Pages

Friday, February 29, 2008

Kisah 60 min yang panjang (bah. I)


Sudah kurenung
dalam kitab..
Makin kurenung
berdetup-detap..

---------------------------------

Kisah jantung saya yang berdetup-detap ni sebenarnya bermula sejak 27/01/08 lagi, apabila pihak Jemari Seni mengirimkan e-mail membentangkan jadual buat para penulisnya tentang hari keudara mereka di PutraFM nanti. Bagaimanapun degup jantung saya seakan reda sedikit bila jadual saya yang sepatutnya pada 21/02/08 telah diganti dengan Khairyn. Jadi saya diberitahu (oleh JS) hanya akan keudara di PutraFM pada 28/02/08 ngeee!

Bagaimanapun, tarikh 28/02/08 tu tiba jua. Hampir sebulan lamanya masa yang diberikan, saya tidak langsung mengambil peluang itu untuk menyediakan soalan (sbg mana yg disarankan ole JS). Hanya sehari sebelum itu, barulah saya terhegeh-hegeh nak mencari idea pasal soalan tu. Isy, saya ni bukannya penulis terkenal. Novel pun baru sebuah saja yang terhasil. Apa yang hendak saya soal pada diri saya sendiri ni? terlebih-lebih nanti, dikatakan p.e.r.a.s.a.a.n pulak!

Finally, dapat jugak saya sediakan 10 soalan semuanya. Puas saya menghafalnya (soalan & jawapannya sekali kekeke..), tapi entah kenapa rasa berdebar-debar tu tak jugak reda. En. Hubby kata, buat apalah nak berdebar-debar, bukannya satu Malaysia boleh dengar siaran tu, cuma radio streaming aje, kalau nak dengar kena melalui internet saja. Ah, senanglah dia cakap, macamlah dia tak kenal 'Puan Manjlara' dia yg serba clumsy ni....

28/02/08 pun tiba, saya bersiap ala kadar. Dah siap semuanya, saya bersedia naik kereta (En.Hubby dah menunggu dlm kereta). "Alamak! bang, kejap ya? tudung kepala saya ni terbalik..." tsk! tsk! tsk! punyalah ghoflah sampai pakai tudung pun terbalik! Bergegas pulak saya masuk bilik semula untuk membetulkannya. Isy, mana boleh... batu2 permata yg bertaburan tu duduk belah dalam jer!

Dah siap, saya sekali lagi naik kereta. Memang bajet masa dah lari. Tapi saya buat2 cool jugak. "Sorry Yang, bukak tingkaplah! aircond mmg bocorla..." kata En.Hubby. Dah sebulan saya dengar pasal aircond kereta dia yg bocor tu. Tapi dia masih tak bertindak rupanya. Mungkin menunggu aircond tu pulih sendiri, sekaligus menyatakan bahawa telahan mekaniknya itu salah. Adusss! Kanda... kanda... sampai hati kanda buat dinda camni huhu! thank you dear! for really making my day...kata saya dalam hati.

Akhirnya saya tiba dgn selamatnya di PutraFM dengan peluh dingin dan peluh hangat yang merambu di muka. Nafas jadi pendek-pendek sebab naik tangga. Temubual dimulakan beberapa minit selepas itu, dengan suara saya yang seakan tercekik bijik cempedak (gugup + semput!).

p/s - foto dan soalan2nya nanti saya masukkan kemudian, tunggu ye?...

11 comments:

Noor Suraya said...

:D :D

Lara,
walaupun masuk radio tak nampak tudung hitam berpermata merelit merelap tu... tapi sebagai Puan ManjLara, maintain ayu tu satu kewajiban, kan...

Iza'Izz said...

tahniah lagi dan lagi dan lagi..... my pren.

Mak Su said...

alahhhhh, kesiannyer kat manjlara.

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Lepas ini dah boleh masuk Hot.fm atau Era pulak... :D

ManjLara said...

birunila - betul tu kaksu. nanti kalau dj tu tertegur tudung yg kite pakai terbalik tu camne? siapa yg malu, En. Hubby jugak yg malu hehehe!

Izaizz - tq fren, err...tu ucapan tahniah tu yg mana satu? tang tudung aku terbalik tu ka?

maksu - uwwwaaaaa!

blackpurple - tq. Era? HotFM? takut gugup+semput saya tu bertukar menjadi sawan pula :D

Azie Amien said...

aku sakit ati tol ler...sebab aku x ley dengor..
smpi bila2 pun aku akn sakit ati....arghhhhh!!!

ManjLara said...

azie - asal ko jgn sakit ati kat aku dah ye? enjoy ur PSP k!

Unknown said...

Lara... tahniah. Masa tengah kalut tu ler, macam-macam menda jadik, kan... lumrah hidup... ahakz..

KAMATO said...

Tahniah.... moga berjaya

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ManjLara said...

od - tqvm! tula pasal....

kamato - tqvm, same goes to you.