Pages

Wednesday, March 12, 2008

Petua

Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.

Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan.

Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.

Artikel diperolehi dari email yang saya terima, kesahihan dan keberkesanannya tidaklah diketahui.

**Walaubagaimanapun, saya gemar meminum jus timun yang dicampur sedikit gula dengan perahan limau nipis, rasanya sungguh menyegarkan :)

3 comments:

Mak Su said...

(eh! kaler sudah tukar..? lebih menggiurkan mata)

ManjLara said...

oh gitu? hehehe...jgn menyakitkan mata udahler :D

CikguZue said...

salam...
waaa...di manakah aku...bagaikan memasuki alam serba baru...ngeehh
Timun ni saya suka buat ulam. Terutama yang kecik2, takde bijiknya...