Hati saya lapang dan gembira sekali saat menerima berita tentang kepulangan Harith 2 hari lalu. Harith telah 2 minggu bergelar pelajar semula sejak ditawarkan melanjutkan pengajian ke UiTM Arau, Perlis. Alhamdulillah, segalanya berjalan baik dan lancar seperti yang kami semua rancangkan. Cuma saya, sebagai ibu yang tak pernah berjauhan dengan anak2 merasa sedikit bebanan emosi :(
Harith kami hantar ke Arau pada hari pendaftarannya, 2/6/2012 yang lalu. Saya dan suami sempat ke kolej penginapannya di sana, sempat juga berkenal-kenalan dengan kawan2 sebilik Harith. Seorang dari Sg Besi, seorang lagi dari Sik, Kedah. Kelihatannya budak2 baik dan boleh bergaul, hati saya senang.
Tapi saat perpisahan, hati senang saya tiba2 bertukar hiba. Air mata tak bertunggu lagi hendak segera meluncur. Hati jadi pilu memandang anak yang sulung itu bakal berkelana di hujung dunia sendirian. Segera itulah saya teringatkan saat2 indah kami sekeluarga bersama, makan di luar, shopping, nonton wayang, aduh! Kenapa semua sekali ingatan itu datang menerpa serentak?
Dan saya jadi tambah gundah bila terkenangkan saat saya marahkan dia. Biasalah, ada2 saja kenakalan setiap anak yang harus ditangani ibu bapa. Harith tak ketinggalan. Dia anak yang baik. Sentiasa ringan tulang membantu saya di rumah. Tak pernah ada masalah di sekolah. Marah saya padanya, cuma apabila keputusan peperiksaannya kurang baik, dan lewat mengerjakan solat, itu saja.
Harith cuma ada 2 pilihan sebaik saja jawapan permohonan UPU dikeluarkan. Samada ke tingkatan 6, atau ke UiTM Arau dgn jurusan sains komputer. Jujur saya katakan, saya senang dgn kedua-duanya. Tapi sbg ibu yg mula rasa terancam berjauhan dgn anak, tentu saja saya suka jika Harith ke form 6 saja, sekolahnya hampir saja dgn rumah kami, tak perlu berjauhan, hari2 ke sekolah seperti biasa.
Tapi Harith memilih untuk ke Perlis juga. Saya redha. Saya turut gembira jika itu keputusan yang menggembirakannya. Tapi sejak saat itu saya dah mula terasa sayu dan rindu tak semena-mena. Semakin menghampiri tarikh 2/6, semakin saya sukar tidur dan selalu menangis sendiri di tempat tidur.
Sejak Harith di Perlis, hanya titipan mesej di handphone dan facebook saja menjadi pengantara. Saban hari saya menunggu statusnya dikemaskini tanpa jemu. Oh, begini rasanya rindu pada anak-anak. Tentu arwah emak juga pernah merasakan yang sama sewaktu saya tinggal di asrama dulu. Tapi arwah sgt kuat dan tabah, tak pernah sekali saya melihat emak menangisi pemergian saya. Cuma saya rasa lebih disayangi bila emak melebihkan segala keperluan saya berbanding anak2nya yang lain. Pun begitu, saya jua yang tewas. Saya gagal habiskan pengajian saya di Rawang. Saya kembali ke sekolah biasa kerana tidak tahan berjauhan keluarga hahaha
Harini dah masuk 3 hari Harith bercuti di rumah. Khamis, sehabis saja kuliah datuknya sudah sediakan tiket keretapi pulang ke KL. Jumaat dia tiada kuliah, isnin pula Perlis cuti sempena Israk Mikraj. Inilah cuti pertamanya setelah 2 minggu di Perlis. Ada2 saja kawan dan sahabat datang mencarinya di rumah :)Senang hati melihat keempat-empat anak saya berkumpul lagi. Smlm kami buat barbeque di rumah, ada pak njang, mak njang, paksu, ucu dgn sepupu-sepapatnya sekali. Seronoknya semalam :)
Hari ini juadah istimewa pula saya sediakan untuk makan tengahari; gulai lemak cili api daging landak! Ya, dulu kami selalu makan di Restoran Selera Rimba di Sg Besar yg menghidangkan juadah itu. Tapi dah rezeki Harith agaknya bila seorang sahabat suami memberikan daging itu mentah dan saya sendiri memasaknya. Esok dia akan pulang ke kolej semula. Masa bergembira akan berakhir juga. Semoga Allah sentiasa memberi kita kesempatan berjumpa dan bermesra lagi ya nak! Ibu tak pernah lupa doakan Harith setiap hari :)
#Ibu sayang dan kasih semua anak ibu!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 comments:
Post a Comment