Pages

Wednesday, May 7, 2008

Cerita di Wfm 88.1

Mulanya, saya agak keberatan (sgt keberatan) bila diberitahu oleh pihak JS tentang temubual yang dijadualkan utk saya dengan Wfm 88.1 pada hari ini. Bukan sengaja nak tunjuk ketegaq (kata org utara), tapi sebenarnya saya sangat kurang bersedia (ampun Kak Yah & Kak Su!) Bagaimana mungkin saya bersedia? jika dj yang bertugas itu bagi saya seorang yang sangat otai di bidang penyiaran ini... dan saya? cuma penulis cuba-cuba aja (aduhai, rasa kerdil sungguh!)

Dulu kan, sekitar tahun 90an dulu, dialah juruhebah yang sangat popular di ibukota Kuala Lumpur ini. Saya mendengar programnya setiap pagi di RMKL (Radio 3 ibu kota). Sering jenaka dan celoteh spontannya mencuit hati para pendengar, termasuk saya. Lalu perjalanan selama hampir sejam di dalam bas mini nombor 11 yang membawa saya ke pejabat setiap hari bagaikan tidak terasa, memandangkan saluran itu sering menjadi pilihan para pemandu bas. Oh, waktu itu saya baru saja tamat kursus kesetiausahaan di Bedford Girls College dan terus memulakan tugas sebagai setiausaha peribadi kepada seorang peguam yang mengendalikan kes matrimonial di Skrine & Co., Jalan Mahkamah, KL. Huhu! kenangan itu...

Kalau tanya apa yang saya paling ingat tentang juruhebah Zainaldin Zainal ini, tentunya tentang lagu-lagu Datuk Sharifah Aini dan Engelbert Humperdinck yang sering diputarnya setiap pagi. Tak pernah terlintas pun di fikiran saya waktu itu akan dipertemukan (ditemubual) oleh Encik Zainaldin Zainal ini suatu hari. Sehinggalah pada hari ini, tepat jam 5-6 petang tadi bertempat di studio Wfm, Jalan Perumahan Gurney, KL.

Topik perbualan, tidaklah pula khusus kepada novel sulung saya bersama JS (sebagaimana yang saya rencanakan di kepala). Sebaliknya, soalannya banyak mengenai dunia bloger dan kupasan tentang entri-entri saya di blog aduss... daku sungguh tidak bersedia dan teramat shy gitu! nak-nak bila dia baca satu persatu ayat yang saya tulis di blog ini, uwwwaaa! sempat pulak dia klik page salah sorang contact saya di blog (cikgu Zue), ya ampunnn! lalu mulalah jawapan yang keluar dari mulut saya pun ala-ala tangkap muat jugaklah ahaks! namun saya akui, kesemua jawapan saya itu adalah jawapan yang jujur...kot! ye ke? eh, ntahlah!

Paling saya tak duga, bila En DJ tu menghubungi dramatis Rozie Othman secara spontan. Hanya isyarat tangan saja yang dinyatakan pada saya supaya bersedia untuk berbual di talian yang disiarkan secara 'live' dengan dramatis terkenal itu. Mahu tak mahu, saya angguk kepala juga :P (masa ni rasa cam dah nak terbersalin je kat dalam studio tu huhu!) sib baik semuanya berjalan lancar... Kak Rozie Othman pun sangat peramah dan mesra orangnya :D

Yang kelakau tu, punyalah nak 'cover line' (ala2 control ayu gitu...) bila ditanya saya suka dengar lagu-lagu yang macam mana? ntah mcm mana saya jawap lagu Rihanna?? (sdgkan tu lagu2 feveret anak2 saya LOL) pastu dia tanya, genre muzik bagaimana yang saya suka? ada ke saya jawap ballad?? hadoila... dah habis program tu, En Hubby sempat tanya, "Sejak bila minat ballad? abang ingat ayang suka rock kapak??.." tsk!tsk!tsk! adess... itulah satu-satunya jawapan yang saya kira agak kurang jujur!

Yang paling seronok, tentulah En Hubby! dia ada tugas 2 in 1 kat situ. Selain tolong snap foto saya dengan En DJ, dia juga seorang tukang ketawa yang sangat jujur lagi berjaya! setiap kali saya toleh belakang, mesti saya nampak pipi dia yang kembang dok gelakkan saya di belakang :\

Moral of the story: jangan cuba nak jadi jadi orang lain bila ditemuramah...

p/s - ribuan terima kasih untuk En Zainaldin yang sudi berbual-bual dengan saya yang bukan sesiapa ni :))

**Gambar boleh browse kat sini.

7 comments:

Anonymous said...

salam,

:D minggu depan ruby atau rnysa pula... akan mengalami dejavu ini ahaks

sempat ke en. hubby kirim salam dekat dj kesukaannya tu?

- kaksu -

ManjLara said...

hehehe! all the best utk diorang, dj kesukaan en hubby tader, di kat Sabah huhu!

Seorang Nazurah said...

Lara...

selamat dah lepas ujian ni. berdebarnya sy nak tunggu giliran sy. mintak2 dia tak terjah sy dgn soalan2 yg bleh membuatkan sy pitam...ahaha

(sy ni mcm afdlin shauki dlm cerita baik punya cilok, kena terjah jek nk pengsan!)

ManjLara said...

naz, hehehe! mintak2 takde sape yg pitam dlm konti tu, wat rilek jer ;)

CikguZue said...

Tahniah, Lara...wah dah smaken femes la, yea...teringin nak dengar apa yg Lara cakap masa tu...
Alahai apela gaknye yang dibualkan pasal blog picisan saya tu...
teramat malula saya ni...
*nak larik bawah kelambu*
*dan tutup lampu*

Mak Su said...

wah.. zainaldin zainal. satu nama yg fofler, bertuah you.

rock kapak? eerrmmm, me like rock kapak too.

rapheydhillo said...

Lara,
lama btul x jenguk kat sini. bestnye interviewed by ZZ.. Lepas ni sapa pulak nak interview nih?