subhanallah!

1 comments:

Iza'Izz said...

yup....bersyukur dgn setiap apa yg diberikanNya... kasih sayang tuhan itu lebih besar n luas pada hamba2nya...

p/s - aku bersyukur dpt kawan mcm ko..hehehe